Langkau ke kandungan utama

Manik Mengurai


Manik Urai bukanlah sebuah metropolitan ataupun ibu negeri Kelantan, tapi sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku fikir graf popularitinya sudah menyamai KL atau Kg Buah Pala kat Penang…haha…Semua berpusu-pusu ke Manik Urai ; PM, TPM, Menteri, YB2, tokoh2 korporat, kompeni2 kroni,geng2 parti lawan, wartawan dan juga tukang sorak dan tukang sibok.
Tapi semua tu takkan ada lagi minggu depan kerana pabila tamat sahaja sesi mengundi Pilihanraya Kecil DUN petang ini, semua gerombolan2 ini akan berduyun2 pulang. Lambat atau cepat, semuanya bergantung kepada keputusan malam ini.Kalau menang, sampailah pagilah kokoknya, kalau ada bayangan kekalahan, cepat2 angkat kai sebelum kene maki….
Macam2 janji, macam2 kontroversi ada…Konflik dalaman parti lah, Janji2 kalau menang lah, isu royalty minyak, nak bikin jambatan baru, PPSMI dimansuh, janji2 100hari jadi PM…semuanya mewarnakan kempen….itu belum kira yang datang tolong cat rumah, tar jalan, bagi sumbangan rakyat miskin atau melawat orang2 tua uzur..biasalah..baik ada makna…
Aku tertarik dengan pendekatan 2 tokoh besar BN iaitu Najib & Muhyiddin pada PRK Manik Urai kali ini..Kalau dilihat, pendekatan mereka lebih kepada psikologi. Mereka kurangkan serangan peribadi terhadap calon parti PAS tetapi lebih kepada menggoyahkan PAS itu sendiri. Janji2 mereka lebih ‘firm’ dan realistic tapi mungkin tak boleh percaya. Dalam ceramah mereka, Najib & Muhyiddin kerap menggunakan ayat2 al-Quran dan sabda nabi. Mula2 Muhyiddin yang keluarkan ayat ‘carilah pemimpin itu dari golongan yang berilmu’. Komen aku, berilmu itu subjektif, adakah berilmu itu hanya dikira ilmu duniawi semata2?? Memanglah calon PAS itu bukan graduan, tetapi mengapa tidak kita lihat pada ilmu agamanya?ilmu usahawannya?Entahlah. Dalam peristiwa lain, malam tadi Najib dalam ceramahnya menegaskan “ keadilan dalam pentadbiran”. Satu lagi kenyataan subjektif yang kurang nyata dan mungkin memalit kepada diri sendiri nanti. Adilkah kalau hak royalti minyak Kelantan itu dibisukan??Entahlah…
Populariti Najib memang meningkat 65% sekarang, tapi adakah popularit itu juga boleh menjelmakan kemenangan sulong Najib di Kelantan mala mini?
Entahlah…Kita tunggu malam ni…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...