Langkau ke kandungan utama

PAPA-DOM


“Kehilangan isteri tersayang dengan tiba2? Apa akan jadi? ” Soal hati inilah inilah yang mencetus idea Afdlin Shauki untuk menghasilkan ‘PAPADOM’.

Filem ini berkisar kepada kisah hidup Saadom, seorang towkey Nasi Kandar Penang terkenal. Begitu sibuk dengan bisnes, Saadom terlepas pandang perhatian terhadap Moon, isterinya dan anak mereka Miasara. Hinggalah satu kejadian dimana Moon meninggal dunia, Saadom mula panik…’bagaimana untuk memberi kasih sayang dan membesarkannya”…dan disinilah cerita sebenarnya bermula.

Kisah simple ‘bapa-anak’ dalam Papadom ini diwarnakan dengan ayat2 dan situasi2 yang lawak, biasalah itu memang trademark Afdlin. Selain karekter Saadom-Moon-Mia, ada 1-2 lagi karekter yang member kesan dalam Papadom, seperti Shukor (Harun Salim Bachik) dan Wajib tayang (Que), tapi aku rasa, lawak spontan harun memang best! Satu lagi yang best dalam papadom ialah kemunculan watak arwah Moon dalam bentuk “imaginary-friend” kepada Saadom, dan begantung kepada situasi persekitaran Saadom, ‘brilliant!”

Filem ini sudahpun memenangi beberapa Anugerah dalam FFM22, sebelum ditayangkan dilayar lebar lagi. Dan tak heranlah, originality plot cerita ini member Anugerah “Best Picture” untuk Papadom. Ceritanya mudah, fresh dan original. Walaupun temanya Nampak bosan, Afdlin bijak menyuntik elemen lucu untuk menarik penonton ke wayang. Senang cakap cerita Papadom ini sgt berkesan dari segi cara bercerita yang mudah difahami; lurus, kudus, suci dan murni dan kata seertinya, tidak membosankan.

Sebuah filem “down-to-earth” yang menyelitkan pengajaran dalam gelak ketawa….Memang tak rugi tengok Papadom..2-3 kali lagi pun tak rugi..haha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...