Langkau ke kandungan utama

Mobius Motors : Jihad ekonomi Afrika!


Afrika memerlukan kenderaan yang memenuhi kehendak Afrika. Joel Jackson, seorang jurutera komputer hadir ke pendalaman Kenya kerana terlibat sebagai jururunding dalam industri perkayuan. Pengalaman dan pemerhatian kepada kesulitan sistem pengangukatan dipedalaman Afrika, Jackson berpendapat Afrika memerlukan kereta yang dicipta khusus untuk mereka ; murah dan lasak. Cetusan idea Jackson membawa kepada penubuhan Mobius Motors pada tahun 2009.

Strategi Mobius Motors adalah menghasilkan kenderaan lasak yang murah. Caranya adalah dengan menggunakan komponen sedia ada dari rak (off-the-shelf) yang digabungkan dengan rangka ringkas yang kukuh. Strategi ini cuba mengeksplotasi struktur cukai Kenya yang tidak mengenakan duti import pada komponen kenderaan (Kenya mengenakan cukai sangat tinggi untuk setiap kenderaan yang dibawa masuk). Komponen penting seperti enjin ,transmisi, dan brek diimport dari pengilang dari Eropah. Tetapi cabaran sebenar adalah menyatukan semua komponen itu dan bergerak sebagai sebuah kereta. Afrika terutama Kenya memiliki kepakaran kejuruteraan dan pengeluaran yang terhad Walaupun teknologi kereta Mobius adalah ringkas, mendapatkan mesin dan tenaga kerja adalah cabaran terbesar. Jadual pengeluaran pertama terpaksa dianjak beberapa kali kerana kekurangan kepakaran dan modal. Sehinggalah pada 2014 apabila Mobius menerima pelaburan dari Pan African Investment Company (PIC), model pertama Mobius II berjaya diproduksi sebanyak 50 unit.


Mobius II adalah sebuah kenderaan asas yang dicipta untuk bertahan dalam keadaan Afrika yang lasak. Enjin 1.6liter 4-silinder petrol, gear 5 kelajuan manual, pacuan roda depan, kerangka dari tubular besisistem gantungan asas dan sistem gantungan dedaun yang sangat asas. Tiada pembuka pintu, tiada penyaman udara, tiada cermin tingkap sisi dan belakang, tiada stereng kuasa.

Dengan jarak tanah ke badan setinggi 14 inchi, Mobius II bukan dicipta untuk meredah semak samun Afrika ala Camel Trphy atau Rali Dakar tapi lebih kepada menyediakan pengangkutan yang murah dan mesra masyarakat pedalaman. Mobius II mempunyai ciri-ciri keperluan ‘usahawan’ pedalaman seperti lantai kenderaan rata bagi memudahkan urusan berniaga dari kereta. Mobius II juga boleh mengangkut 8 penumpang; 2 di depan dan 6 lagi di bangku belakang yang boleh dilipat dan dialih.


Mobius II yang dijual pada harga Kenya Shilling 950,000 (bersamaan USD 10,000). Sebagai perbandingan, harga sebuah ‘tuk-tuk’ di Kenya adalah USD4,500. Harga mini-van terpakai (dari Asia Tengah) berusia 5 tahun juga adalah sekitar USD 10,000.


Sumbangan Mobius tidak terhenti setakat penjualan kereta, mereka menyediakan platform perniagaan bagi usahawan pedalaman mengusahakan perniagaan pengangkutan ; dengan menyediakan pinjaman dan nasihat bagi memulakan bisnes.

Mobius telah merevolusikan platform kemudahan pengangkutan bagi Afrika dan dalam masa yang sama menyediakan peluang pekerjaaan bagi setiap kenderaan yang dihasilkan dan perkhidmatan pengangkutan. Lebih dari sekadar kereta, Mobius adalah jihad bagi kelangsungan hidup dan ekonomi masyarakat Afrika.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...