Langkau ke kandungan utama

Thick as Thieves


bosan lagi??Movie lagi...

"Never Thrust a Thief"

Morgan Freeman sbg Keith Ripley, seorang perompak veteran, telah merekrut Gabriel (Antonio Banderas) untuk bersama-samanya melakukan satu rompakan terakhir bagi melangsaikan hutangnya dengan seorang jutawan Russia.
Apa target mereka? "Feberge Eggs" di Romanov's. Ape tu? kalau nak tu tngok movie ni la...

Ok, sebenarnya cerita ni ada 'trick' ala Ocean 11, 12 & 13; merompak dengan teknik2 sofistikated & hi-tech gadjet..cuma pada fikiran aku, jalan cerita/trick cerita ni tidak selancar dan sebijak cerita siri Ocean, jauh sekali Lock, Stock & 2 Smoking Barrel dan Snatch. Kenapa? Pertama, kerana Ripley dan Gaby ni nampak terlalu power dan hebat dan juga mereka takde geng lain yang cuba mengacau plan mencuri mereka kecuali Polis.

Tapi bagi menjadikan jalan ceritanya menarik, trick cerita ini bukanlah pada plan merompak telur, tapi lebih kepada Ripley menipu Gaby. Kenapa? Sebab Gaby juga adalah Polis..dan sebenarnya watak Jutawan Rusia itu adalah tidak wujud dan ia adalah partner rompakan Ripley yang polis sangka dah mati.

Plot cerita agak menarik, tak bosan tapi kurang 'cool' dan kurang komplikated sebab planning mereka sangat straight-forward, cuma sedikit kagum dengan trick Ripley itu sendiri.

Tapi, kira boleh layan jugak la....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...