Langkau ke kandungan utama

Pasca PRK Parlimen K.Terengganu


Tahniah kepada calon PAS, Hj. Mohd Abd. Wahid, kerana telah dipilih oleh penduduk K.Terengganu untuk menjadi wakil baru mereka di Parlimen.
Kepada calon BN, Datuk Wan Farid & calon bebas, En. Azharuddin, terima dan hormatilah suara majoriti penduduk K.T.

Pengundi K.T telah menunjukkan kepada kita bahawa, calon yang bereputasi tinggi, bekas Timbalan Menteri yang datang dari keluarga ‘elit’ dengan disokong dengan bapak2 menteri dengan reputasi dan populariti yg tinggi dari Putrajaya dan janji2 kebendaan yang tiada hadnya tidak menjanjikan kemenngan.

PAS dan PR hadir dengan reputasi ‘underdog’ dan ini memaksa mereka berusaha dengan lebih keras untuk kemenangan. Walaupun tanpa bantuan media terutamanya TV3 dan RTM, kita yg berada diluar K.T merasakan bahawa tentulah calon BN yang akan menang mudah. Pelbagai program dengan masyarakat ditonjolkan, dan memperlihatkan seolah2 calon PAS langsung tidak mampu menarik perhatian pengundi.

Kepada PR, berusahalah dengan lebih keras untuk memenuhi harapan rakyat yang memberi kepercayaan kepada anda.

Kepada BN, terutamanya, ‘Chef de-mission” mereka, Datuk Najib Razak, berpijaklah dibumi nyata. Terimalah kekalahan dengan ‘gentleman’ dan bukan hilang sebelum kekalahan diumumkan, sama seperti situasi di Permatang Pauh.

Saya rasa, strategi BN mengumumkan calon lebih awal, memakan diri. PAS mampu untuk menganalisis kelemahan calon lawan mereka, dan meletakkan calon sesuai untuk memanipulasi kelemahan calon BN.

Tahniah kepada pemimpin, penyokong & pengundi Pakatan Rakyat kerana mencerminkan harapan sebenar rakyat kepada mereka.
Kepada Pak Lah, saya rasa anda perlu fikir semula untuk serahkan jawatan PM kepada Najib. Selepas 2 assignment pilihanraya kecil gagal, mampukah Najib nak menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti? Cukupkah reputasinya sbg anak Tun Razak membolehkannya mentadbir negara? Bagaimana tahap kompetensi Najib sedangkan beliau hanya mewarisi kerusi Parlimen dari bapanya? Bagaimana dengan kapasitinya sebagai pemimpin? Sebagai seorang yang dari kecilnya dididik diBarat, mampukah dia untuk memahami pemikiran rakyat Malaysia? Mustahil untuk Tun Razak bangun dari kubur dan mengajar Najib untuk mentadbir negara….
Selama ini kita sering didengarkan dengan teori “RAHMAN”….dengan Najib pada ‘N’ terakhir itu….

Saya rasa teori itu betul, sebab Najib adalah mungkin pemimpin terakhir dari parti UMNO dan BN yang akan menjadi PM.

Mungkinkah selepas Najib akan wujud teori “ANWAR” ?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...