Langkau ke kandungan utama

Mencari kehebatan KLIMS’10



Selesai mengunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS2010), ada satu komen besar berlegar dalam kotak akal. Patutkah huruf ‘I’ diletakkan di KLIMS’10. Tahap sebenar KLIMS’10 bukanlah bertahap antarabangsa tetapi sekadar ‘boleh tahan’ sahaja.

Bukan nak membandingkan KLIMS dengan autoshow hebat seperti di Geneva, Paris, Detroit, Tokyo, dan Beijing tetapi untuk bersaing dengan Bangkok atau Jakarta International Motorhow juga seperti bukan dalam liga yang sama dengan KLIMS10. Tiada nama besar pemain automotif eropah seperti Audi, Volkswagen, BMW, MINI, Mercedes Benz, Renault, Ford, Citreon dan Volvo. Jauh sekali untuk melihat kelibat nama besar industri seperti Porshe, Aston Martin, Jaguar, Lamborghini, Ferrari, Alfa Romeo. Mencari nama Pagani Zonda, Cadillac, Vauxhall, McLaren, dan Atom pula seolah mencari nama BigMac di restoran KFC. Jenama automotif Asia seperti Subaru, Mazda, malahan Tata dan Mahindra juga tidak kelihatan di KLIMS.

Penganjur KLIMS, AAM mencanang tema ‘We Care – Green Car’ untuk KLIMS kali ini tapi rasanya usaha itu hanyalah seperti melepas batuk ditangga sahaja. ‘Kereta Hijau’ hanya boleh dikira dengan jari, lebih kecil bilangan dibanding dengan kereta konvensional. Tiada kelibat kereta hijau; Nissan Leaf, Chevrolet Volt, Camry Hybrid, Cayenne Hybrid atau Jazz Hybrid.

Bahan pameran di KLIMS hanya lebih baik sedikit berbanding ‘showroom’ tertentu. Namun terima kasih kepada pemain indutri tempatan seperti Proton, Perodua dan Naza yang banyak menyelamatkan maruah KLIMS’10. Proton berjaya tampil dengan kereta konsep yang menarik seperti EMAS serta membawa masuk LOTUS Esprit dan CITY CAR. Naza dilihat seolah menjadi ‘penganjur bersama’ KLIMS’10 bila melihat sebahagian besar lantai dewan dipenuhi jenama dibawah payung Naza; KIA, Peugeot, supercar eksotik – Ferrari, Maserati; dan juga jenama superbike Ducati, Aprilia, Piagio dan Gilera. Itu belum bercakap tentang ‘Bumblebee’ yang dibawa masuk sekadar untuk melariskan barang permainan Transformer dan mencari wang saku lebih sahaja, sama seperti ‘Batmobil’ yang entah dari mana datangnya.

Venue KLIMS’10, PWTC juga dilihat sudah kurang relevan dengan tahap ‘International’ KLIMS. Jarak dewan yang jauh, laluan yang sempit, parkir yang terhad, tandas usang malah kedudukan PWTC itu sendiri sedikit menjejaskan kredibiliti KLIMS’10.

Banyak yang perlu dibincang oleh penganjur KLIMS’10 dalam ‘post mortem’ mereka nanti. Pembaharuan, bahan pameran dan koordinasi perlu lebih berkualiti untuk tidak membiarkan KLIMS terus tertinggal. Tetapi KLIMS juga membuktikan walaupun Malaysia adalah salah satu dari pasaran terbesar kereta penumpang di Asia,namun ianya bukanlah bersifat antarabangsa kerana pasaran tempatan yang lebih banyak dibanjiri kereta berstatus ‘nasional’ seperti Proton, Perodua, malah Naza-KIA, Naza-Peugeot, Hyundai-Inokom saja. Polisi Automotif Nasional harus dikaji supaya industri automotif tidak akan menjadi ‘industri syok sendiri’.

Ulasan

  1. btul! sayer setuju! for rm20 ticket, really not worth it :( huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...