Langkau ke kandungan utama

Team Lotus @ Shanghai



Jumlah pusingan perlumbaan : 56
Keputusan ;
Heikki Kovalainen : Petak mula ke-20, Perlumbaan ke- 16
J Trulli : Petak mula ke-21, Perlumbaan ke-19

Shanghai. Trek terakhir F1 bagi 3 dalam jelajah awal ke timur jauh. Selepas Australia, Malaysia dan China, rombongan besar F1 akan kembali ke Eropah. Perlumbaan F1 akan bermula kembali 3 minggu lagi dengan majoriti perlumbaan akan diadakan di sekitar Eropah, bermula dengan GP Turki.

Kali ini di Shanghai, Hamilton (McLaren) berjaya menghalang Vettel (RedBull) dari mencapai kejayaan hatrik. Trek pantas Shanghai akhirnya mendedahkan kelemahan jentera RedBull yang masih lagi belum sepurna sistem KERS-nya.

Bagi Team Lotus, GP China kali ini berjaya merakamkan antara perlumbaan yang terbaik bagi mereka. Kali ini, mereka berjaya menewaskan 2 pelumba dari pasukan ‘midfield’ – Perez (Sauber) dan Maldonado (Williams). Isu ketahanan juga seolah sudah dapat diatasi dengan kedua-dua jentera berjaya melepasi garisan penamat.

Bagi Team Lotus, mereka kini sudah menemui rentak ‘kepantasan’ yang diperlukan untuk bersaing. Kepantasan jentera dilaluan lurus sudah dapat ditingkat, namun ketahanan dan kepantasan enjin dalam cuaca sejuk masih perlu ditingkatkan sebelum pusingan di Eropah bermula. Tayar Pirelli yang cepat ‘haus’ juga menuntut kepintaran pasukan bagi menentukan hentian pit bagi mengoptimumkan tayar dan jentera, dan yang lebih penting memanipulasi kekurangan pesaing.

Diharap, untuk perlumbaan seterusnya di Turki, jentera T128 akan diberikan sedikit sentuhan peningkatan bagi mengekalkan momentum dan persaingan. Dan jika tuah menyebelahi, mungkin juga mampu mula mengutip mata sulung untuk julung kali.

Ayuh TEAM LOTUS!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...