Langkau ke kandungan utama

PRU DUN SARAWAK 2011 - UNDI UNTUK PERUBAHAN



Insyallah, esok 16 April, akan berlangsung Pilihanraya Umum bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke-10. Sarawak, kubu kuat atau ‘fixed deposit’ bagi BN, adalah negeri terbesar di Malaysia yang kaya dengan hasil minyak dan balak. Bila sebut pasal Sarawak, pasti tak lepas dari dikaitkan dengan Taib Mahmud, Ketua Negeri yang telah menjawat jawatan lebih 30 tahun.

Kali ini, BN mendapat tentangan hebat dari pembangkang, SNAP dan PR. Najib sendiri mengakui tentangan kali ini adalah antara yang terhebat dalam sejarah pilihanraya Sarawak. Generasi baru sekarang sudah lebih terdedah, dan tak hanya tertumpu kepada media perdana yang byk memutar belit dan menbesar-besarkan cerita kehebatan kerajaan BN dan mereka cerita buruk untuk menjatuhkan pembangkang.

Rasanya, generasi baru Sarawak lebih bersedia untuk berubah. Mungkin sudah bosan melihat wajah ‘lelaki tua berambut putih’ yang beraja dimata mereka, yanng sudah banyak membaham hasil bumi dan hak mereka, lebih ganas dari buaya Bujang Senang.
Taib Mahmud telah membina empayar dan legasi keturunannya hasil dari kekayaan Sarawak. Tapi untuk PRU Sarawak kali ini, Taib dilihat lebih kepada menjadi beban dan liabiliti untuk BN. Sudah terlalu banyak pendedahan tentang kekayaan Taib dihebahkan tapi gagal untuk membuktikan kerana kekebalan ‘rajah brook’ edisi baru ini. Rakyat menuntut Taib agar berundur, tapi BN masih memerlukan pertolongan ‘kroni’ Taib untuk kantung modal mereka.

Najib, dengan cemasnya melihat Taib seakan tidak mampu untuk meyakinkan rakyat dengan pelan pengundurannya,lantas memaksa Najib untuk ‘berkampung’ di Sarawak untuk hampir seminggu. Tujuan Najib tidak bukan tentunya untuk ‘mengaburi’ mata rakyat dengan wang. Banyak projek ditabur, janji di labur..semuanya untuk memancing undi. Wang Kerajaan Malaysia diseleweng menjadi senjata memancing undi rakyat.

Kepada rakyat Sarawak, undilah dengan bijak dan fikiran yang sewajarnya. Kalaupun PR tdak dapat menakluk Sarawak, tapi berilah undi kepada PR untuk memberi tentangan terhadap kuasa kebal Taib. Hanya kuasa undi rakyat sahaja yang mampu menyedarkan Taib, Kroninya dan BN yag kuasa mutlak bukanlah hak mereka, kerana masih ada kuasa Tuhan yang lebih agung yang akan menentukan masa depan mereka.
SELAMAT MENGUNDI, MARI BERUBAH.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...