Langkau ke kandungan utama

Hatiku Terluka di Bukhara


Bukhara – Sebuah kota lama di Asia Tengah yang terletak di Uzbekistan, pernah berada dibawah takluk United Soviet Socialist Republic (USSR) sebelum merdeka pada 1993. Imam Al Bukhari dan Ibnu Sina merupakan antara tokoh sejarah tamadun Islam yang datang dari bumi Bukhara.

Buku ini merupakan travelog hasil catatan Wan Hashim Wan Teh menjelajah ke bandar-bandar di Asia Timur dan Asia Tengah – Moscow, Irkutsk, Siberia, Bratsk, Tashkent, Bukhara dan Leningard disekitar tahun 1983. Ketika lawatannya, kawasan ini masih berada dibawah wilayah USSR.

Penulisannya santai, ringkas dan direct, dimana penulis bercerita kepada pembaca tentang kisah perjalanannya. Novel ini sedikit berbeza dengan beberapa karya H.M Tuah Iskandar seperti Steffe Isle dan Enrique Mengundang Jauh yang juga mengenai perantauan, tetapi dihibridkan dengan kisah lain bagi menjadikannya lebih komplikated dan menarik.

Dalam kisah ini watak perantaunya adalah Abd Rahman, seorang pelajar Melayu yang menuntut di England. Lawatannya ke Asia Timur lebih menjurus kepada pemerhatian terhadap sistem pemerintahan sosialis serta cara hidup mereka selain menjejak peninggalan tamadun Islam. Ceritanya diselangi dengan kisah mengenai apartheid & Melayu Cape Town di Afrika Selatan serta pandangan bangsa asing terhadap Malaysia melalui perbualannya dengan rakan lawatan.

Tajuk buku ini merujuk kepada situasi di Bukhara, salah sebuah bandar yang berpengaruh dalam sejarah tamadun Islam yang mengundang perasaan teruja Abd Rahman atau ‘Ramanov’. Sayangnya keterujaan itu dihiris dengan situasi sebenar bandar Bukhara yang telah tercemar dibawah pemerintahan komunis – sebagai contoh ;masjid dijadikan tempat kelab hiburan.

Ringkasnya, buku ini dapat memberi gambaran mengenai situasi di Asia Timur sekitar tahun 1980-an, cara hidup dibawah kefahaman Sosialis serta tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kepada yang cenderung terhadap sejarah dan politik antarabangsa, buku ini harus dijadikan koleksi.

‘Hatiku Terluka di Bukhara’ merupakan koleksi buku kedua aku dari himpunan novel Hadiah Sako – Utusan selepas Enrique Mengundang Jauh.

Selamat membaca !

Ulasan

  1. uwwah..cam best jek..
    leh pinjam balik nnti...

    BalasPadam
  2. saya cari buku ni...Pls call 0172910812

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...