Langkau ke kandungan utama

Gaza & Umat Islam


1. tersentuh hati ketika mendengar khutbah jumaat hari ini. Mimbar Masjid Jame' K.L hari ini berkhutbah mengenai "Palastine & Israel Laknatullah".

2. terfikir mengenai kebenaran hujah dari mimbar...dimana kuasa2 dunia yang sebelum ini begitu lantang mempersoalkan "HAK ASASI MANUSIA & DEMOKRASI"!?....Bukankah ketika ini hak2 penduduk Palestin untuk hidup dgn aman dicabul? Rakyat mereka telah memilih HAMAS sbg pemimpin mereka, apa hak ISRAEL LAKNATULLAH untuk mengambil hak & kebebasan mereka?

3. Begitu juga dengan negara2 jiran mereka yang kaya raya dengan hasil minyak dari TUHAN. Perlukah mengambil masa yang lama untuk membantu saudara seislam di Palestin? Nampaknya mereka lebih mementingkan duit Amerika daripada UKHWAH ISLAMIYAH itu sendiri....

4. Mimbar menyatakan lagi, apa peranan kita sebagai saudara seislam dan hamba ALLAH dalam membantu saudara kita disana?Benar, kita tiada kuasa seperti Obama, Gordon Brown atau Bush, tapi jika seluruh umat islam bersatu padu, tidak mustahil, US & ISRAEL akan tunduk juga suatu hari nanti. Dimana OIC? Apa peranan mereka?
5. Berdoalah kita agar ALLAH S.W.T melindungi seluruh umat islam di sana

Al-Fatihah untuk para Syuhada di Palestin...Amin

Ulasan

  1. pe yg kita perlu wat lakukan wat masa ni ... adalah bdoa byk pd Allah smoga Allah turunkan balak sekaligus pada rejim Yahudi yg xpernah kenal erti peri kemanusiaan ... antara langkah lain yg perlu kita bertindak antaranya : stop buying sume staff@product dr US/Spore etc ... itu langkah rasional utk pe yg blaku ... tp antara tanda blakunya hari kiamat, org islam palestin akan bersahaja membunuh org2 yahudi, maka dgn itulah antara petanda dekatnya kiamat ... adakah kita bersedia? mcmana pula persiapan kita? LU PK LA SDIRI ... semekom

    BalasPadam
  2. Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...