Langkau ke kandungan utama

Liqayatali


Sebelum ni, aku ada cerita pasal satu kedai nasi kandaq yang start bisnes pukul 10 malam sampai pagi. So, awal pagi Ahad yang lepas, lepas balik kerja, kitorang pun mencuba nasib le.
Nama kedai tu, ‘Restoran Liqayatali’ ataupun nama famousnya ‘Nasi Kandar Beratur’. Bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..masjid klasik.
Tak tau la aku apa specialnya nasi kandaq kat kedai tu…aku tengok dan rasa sama je dengan nasi & lauk kat kedai lain…nasi letak kari…lauk panadai2 pilh…ada 2-3 famili gak makan pukul 3 pagi tu..couple amoi & abeng baru balik clubbing pun ada gak…aku pun tak tau le…mungkin dah kena kas2 kari. ataupun family tu tengah rehearsal nak sahur Ramadan akan dating…barangkali…
So, kalau nak toray makan nasik kandaq yang kena beratur, datanglah ke Liqayatali ni..tapi jangan pulak panas hati kena beratur, sebab banyak lagi kedai nasi kandaq yang tak kena beratur kat Georgetown ni…
Tak salah mencuba….

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...