Langkau ke kandungan utama

Weekend Trip 2 – Heritage Trail - Bukit Bendera


Trip ke-2 hujung minggu lebih adventure. Panjat Bukit Bendera, tapi bukan panjat dengan Keretapi Bukit, panjat dengan kaki,’ hiking’. Sebenarnya, plan ini hampir2 tak menjadi sebab hujan pagi tu. Alhamdulillah, lepas je breakfast ‘the best roti canai in town’ di Transfer Road, hujan pun berhenti.
Our journey started from ‘Moongate’ nearby Botanical Garden or Kebun Bunga around 830 AM. Trek curam yang licin sgt berbahaya so, slow & steady. “Safety first’. Perjalanan keatas merentasi 3 hutan simpan – Hutan Simpan Highland, Hutan Simpan Bukit Kerajaan, dan Hutan Simpan Penang Hill dengan jarak lebih kurang 4~5km.



1st pit stop ialah ‘Moongate 5’ selepas 30minit berjalan. Selepas rilek, dan jantung kembali normal, sambung semula perjalanan. Selepas lebih kurang hampir 1 jam, satu lagi pit stop. Kali ini, ‘stop 84’. Dari stop 84, masuk ke ‘Maniot Road’ denai berkuda satu masa dahulu. Sambung lagi jalan, sampailah ke ‘Viaduct Road East’ dimana bertemu dengan laluan keretapi bukit. Kemudian, tersesat masuk ke compound banglo ‘ Karangan Cot’, haha. Membetulkan balik laluan, hinggalah berjumpa dengan jalan bertar yang dinamai ‘Jalan Jip’. Selepas mendaki lebih 40 minit dijalan jip, sehinggalah menemui ‘Summit Road’ di puncak Bukit Bendera.



Walaupun, hanya berketinggian 735m a.p.l, tapi perjalanan hampir 4 jam memang memenatkan. Sampai atas, apa lagi, isi tanki perut, bersedia untuk perjalanan turun. Dah sampai atas, jalan-jalan sambil ‘cuci mata’ la…lepas 2 jam, bersedia untuk turun.
Turun lebih cepat, biasalah turun…Lagipun kalini lalu “Jalan Jip” hingga sampai pit stop “45” sebelum lalu hiking trek selama 30 minit…So turun hanya ambil masa 1 setengan jam.
So lengkaplah satu pusingan perjalanan, moongate-bukit bendera-kebun bunga. Walaupun letih, tapi puas hati dapat rentas hampir separuh kawasan tanah tinggi Penang. Habis jek trekking, terus beraya ke rumah Kak Siti dengan badan yang melekit dan seluar yang berlumpur..haha…Thanks Kak Siti….Sume makanan tu best, tapi ade satu jek yg kurang best….nape anak buah Kak Siti tak keluar?Huhu…;)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...