Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Menjadi peminat QPR

Hari ini, 'tycoon' Malaysia, Tony Fernandes (TF) telah berjaya menjadi pemilik saham terbesar pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers FC (QPR).QPR merupakan antara tiga pasukan baru yang baru 'dipromosi'kan ke EPL selepas menjuarai 'Championship' musim 2010/11. Perlawanan sulung EPL musim ini bermula hambar dengan kekalahn kepada Bolton Wanderers 0-4. Sebelum ini, TF yang telah memiliki Air Asia, telah menghidupkan kembali pasukan legenda F1, Team Lotus. Dah lama meminati karisma dan semangat TF selama ini sebagai tokoh bisnes Malaysia berkelas dunia. TF sangat terkenal dengan azamnya menggilap bakat dan potensi seseorang atau sesuatu pasukan. Jika sebelum ini minat pada Team Lotus telah mula berputik, tak mustahil seorang peminat tegar Manchester United boleh menjadi peminat QPR selepas ini. YL akan mnegenali QPR lebih lanjut selepas ini, sebab tak kenal maka tak cinta. Go, go QPR!

Arsenal : Kelab atau Akedemi Bolasepak?

Ramai peminat EPL terutama Arsenal pasti terfikir...apakan nasib Arsenal selepas ini? Terkini selepas Cesc Febregas angkat kaki ke Barcelona, dan dijangkan Samir Nasri akan menurut jejak langkah seterusnya, masa depan Arsenal masih kabur. Ramai mempersoalkan polisi Arsene Wenger di Arsenal, kelab bolasepak yang mahukan kejuaraan atau pusat latihan untuk bakat muda? Yang jelas, bintang Arsenal melangkah keluar dengan sebab yang hampir serupa, Arsenal gagal menyediakan peluang untuk mereka memenangi sesuatu. Diakui Arsenal merupakan antara kelab Inggeris yang mempunyai corak permainan dan taktikal yang sangat baik jika semuanya berjalan lancar. Boleh juga dikatakan Arsenal sebagai 'Barcelona Inggeris'. Tapi dalam bolasepak, bermain cantik sahaja tidak cukup. Pasukan juara perlu pertahanan mantap, jeneral tengah yang kreatif dan penyerang yang boleh menjaringkan gol secara konsisten.Sebuah pasukan yang konsisten dan stabil perlu untuk bergelar juara. Apa seterusny

Jangan kurang 24

“Kerajaan Malaysia telah menetapkan 24 darjah celcius sebagai suhu minimum hawa dingin di semua premisnya. Arahan ini disebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat dengan perancangan untuk penguatkuasaan di premis syarikat swasta dan persendirian dijangka bermula pada tahun 2013. Menurut Peter Chin, Menteri Kementerian Tenaga, Air & Teknologi Hijau, penurunan satu darjah suhu hawa dingin akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan utiliti sebanyak 4 hingga 7 peratus....” Satu langkah yang bijak dan ‘eco-friendly’ dari kerajaan yang boleh memberi impak besar untuk alam sekitar dan kantung kerajaan. Jika sebelum ini, kita lihat tiada sebarang arahan rasmi tentang hal ini, kawalan suhu di pejabat-pejabat di Malaysia dibuat sesedap rasa atau ‘mengikut keselesaan bos’ saja. Sebab itu kita boleh lihat ramai staff dipejabat ‘terpaksa’ memakai baju sejuk, memakai berlapis baju untuk menyesuaikan diri dengan ‘iklim ’ mereka. Sesuatu yang tidak perlu jika kawalan suhu dibuat secara

Meraikan 1 bulan

Alhamdulillah, 10 Ogos lepas genap sebulan berada dalam fasa baru hidup. Perlu berfikir lebih matang, bertindak lebih bijak dan membuat keputusan dengan adil, sebagai seorang ketua. Doakan kebahagian dan kerahmatan kami sekeluarga, dunia dan akhirat. Terima kasih kepada seisi keluarga terutama mak, abah dan adik beradik, yang telah banyak bekorban selama ini, dan terlalu banyak memahami diri ini. Juga kepada saudara-mara dan sahabat handai yang sentiasa memberi sokongan dan harapan selama ini. Jasa kalaian semua tak akan dilupakan sehingga hujung nyawa. Syukur, telah memasuki peringkat seterusnya dalam hidup. Diharapkan semua cita-cita, perancangan dan matlamat akan dating mendapat keberkatan Allah. AMIN.

Lelaki bijak dalam "3 Idiots"

3 IDIOTS. Filem yang hebat, filem yang memecahkan banyak rekod, memenangi banyak anugerah dan yang paling penting, logiknya filem Bollywood paling 'brilliant' yang pernah dihasilkan. Kisah 3 pelajar kejuruteraan yang berkongsi bilik di Imperial College of Engineering, Rancho, Raju dan Farhan. Filem ini bermula dengan pertemuan semula selepas 10 tahun, antara geng Rancho dan the Silencer (student poyo). Plot cerita dihasilkan dari kesinambungan 'flash back', penceritaan, dan situasi semasa dengan berkisar perjalanan Raju, Farhan & Chatur 'the Silencer' menjejaki Rancho. Sewaktu di kolej, hidup dan pemikiran Farhan dan Raju banyak dipengaruhi oleh Rancho yang sangat bijak dan berfikiran luar biasa. Raju dan Farhan belajar kerana desakan keluarga, untuk menanggung keluarga dan memenuhi impian keluarga. Pelbagai insiden lucu, sedih dan penuh makna berlaku sepanjang 4 tahun mereka di kolej. Perjalanan mereka mencari Rancho akhirnya membuka kisah siapa Rancho sebe

Urusan Nikah & Kenduri Kahwin

-Dengan segala hormatnya ingin menjemput semua pembaca YL hadir ke majlis walimatulurus tuan punya YL pada Ahad, 10 Julai 2011 -Jika ada kelapangan, sudilah hadir sama memeriahkan majlis. Insyallah, majlis yang serba sederhana ini akan lebih meriah dengan kehadiran tuan puan semua -Doakan majlis kami berjalan lancar seperti dirancangkan dengan izin Allah. Ameen.

Dungu : Habis Rm1.8juta untuk akaun Facebook?

-Kerajaan 1Malaysia memang mewah, boleh belanja berbillion ringgit untuk subsidi untuk rakyat, tapi selalu sangat mengungkkit,mengugut, macam tak ikhlas nampaknya -Kerajaan Malaysia juga memang kaya-raya bila boleh belanjakan rm1.8juta hanya untuk akaun Facebook Kementerian Pelancongan, CUTI-CUTI 1MALAYSIA -Ketika semua orang boleh ada akaun facebook tanpa keluarkan 1sen pun,dan sesetangah individu boleh jadi kaya raya kerana Facebook kenapa kerajaan 1Malaysia terpaksa belanja rm1.8juta? -Aku rasa Ng yen Yen kene jawab masalah ni, kalau tak bole jawab juga, kena mintak tolong Muhyiddin atau Najib bagi alasan atau jawapan dungu -Kalau akaun Facebook pun menelan belanja 1.8juta, berapa pula agaknya kerajaan Malaysia berhabis untuk laman web agensi kerajaan -Tertanya-tanya juga berapa banyak yang Najib belanjakan untuk akaun Facebook Najib 1Malaysia nya...

Pelajar + PC = Apa hasilnya?

-Besungguh betul Kerajaan 1Malaysia Najib nak melengkapkan murid sekolah dengan kemudahan laptop/notebook, hasilnya skim komputer 1Malaysia -Tak begitu pasti dengan kriteria pemilihannya, merit pencapaian atau kemampuan keluarga -Tapi, keyakinan pemilihan dari kerajaan 1Malaysia memang diragui sejak dulu lagi, sejak zaman berzaman (dulu, kini....sampai mati) -Satu soalannya, penting sangatkah laptop dalam pencapaian murid sekolah? -Tak diragui, PC dengan capaian talian internet boleh menerokai seluruh WWW – yang positif atau negative -Tapi apa guna bila kerajaan 1Malaysia sumbangkan laptop tanpa talian internet? Mak Abah juga yang perlu tanggung bayaran Broadband/Streamyx? -Itu belum kira lagi kesan gejala negative internet – laman sosial, porno, judi, ajaran sesat -Rasanya lebih baik kerajaan Najib gunakan wang laptop untuk lengkapkan sekolah dengan komputer, lebih ramai yang dapat manfaatnya bukan hanya individu tertentu, dan juga lebih mudah untuk mengawal penggunaannya -Ketika jati

Teksi Penang

-Orang Penang sedia tahu, tambang teksi kat Penang ni memang mahal, sebab teksi Penang tak pakai meter -Tak pasti JPJ sedar tentang hal ini, tapi yag pastinya orang JPJ pun ada yang naik teksi juga -Perjalanan kurang 3km di siang hari pun boleh caj RM10, itu memang dah betul punya mahal -Kerajaan BN tubuh SPAD, tapi tak pasti SPAD ni berfungsi ke tak, jangan makan gaji buta, itu tak amanah namanya -Agensi kerajaan yang lain pun nampak macam tak bekerja, Hal Ehwal Pengguna, Perlesenan kenderaan, sume macam tak nak ambil tindakan -Langkah alternatifnya, lebih baik kita tukar kerajaan, sebab yang dah ada sekarang susah & degil nak berubah. Yang rugi nanti kita, rakyat Malaysia

Team Lotus @ Shanghai

Jumlah pusingan perlumbaan : 56 Keputusan ; Heikki Kovalainen : Petak mula ke-20, Perlumbaan ke- 16 J Trulli : Petak mula ke-21, Perlumbaan ke-19 Shanghai. Trek terakhir F1 bagi 3 dalam jelajah awal ke timur jauh. Selepas Australia, Malaysia dan China, rombongan besar F1 akan kembali ke Eropah. Perlumbaan F1 akan bermula kembali 3 minggu lagi dengan majoriti perlumbaan akan diadakan di sekitar Eropah, bermula dengan GP Turki. Kali ini di Shanghai, Hamilton (McLaren) berjaya menghalang Vettel (RedBull) dari mencapai kejayaan hatrik. Trek pantas Shanghai akhirnya mendedahkan kelemahan jentera RedBull yang masih lagi belum sepurna sistem KERS-nya. Bagi Team Lotus, GP China kali ini berjaya merakamkan antara perlumbaan yang terbaik bagi mereka. Kali ini, mereka berjaya menewaskan 2 pelumba dari pasukan ‘midfield’ – Perez (Sauber) dan Maldonado (Williams). Isu ketahanan juga seolah sudah dapat diatasi dengan kedua-dua jentera berjaya melepasi garisan penamat. Bagi Team Lotus, mereka kini s

Team Lotus @ Sepang

Team Lotus kembali ke ‘rumah’ nya, Litar F1 Sepang, Malaysia. Setelah berentap di Albert Park, rombongan sarkis F1 berkampung di Sepang. Sepang terkenal kerana menjanjikan keadaan cuaca yang sukar dijangka. Boleh jadi sangat panas diawal perlumbaan, dan kemungkinan hujan lebat di pertengahan saingan.Tahap kecergasan yang tinggi amat penting bagi pemandu bagi mengelak dihidrasi kesan dari suhu tinggi. Jentera pula perlukan ‘kekuatan’ maksima untuk bertahan dalam iklim tropika dan kelembapan dan suhu yang tinggi. Saingan tahun ini menarik kerana dilangsungkan dengan cuaca panas dan cerah tanpa hujan. Vettel memulakan sainagn dari petak pertama dan mengekalkannya hingga tamat didepan Button dan Heidfeld. Untuk Team Lotus, Heikki berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-15 tapi malang untuk Trulli bila berhadapan dengan masalah sensor klac yag memaksanya menamatkan perlumbaan didalam garaj. Apa yang menariknya tentang Team Lotus di Sepang tahun ini ialah bila Tony dengan positifnya meng

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan

PRU DUN SARAWAK 2011 - UNDI UNTUK PERUBAHAN

Insyallah, esok 16 April, akan berlangsung Pilihanraya Umum bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke-10. Sarawak, kubu kuat atau ‘fixed deposit’ bagi BN, adalah negeri terbesar di Malaysia yang kaya dengan hasil minyak dan balak. Bila sebut pasal Sarawak, pasti tak lepas dari dikaitkan dengan Taib Mahmud, Ketua Negeri yang telah menjawat jawatan lebih 30 tahun. Kali ini, BN mendapat tentangan hebat dari pembangkang, SNAP dan PR. Najib sendiri mengakui tentangan kali ini adalah antara yang terhebat dalam sejarah pilihanraya Sarawak. Generasi baru sekarang sudah lebih terdedah, dan tak hanya tertumpu kepada media perdana yang byk memutar belit dan menbesar-besarkan cerita kehebatan kerajaan BN dan mereka cerita buruk untuk menjatuhkan pembangkang. Rasanya, generasi baru Sarawak lebih bersedia untuk berubah. Mungkin sudah bosan melihat wajah ‘lelaki tua berambut putih’ yang beraja dimata mereka, yanng sudah banyak membaham hasil bumi dan hak mereka, lebih ganas dari buaya Bujang Senang.

Lagi 100 hari...!

Genap tinggal 100 hari lagi... Insyallah, jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, hidup ini akan memasuki satu lagi fasa baru. Fasa yang tentunya menuntut lebih banyak komitmen, kesabaran dan usaha untuk mencapai nikmat hidup dan kebahagiaan dunia & akhirat. Doakan perancangan dan impian kami menjadi nyata dan terlaksana. Amin. http://hazreen-akmar.ourwedding.com/

7 strategi diet

Mahu berdiet? Berdiet bukanlah untuk kurus tetapi lebih penting untuk kesihatan tubuh badan dan mendapatkan berat badan yang ideal. Mari berkongsi 7 cara diet berkesan dari web LiveScience. 1. Elakkan ‘corn syrup’ (Sirap dari jagung) Satu kajian menunjukkan tikus yang mengambil minuman dari sirap jagung adalah lebih gemuk berbanding dari tikus yang meminum minuman bergula walaupun kedua-dua minuman mempunyai kandungan kalori yang sama. Sirap jagung berfruktosa tinggi terdapat dalam minuman berkarbonat, candy, donut, sousage, hot dogs, snek, kek dan juga makanan diproses. Oleh itu elakkan makanan tersebut bagi mengelakkan diri menjadi seperti ‘tikus gemuk’. 2. Kawal ketagihan makanan ringan/rapu. Dalam tak sedar, makanan rapu juga boleh membuatkan otak kita ‘merapu’ dengan cara yang sama seperti dadah. Tabiat ketagihan makanan rapu akan merangsang reseptor otak merubah tabiat pemakanan – mengutamakan makanan rapu. Cara untuk mengelakkan ‘godaan’ makannan ringan adalah dengan mengelakkan

8.9 + radiasi

Jepun bergegar. Tokyo tenggelam. Dah tertulis takdir tuhan, sebahagian Jepun akan digegar dan ditengelamkan. Gempa bawah laut berskala 8.9 jadi puncanya, ombak setinggi 10meter jadi pemusnahnya. Tak dapat dibayang hiruk pikuk, panik takut keadaan masa itu. Tarikh yang sama, tahun lalu semua ahli keluarga terdekat ada di sana. Walaupun jarak Kagoshima dan Sendai tu ratusan batu, tapi hati siapa yang tak kecut bila mendengar berita buruk sebegitu. Tapi alhamdullilah, semua tu hanya berlaku tahun ini bukan tahun-tahun sebelumnya. Tak cukup dengan bencana tsunami yang menenggelamkan bandar, mengheret kapal besar ke daratan, meruntuhkan bangunan dan melenyapkan ribuan orang, ancaman radiasi menambah kesulitan sedia ada. Sesungguhnya, peristiwa tsunami Jepun 2011 ini perlu diambil hikmah bersama untuk kita yang berfikir. Bagaimana negara canggih dan super-moden seperti Jepun tidak terkecuali dari bencana alam, Cuma bezanya impak kemusnahan dapat diminimakan, dan banyak nyawa dapat diselamatk

Hebatkan kerja anda!!

Minggu lepas waktu balik dari kerja, dengar satu topik yg dibincang Prem & Zher dalam FlyFM – “Glamorize your work”. Ubah nama kerjaya anda untuk bunyi yang lebih glamour, dengar macam hebat. Beberapa hari sebelum tu, Abg Sham kat ofis baru je sebut, dulu2 (10-15 tahun lepas) kalau mak bapak girlfriend dgr kita kerja ‘juruteknik’, diorang mcm kurang nak pandang, tapi kalau sebut ‘technician’ baru rasa nk bukak mata nak tengok. Mcm tu jugak agaknya kalau orang dengar boyfren anak dia lawyer, doktor, pilot…engineer?? Hmmm…. Apa jadi kalau beberapa nama kerja kita diubah kepada lebih glamour? DJ jadi ‘speech engineer’, Insurance salesperson/consultant jadi ‘Life Saving Specialist Specialist’..wow! Byk lagi nama kerja yg dengar mcm hebat..indah kabar dari rupa mcm Guest Reletionship Officer (GRO)…wow…. Tapi yang lebih hebat bila ‘pump attendent’ stesen minyak jadi “Fuel Transfer Agent for Multinational Oil & Gas Company”..! Dahsyatkan? Dengar nama kerja kita yg hebat mmg lah boleh

MRT –Seekor lagi ‘Gajah Putih’ bakal lahir?

Pastinya satu Malaysia dah tau, projek Mass Rapid Transit – projek terbesar dalam sejarah Malaysia, RM36.6billion – akan bemula dengan tergesa-gesanya Julai 2011 ini. Malaysia dah punya pelbagai projek rel – Komuter, LRT, Monorel, ERL, Double Track....Shuttle Tren @KLIA? Projek trek elektrik berkembar KL-Pdg Besar & Gemas-JB sedang disiapkan, tren keretapi dah order??? Bukan nak mempersoal kewajaran projek MRT ni, memang lebih banyak manfaatnya, tapi soalnya kenapa tergesa-gesa? Satu Malaysia tahu, PM Tuan Najib belum pun 2 tahun jadi PM, tapi macamana dalam masa kurang 1 tahun, kajian MRT ni boleh siap. Tesis budak-budak ‘U’ pun ambil masa 2 sem (=1 tahun) nak siap. Sejak ‘roadshow’ projek MRT ni memulakan ‘public viewing’ bermula pada Hari Valentine, macam-macam komen didengar – yanng komen pun bukanlah calang2 orang, bolehlah dikatakan pakar walaupun tak sebijak Tuan Najib . Yang pertama didengar, Kajian Impak Alamsekitar (EIA) projek ni pun baru disiapkan juga pada 14 Feb 201

Kahwin : Keluar Duit / Dapat Duit?

Yang mana lebih seronok? Keluar duit atau dapat duit bila berkahwin. Ramai orang anggap, bila sepasang kekasih berkahwin, perempuan beruntung sebab takperlu keluar duit. Salah. Perempuan pun perlu keluar duit bila nak kahwin..... Terbaca satu artikel di ‘Dailly Chill@The Star’ – Insentif untuk pasangan kekasih yang berkahwin. Ini berita bagus..!! Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menyumbang skim insentif RM1,000 untuk 1,500 pasangan dari keluarga kurang mampu untuk berkahwin. Kerajaan negeri berpendapat tujuan skim ni untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin – untuk mengelakkan gejala seks luar nikah yang menghasilkan anak luar nikah. Bagus, ini sangat bagus..!! Memang, dalam situasi semasa, RM1,000 tu bukanlah besar nilainya, tapi sekurang-kurangnya dapat juga meringan beban kos berkahwin. Paling tidak belanja untuk mas kahwin, hantaran dan kenduri kecik2 dapat juga ditampung. Lebih baik dapat sikit daripada tak dapat langsung. Hmm, rasanya skim ni patut jadi contoh ker

Taman Tangki

Yes. Progress projek akuaria mini dah makin mencapai objektif. Taman Tangki Tetra....! Terima kasih kepada ikan-ikan yang jadi peneman di sini. Setakat ni dah 4 species Tetra berjaya dihimpunkan.... Neon, Black Neon, Red Eye, Rummy Nose.... Termasuk juga dalam tangki ni, TK2 dan juga ikan cuci2 'Algae eater'... Time kasih juga kepada penghias tangki, "transparent shrimp" kecik yang mewarnakan lagi tangki mini ni... Next phase? Pokok n tunggul dgn pokok.. Next Tetra? Mungkin Emperor,Pristella atau Penguin bergantung kepada ruang yang ada. Projek jangka panjang? Koleksi Tetra atau mungkin juga tokey kedai akuaium...! Who knows..? :)

Mesir baru telah bermula

Mesir kembali tenang... Mesir masyhur dengan tamadun dan sungainya. Raja Zalim yang disebut didalam Al-Quran berasal dari Mesir. Sungai terpanjang didunia berakhir di Mesir. Binaan ajaib dunia, Piramid juga terletak di Mesir. Allah menyebut didalam Al-Quran, dengan maksudnya "Dan kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri..." Rakyat Mesir mahu berubah, mereka rasa perlu untuk mereka berubah, dan gerakkan untuk melakukan perubahan itu perlu bermula dari mereka sendiri. Ada sebab untuk berubah, dan semestinya perubahan itu adalah ke arah yang lebih baik. Manusia bernama Hosni Mubarak perlu dijatuhkan bagi membawa perubahan untuk diri, masyarakat dan tamadun mereka. Yang pastinya, demokrasi bukan lagi boleh mengubah nasib mereka. Cara lain perlu dilakukan... Hasilnya,Hosni lari entah kemana, dan insyallah Mesir baru akan bermula dengan lebih baik. Rakyat yang semalamnya berdemonstarsi dijalanan, hari ini akan menjadi generasi