Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan, Makan-makan...


Jalan2 dan makan2 adalah dua perkara berbeza. Untuk jalan2, harus ada transport, untuk makan2 harus ada makanan. Walaupun dah lebih dua bulan aku kat Penang ni, tp 2 aktiviti ni aku baru mula dalam 3 minggu terbelakang ni…Kenapa? Entah..

Memang tipu lah kalau orang cakap susah cari makan kat Penang ni. Aku rasa hamper setiap jalan kat Penang ni ade kedai makan. Kecuali le Penang Bridge tu, takda kedai makan, tapi kalau ikut idea design Pak Lah, 2nd Bridge ni pun akan ade tempat rehat2 makan2 kat tengah-tengah laut. Kita tengok je la nanti.

Mungkin lifestyle org Penang ni suka makan luar, mungkin sbb dah sibuk cari duit siang hari. So, malam2 diorang pun beserakkan la keluar makan, sampai le tengah pagi. Sampai ada satu kedai nasi lemak tu, diorang stat berniaga pukul 2 pagi. Tak ke gile makan namanye tu?MAkan nasi lemak pagi2, macam nak sahur.

Padang Kota, Padang Brown, Jalan Chulia, Free School, Jalan Penang, Gurney drive tu sume nama2 famous foodcourt kat Penang yang aku tau dan aku pernah pergi. Tp makanan popular diorang takde lain, Pasembor, Nasi Kandaq, Mee Udang, Cendol, Laksa….Kassim Mustapha, Pelita, Sup Hameed, Kapitan…sume aku dh jelajah..Sebenarnya aku tak minat sgt Nasi Kandaq ni, tp layan je la…Tapi ada satu kedai ni aku tak try lagi, Nasi Kadar Beratur. Nama agak lawak, tapi memang betul, nak amik nasi pun kene beratur, sbb orang ramai. Dia bukak kol 10malam, tapi member aku cakap 2-3 pagi pun orang masih beratur lagi…NAsi Kandaq punya hal. Org Cina kat sini pun banyak gak berniaga Pasembor ngan Cendol…tp aku rase kurang halal le kot…

Tu belum kira hawker2 yang berniaga kat tepi pantai waktu petang. Tapi de satu makanan popular Melayu yang agak susah nak cari kat Penang ni, Nasi Lemak. Aku tanya org Penang sendiri pun diorang tak tau nasi lemak yang famous. Mungkin sbb Nasi Kandaq and Nasi Briyani lebih famous kat sini.

So, memandangkan dah tak lama lagi kat Penang ni, aku akan try lagi explore famous foodspot kat Penang ni. Aha..New Park Wold pun tak pergi lagi…ok2 next weekend…kira macam kitorang buat rancangan ‘warong kita’ edisi Penang le kat sini. Thanks tu Lutfi…partner jalan2 makan2 dan juga Rizall, tourist guide tak berbayar.

Anyway, ada sape2 tau kedai Nasi Lemak sedap kat Penang ni?? Any info??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...