Langkau ke kandungan utama

mengintai KLIMS 2010




KLIMS 2010 akan bermula hujung minggu ni.
Kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya, boo saya, geng bro saya akan ke sana 7 Dis nanti.....Insyallah.

Intai2 kat blog favourite, Paul Tan, dah byk update pasal KLIMS'10 ni...

Proton - peserta terbesar KLIMS '10 - tampil dengan kereta2 konsepnya, EV dan model terkini dan akan datang.

Seperkara bercakap tentang 'Concept Car' Proton, sebelum ini ia tak lebih dari kereta yang datang dengan tambahan aksesori dan bodykit yang 'extreme'. Di KLIMS '10 kali ini, Proton datang dengan kereta konsep "pahlawan Melaka' - Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir & Kasturi. Mungkin ingin menunjukkan semangat 'kemelayuan' Proton.

1- Proton Tuah/Persona R - Kemungkinan besar model gantian Persona untuk tahun 2012

2- Proton Lekiu - MPV/SUV/Crossover - asasnya adalah Proton Exora

3- Proton Lekir - re-badge Lotus Europa - mungkin model 'kereta sports mampu milik' Lotus untuk rakyat BolehLand.

4- Proton Kasturi - kereta konsep untuk model 'facelifted' SAGA yang baru dilancarkan diThailand dan bakal dilancar di Malaysia

tapi mana Proton Jebat?? Kita tunggu...kalau ada...

Selain itu Proton juga akan mempertonton Proton EMAS, Exora EV-ER, Saga EV dan mungkin juga banyak lagi model-model 'kejutan'.

Intaian awal juga menunjukkan Perodua juga datang dengan kereta konsep 'Perodua Bezza' - yang dikatakan direka oleh Ketua Perekanya (orang Malaysia) - tanpa pillar-B dan menghampiri rekebentuk Toyota Prius. Terperinci tentang enjin, belum diketahui.

Mungkin banyak lagi kereta konsep, dan baru akan ditayangkan dan dilancarkan di KLIMS'10 nanti.
Tapi lebih meriah kalau nama-nama besar auomotif juga turut serta datang dengan kereta konsep mereka.

Mungkin KLIMS belumlah sehebat 'Motor Show' di Paris, Detroit atau Tokyo, tapi sekurang-kurangnya dengan KLIMS ini rakyat Malaysia berpeluang melihat lebih banyak lagi kereta-kereta terkini yang tak berpeluang dijual dan dibeli di Malaysia.

Supaya tidaklah nanti orang Malaysia akan menjadi 'jakun' melihat kereta walaupun hanya di Jakarta atau di Kota Singa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...