Langkau ke kandungan utama

AFC Piala Asia: Malaysia ke Asia Bossku!

 

Berjaya ke Piala Asia 2024 secara merit adalah antara sejarah besar sukan Malaysia tahun 2023. Pemain dan Coach Kim berjaya mencapai sesuatu yang tidak pernah dicapai coach-coach sebelumnya. Jom kita tengok apa cabaran yang menunggu Malaysia di Qatar.

Ranking Malaysia setakat 30 Nov 2023: FIFA 130/AFC 23

Matchday 1: Malaysia X Jordan (16-Jan-24, 1.30am)

Matchday 2: Bahrain X Malaysia (20-Jan-24, 10.30pm)

Matchday 3: South Korea X Malaysia (25-Jan-24, 7.30pm)

Jordan (FIFA 87/AFC 13)

Rekod pertemuan Malaysia dan Jordan ialah 3 menang, 2 kalah dan 3 seri. Dalam kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia menewaskan Jordan 4-1. Paling mutakhir, Malaysia dan Jordan seri 1-1 dalam friendly match.

Jordan adalah antara yang konsisten layak ke Piala Asia. Antara key players Jordan ialah Musa Al-Tamari (Montpellier-FRA) dan Baha’ Abdel-Rahman (Al-Faisaly-JOR).

Cabaran besar Malaysia ialah menyaingi kekuatan fizikal Jordan dan menyesuaikan persekitaran dan cuaca Qatar. Jika Malaysia berharap untuk memberikan impak bermakna dalam edisi 2024, ini adalah perlawanan 3-mata Malaysia.

Bahrain (FIFA 86/AFC 12)

Bahrain layak sebagai pasukan kedua terbaik dalam kumpulan mereka dibawah Uzbekistan. Rekod pertemuan Malaysia dengan Bahrain tidak begitu bagus; 1 menang, 4 kalah dan 1 seri. Dalam kelayakan Piala Asia 2019, Bahrain mengalahkan Malaysia 4-0. Kali terakhir bertemu dalam friendly match pada 2022, Malaysia kalah 1-2.

Juara Piala Telok 2019 ini memiliki Ismail Abdulatif sebagai penyerang, yang juga pemegang rekod penjaring terbanyak untuk Jordan. Tetapi melihat prestasi Malaysia sejak dibawah Coach Kim, peluang 3 mata dari perlawanan ini bukan mustahil.

Korea Selatan (FIFA 23/AFC 3)

Ini lawatan kedua Korea Selatan ke Qatar selepas kejohanan Piala Dunia Qatar 2022, maka Korea Selatan lebih arif cuaca dan keadaan stadium-stadium disana berbanding Malaysia. Mereka struggle diperingkat kumpulan Piala Dunia 2022, tetapi mereka adalah antara giant Asia dan layak hingga ke suku akhir Piala Asia edisi 2019.

Ranking semasa adalah ke-tiga terbaik Asia, dan punyai ramai pemain bertaraf dunia. Son Heung Min (Spurs-ENG), Kim Min Jae (FC Bayern-GER), Hwang Hee Chan (Wolves-ENG) dan Kang In Lee (PSG-FRA) adalah antara bakat terbaik Korea Selatan.

Walaupun Malaysia menang 3-1 atas Korea Selatan pada friendly match 2015, perlu diakui bahawa jurang kualiti antara Malaysia dengan Korea Selatan adalah besar. Jika Malaysia kalah dalam dua matchday awal, ini mungkin sekadar perlawanan pelengkap jadual untuk kedua-dua pasukan.

 

 

Ramalan Awal

Malaysia perlu menang dengan Jordan untuk memberikan positiviti kempen Piala Asia 2024. Bahrain bukan lawan mudah tapi, dengan taktikal yang tepat, 3 point adalah tidak terlalu jauh. Game dengan Korea Selatan bergantung kepada pretasi Malaysia dalam dua game awal.

Harimau Malaya tempat ke dua Kumpulan E.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...