Langkau ke kandungan utama

'Sutan Baginda' bukanlah 'Baginda Sultan'


Karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1989. Sutan Baginda diimaginasikan sebagai satu karekter tokoh politik yang penuh dengan ketidakjujuran, ketidakikhlasan dan kurangnya iman. Mengisahkan politik gelabah hodoh yang diperalat semata-mata untuk ‘glory’ dan ‘power’ bagi mengejar kekayaan dan bukan sebagai amanah yang sewajibnya disanjung dan dijaga.

Dalam 3 babak pertama, watak Sutan anak Baginda cucu Murtaza cicit Salehuddin ini dilihat dari kacamata 3 wanita dalam hidupnya, Uji, Dahlia dan Fidah. Sutan amat pintar dalam memanipulasi ketiga-tiga wanita ini bagi menjadikannya tokoh politik yang intelek dan berstrategi dan dalam masa yang sama mampu menuturkan ayat2 Al-Quran dan sabda nabi untuk menyakinkan penyokong dan rakyat. Objektif Sutan hanya satu, menumbangkan orang nombor satu parti, Nirwan walau dengan apa cara sekalipun.
Namun, sepertimana janji tuhan, politik kotor Sutan ini diakhiri dengan kehancuran yang memakan dirinya.

Mencerna karya sasterawan Negara ini adalah sesuatu yang menyegarkan kerana gaya bahasa sastera semulajadinya, dan memahami maksud tersirat dari ‘SutanBaginda’ ini adalah satu pengalaman berharga yang boleh dijadikan iktibar. Karya ini adalah hasil cerminan persekitaran, luahan jiwa dan kreativiti yang akhirnya dibuahkan menjadi karya.

Kualiti sastera itu tidak harus diadili dengan persembahan luarannya kerana selagi belum dijiwai ilham penulisnya, karya seni itu mungkin gagal dihargai. Entahlah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Kei-Kar ; apa ada dengan kereta mikro Japan ini?

Kei-Kar, Kei-Car, K-Car (dalam bahasa Jepun “kei jidosha” = kenderaan ringan) adalah inovasi selepas era perang bagi membolehkan masyarakat Jepun memiliki kenderaan mampu milik dan lebih penting lagi, memacu permulaan negara Jepun membina industri automotif mereka. Bermula sejak 1949, K-Kar adalah jauh lebih kecil dari apa yang kita lihat sekarang dengan dimensi diterhadkan pada Panjang :2800mm, Lebar : 1000mm, Tinggi : 2000mm), dengan kapisiti enjin terhad pada 150cc (enjin 4-lejang) dan 100cc (enjin 2-lejang). Mungkin pada permulaannya, K-Kar cumalah lebih besar sedikit dari motosikal.   Ada 3 jenis asas dibawah kategori K-Kar ini iaitu kereta penumpang, van dan trak. Kei-Car mudah untuk dikenali kerana ia mengguna plet bewarna kuning. Perturan ini kemudian ditambah baik bagi menggalakkan lebih banyak pengeluar menghasilkan K-Kar. Dimensi dan kapasiti telah ditingkatkan seiring dengan keperluan penggunaan, dan ciri keselamatan. Peraturan untuk K-Kar sekarang ini bermula p...