Langkau ke kandungan utama

tahun 2017, peminat bola Malaysia masih lagi perlu buang masa



Lazim dalam lanskap persepakbolaan Malaysia; ‘fans’ cuma datang bila pasukan mereka mula menampakkan potensi besar untuk menang (aka glamour). Tak terkecuali dengan team bola Sukan SEA kali ini. Stadium mula diserbu hanya selepas pasukan melepasi peringkat kumpulan. Stadium gamat, pemain bersemangat – resepi terbaik untuk mencipta kejayaan ditempat sendiri. Semangat itu diteruskan ke perlawanan Akhir, tetapi malangnya semangat penonton tak disertai dengan usaha penganjur sukan SEA itu sendiri. Puluhan ribu dipaksa beratur untuk membeli tiket. Bekorban masa, beratur, bersesak, berkelahi, bergaduh, hinggakan FRU terpaksa dipanggil demi tiket untuk tempat duduk di stadium. Ini betul-betul passion 'football mad nation'.

Alasan KBS (melalui YB KJ), jualan tiket online tidak dibuka kerana dibimbangi operator jualan tak mampu mentadbir aliran trafik pembeli online, lantas cara tradisional diguna pakai. Perkara ini selalu terjadi dalam drama bola Malaysia - kebanyakkan nya perlawanan domestik final Piala Malaysia atau Piala FA.

Kita sudah dalam tahun 2017, dan bagaimana mundurnya ranking Malaysia dalam senarai FIFA, begitu jugalah jumudnya sistem sokongan bola sepak Malaysia. Tiket adalah antara penyumbang utama  sumber kewangan kelab, tapi kita masih lagi ambil mudah hal ini. Itu belum sentuh lagi ekosistem bolasepak dan liga Malaysia yang lebih kepada syok sendiri – tanpa blueprint dan usaha berterusan untuk tambah baik – stadium ownership, padang latihan, sistem liga, plan squad kebangsaan, jualan tiket, lesen, merchandising, struktur pengurusan, prefesionalisme pemain dan sikap penyokong (attitude semasa perlawanan dan loyalti). Itu belum lagi ambil kira faktor tangan ghaib – tiket free, komisen agen pemain, politikus jadi Presiden kelab bola. Mungkin penulis boleh sentuh dalam posting yang lain.

KBS sepatutnya tidak membatalkan terus jualan tiket online, sebaliknya lebih bersedia dengan plan kecemasan perihal tiket ini. Mungkin 40% jualan melalui online, dan 60% lagi jualan tiket fizikal melalui saluran/outlet tiket ditempat yang lebih senang diekses-dengan pra-syarat yang lebih ketat. Ada ramai cerdik pandai di KBS dan sekreteriat sukan SEA patut memikirkan cara terbaik.

Membazirkan masa lebih 12 jam hanya untuk tiket bola bukan cara yang bijak dan menguntungkan sesiapa. Kita patut lebih efisyien, bukannya sentiasa berbalik pada kaedah lama yang terbukti menyusahkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...