Langkau ke kandungan utama

Remembering Micheal


Entah berapa lama aku tak menulis sesuatu di YL ini. Entah 2 minggu entah lebih. Entah kenapa…Tiada perkara menarik untuk dititipkan? Bukan. Terlalu sibuk dengan kerja? Mungkin…

Blog terakhir sebelum ini ialah pada 24 June. Tapi sepanjang masa itu sehingga sekarang, banyak proses yang berlaku, banyak perkara yang terjadi. Paling utama pada 25 June, bilamana dunia dikejuti dengan kematian Superstar Micheal Jackson. Aku bersedih dengan kematiannya? Tak perlu..Aku terasa kehilangannya? Mungkin juga..

Aku bukanlah fanatik pada MJ ataupun pengumpul memorabiliany..namun aku rasa dunia telah kehilangan sesuatu yang istimewa dalam MJ.
Lupakan dulu pada kontroversinya atau evolusi hitam-putihnya..aku rasa MJ lebih dikenang kerana versatalitinya. Penyanyi, composer, dancer, kareografer, pelakon, businessman, pencetus kontroversi – itulah MJ.

Komitmennya perlu dicontohi. Aku baca dari satu column tulisan dari TIME, menyatakan Jacko sangat komited dalam sesuatu. Sbg contoh, dalam satu konsert mengenang peristiwa September 11 beberapa tahun lalu, Jacko menhabiskan hampir sejam untuk mempraktis suara/warm-up suara dibelakang pentas. Bagi seorang superstar yang telah lebih 40 tahun menghibur dan berkonsert, komitmennya itu amat dikagumi.

Bagi aku kehidupan MJ diplotkan dengan sangat berseni dan kontroversi untuk menjadikan nya “SUPERstar”. Dari ‘best selling album’ untuk Thriller, kehidupan misteri, transformasi dari hitam ke putih (tapi aku rasa dia lebih terkenal sebagai penghibur ketika hitam) serta kematian mengejut, semuanya mengundang perhatian umum. Dengan jualan 750million album dan sold-out konsert, MJ sememangnya ‘King of Pop’.

Secara personalnya, apa yang aku kagumi tentang MJ ialah bakat, kreativiti serta kesungguhannya. Daripada melodi yang ‘catchy’, lirik yang terkesan, dan skill tarian original, MJ ialah trendsetter dalam dunia hiburan. Tapi aku lebih gemar lagu slow MJ macam You’re Not Alone, Man in the Mirror, Human Nature & Heal the World.

Terlalu banyak untuk dikatakan tentang ‘superstar MJ’ ini, tapi apa yang pasti lagenda ini telah menjadi sejarah untuk dikenang bagi yang masih ada. R.I.P.

p/s: TIME Special Commemorative MJ Edition & DVD MTV Jacko aku dah dapat, sekarang nak cari DVD Dengerous & Bad Tour Concert…hehe..starting to collect a piece of history…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...