Langkau ke kandungan utama

Dominasi satu dekad JDTFC: 100% rekod dan impak pada liga

 


Jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) muncul pada tahun 2013 dan dianggap sebagai permulaan ‘renaissance’ bola sepak Malaysia. Semenjak itu, JDTFC memberi impak positif kepada Malaysia ; (1) layak ke Piala Asia 2024 secara merit, (2) mengubah persepsi umum mengenai pemain warisan dan naturalisasi mewakili Malaysia (3) bersaing secara konsisten dalam kejohanan kelab benua (ACL, AFC Cup).

Objektif terbesar sebuah kelab bolasepak ialah bersaing dalam liga domestik tertinggi, dan menjuarainya. JDTFC mencapai objektif tersebut kurang dari setahun sejak penjenamaan dan mengekalkan kejuaraan sejak itu. 100% dominasi liga sejak ditubuhkan dan ini mungkin merupakan pencapaian pertama seumpamanya di dunia!

Namun begitu, setelah 10 tahun mendominasi, Liga Super Malaysia (MSL) perlahan-lahan menjadi Liga Petani.  Bukan  semata-mata kerana dominasi JDTFC, tetapi lebih kepada nilai kompetetif dan jurang kewangan antara kelab besar dan kelab kecil.

Beberapa contoh dari kedudukan akhir MSL tahun 2023.

1.       JDT hanya mencicirkan 2 mata dari jumlah keseluruhan 78 mata available untuk musim 2023.

Menjaringkan 100 gol dan bolos cuma 7. 

JDT menang liga tanpa kalah sama seperti musim 2022.

Pada musim 2018, 2019 dan 2021 hanya tewas sekali dalam setiap musim.

2.       Jarak JDT dengan pasukan tempat kedua, Selangor ialah 15 mata.

2022 – Terengganu (12 mata), 2021 – Kedah (14 mata), 2019 – Pahang (10 mata), 2018 – Perak (20 mata). Secara purata, jarak dengan kedudukan kedua ialah 14.2 mata.

3.     Pasukan terakhir liga, Kelab Kelantan FC (KFC) hanya mampu 8 mata (2 menang dan 2 seri). Gol bolos ialah 121 berbanding hanya menjaring 29 gol.

Tak dinafikan JDTFC dengan kemampuan yang ada menjadi pasukan yang sangat berkualiti tinggi, tapi jurang kualiti ini mencipta liga yang tidak kompetetif. Tiada persaingan tempat pertama, MSL cuma dihargai untuk persaingan tempat kedua liga.

Diharapkan, MSL segera adaptasi Financial Fair Play (FFP) untuk menjadikan MSL kompetetif semula. Amat penting untuk mengekalkan liga yang seimbang supaya lebih bernilai dari segi sambutan dan nilai penajaan. Tidak berguna jika JDTFC terus mendominasi MSL untuk 30 tahun seterusnya tapi liga bolasepak Malaysia kehilangan jiwanya,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...