Langkau ke kandungan utama

Night at the Museum 2 : Battle of the Smithsonian


Sekuel kepada Night at the Museum (NATM), kali ini Larry adalah seorang Entrepreneur berpengaruh dengan kompeninya, Larry Devices – hasil pengalamannya sebagai ‘night guard’.
Larry mendapat tahu, semua artifak di Museum of the Natural History akan dipindah ke Arkib Negara di Smithsonian Institution di Washington DC. Di malam terakhir mereka, Larry ke muzium utk berjumpa ‘patung hidup’ utk kali terakhir. Tapi malam berikutnya, Larry mendapat panggilan dari Jedadiah – mereka diserang oleh Kahmunrah – puncanya..? Dexter the Monkey dh mencuri tablet tu dan semua artifak di Arkib itu hidup…

Larry kemudian ke Arkib Negara keesokkan harinya dlm misi menyalamtkan rakan2 lamanya….
Dan bermulalah pengembaraan dalam kompleks Muzium Terbesar DiDunia…

Aku fikir kalau nk dibandingkan NATM, NATM2 kali ini lebih adventure. Jika dlm NATM dulu, lebih kepada kisah Larry men’discover’ kuasa tablet dan mengawal watak2 muzium, dalam NATM2, ia adalah peperangan Larry&Co. dengan Emelia dengan watak2 jahat seperti Kahmunrah , Al Capone, Napoleon Bonaparte etc. - cuma kali ini penglibatan watak2 lama agak kurang, mungkin untuk memberi ruang lebih bagi watak2 baru. Juga kali ini, hamper semua artifak hidup termasuklah Abraham Lincoln, Thinkerman, Einstein etc.

So, kalau korang dh layan NATM, kali ni NATM2 adalah dimestikan. Yang pasti NATM2 kali ni lebih action, lebih humour, lebih magic, lebih ilmu & lebih aventur…

Movie 1st aku tgk kat cinema Penang, dan a lot more will come because every Wednesday is our ‘movie night’ here. Anyway, thanks to Leo& community sebab tolong belikan tiket kitorang. Enjoy gak bile booking 100++ tiket utk tgk satu cinema..haha

Cheers!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...