Langkau ke kandungan utama

Retro-view : Minggu 14 2019


Hibah Tabung Haji 1.25%, ramai yang salahkan kerajaan PH. Ramai mengharapkan TH bukan sekadar tabung tetapi menjadi badan pelaburan untuk ‘rezeki lebih’. Maka ramailah keyboard warrior bertukar menjadi pakar ekonomi, pakar perbankan, dan segala macam pakar menganalisa dan mengaitkan prestasi buruk TH dengan PH. Bergaduh, mencarut, memburukkan Ustaz dan sesiapa sahaja yang tak sealiran dengan pendapatnya. Anehnya, tak ramai yang bercakap tentang Azeez yang memimpin TH sebelum ini.

Susah untuk difahami perkara tersirat disebalik ‘Statut Rome’. Kerajaan mahu teruskan tetapi Raja yang menaungi kerajaan itu sendiri membantah atas alasan mengganggu ketuanan. Antara yang paling lantang adalah kerabat raja Johor. Kerajaan mengambil jalan segara mengawal situasi. Tiada lagi Statut Rome.

STS Hub. Marah betul TMJ bila Putrajaya merestuo KA Petra untuk membina ship-to-ship (STS) hub di perairan berdekatan Johor., sehingga menuduh Tun M berbohong kerana tak memaklumkan pada kerajaan Johor, MB Johor dan Sultan Johor sendiri. KA Petra menjelaskan, projek itu terletak diluar perairan Johor dan tidak memerlukan kebenaran kerajaan negeri untuk beroperasi.  Satu perkara yang tidak diberitahu kepada umum ialah, ada 4 lagi syarikat yang turut menyediakan servis STS di kawasan yang sama. Dua daripadanya ialah Contemporary Logistic Sdn Bhd dan Perintis Corp Sdn Bhd. Pemilik Contemporary Logistic ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, manakala pemilik bersama Perintis Corp adalah Tengku Panglima Selangor bersama isterinya Tunku Makariah Aminah yang juga kakanda kepada Sultan Johor. Fahamlah kenapa TMJ marah…..

Akhirnya bekas PM Najib Razak ‘bossku’ masuk kandang tertuduh buat kali pertama untuk kes SRC Int pada 3 April. Kes bersambung semula pada 15 April hingga 10 Mei.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Kei-Kar ; apa ada dengan kereta mikro Japan ini?

Kei-Kar, Kei-Car, K-Car (dalam bahasa Jepun “kei jidosha” = kenderaan ringan) adalah inovasi selepas era perang bagi membolehkan masyarakat Jepun memiliki kenderaan mampu milik dan lebih penting lagi, memacu permulaan negara Jepun membina industri automotif mereka. Bermula sejak 1949, K-Kar adalah jauh lebih kecil dari apa yang kita lihat sekarang dengan dimensi diterhadkan pada Panjang :2800mm, Lebar : 1000mm, Tinggi : 2000mm), dengan kapisiti enjin terhad pada 150cc (enjin 4-lejang) dan 100cc (enjin 2-lejang). Mungkin pada permulaannya, K-Kar cumalah lebih besar sedikit dari motosikal.   Ada 3 jenis asas dibawah kategori K-Kar ini iaitu kereta penumpang, van dan trak. Kei-Car mudah untuk dikenali kerana ia mengguna plet bewarna kuning. Perturan ini kemudian ditambah baik bagi menggalakkan lebih banyak pengeluar menghasilkan K-Kar. Dimensi dan kapasiti telah ditingkatkan seiring dengan keperluan penggunaan, dan ciri keselamatan. Peraturan untuk K-Kar sekarang ini bermula p...