Langkau ke kandungan utama

'MILK'


Latest DVD yang dilayan, ia merupakan filem biography kisah benar hidup seorang aktivis gay dan politician, Harvey Milk. Sean Penn (I Am Sam) sebagai Harvey Milk, gay pertama yg terpilih sebagai ‘member of the San Francisco Board of Supervisors’ di California.

Boleh membuatkan manusia normal terasa loya dan nak muntah bila tengok movie ni, sebab movie ni mengisahkan hidup seorang gay, HARVEY MILK (lakonan Sean Penn).
Tapi itu semua tak penting kerana jalan ceritanya yang boleh diambil pelajaran dan idea.

Latar belakangnya ialah tahun 60 & 70-an, filem ‘Milk” bermula ketika Milk memasuki umur 40 tahun dan membuat keputusan berpindah ke San Francisco. Milk amat lantang dalam memperjuangkan hak gay dan salah satu cara terbaik untuknya memperjuangkan hak kaum ‘sejenisnya’ ialah dengan menyertai politik. Gagal dalam dua pilihanraya awal tetapi akhirnya terpilih sebagai Supervisor Daerah 5 pada 1977.

Milk turut memperjuangkan hak gay untuk bekerja sebagai guru di sekolah awam California dan berjaya dalam percubaanya. Dalam masa yang sama, Milk telah mewujudkan seorang musuh politikknya, Dan White. White kurang berpuas hati dalam beberapa perkara dimana Milk tidak berpihak kepadanya.

Akhirnya, pada pagi 27 Nov 1978, Milk telah ditembak mati oleh White di ofisnya.

Cerita ini mungkin agak sensitive bagi sesetengah pihak, tapi pada aku kita boleh melupakan beberapa babak yang tak berapa penting dan hanya concerntrate pada cerita kisah benar ini. Walaupun White bukanlah seorang tokoh besar dalam sejarah dunia, beliau mungkin berperanan untuk mewujudkan perasaan bangkit untuk memperjuangkan hak, bukan sahaja hak gay, tetapi hak2 lain – satu perkara baik yang boleh dicontohi.

Seperti biasa, kalau kita tengok movie biography Hollywood, kita akan kagum dengan betapa telitinya jalan cerita dan setnya, begitu juga dengan filem ini.
Kalau nak tambah pengetahuan tentang sejarah seorang lagi tokoh politik Amerika, ini ialah ceritanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...