Langkau ke kandungan utama

2012



Selamat datang 2012 yang dah lebih 1 bulan berlalu.
Permulaan menarik untuk aku sebab dah kembali semula ke KL. No more N-Park, Jerejak, Nasi Kandar, Taman Bunga dan projek yang tak tau bila tarikh akhirnya. Sedih rasenya bila meninggalkan kawan-kawan dan kehidupan di Penang tapi semua akan jadi pengalaman dan kenangan hidup yang tak akan dilupakan. Hidup perlu diteruskan dan perkara penting harus didahulukan.

Bermula 2012, hidup kembali berfokus di KL. Mungkin tak semudah rutin di Penang tapi yang penting lebih dekat dengan yang tersayang dan keluarga kerana itu ialah komitmen utama. Kerja baru, rumah baru, rutin baru, itu semua permulaan untuk tahun baru 2012. Menyesuaikan dengan kerja baru, melengkapkan rumah, komitmen masa untuk melawat abah Din di HUKM memang banyak memberi pengalaman kepada kami. Untuk Abah Din, kami doakan abah cepat sembuh dan kembali aktif macam sebelum ni.

Matlamat 2012? Tentunya lebih baik dari 2011 yang meriah dengan bermacam perkara yang merubah kehidupan. Nak family yang bahagia, menambah harta, kesihatan tubuh badan, berjaya dalam kerjaya itu semua termasuk dalam top 10 matlamat setiap tahun baru.
Doakan 2012 yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...