Langkau ke kandungan utama

Lelaki bijak dalam "3 Idiots"



3 IDIOTS. Filem yang hebat, filem yang memecahkan banyak rekod, memenangi banyak anugerah dan yang paling penting, logiknya filem Bollywood paling 'brilliant' yang pernah dihasilkan.

Kisah 3 pelajar kejuruteraan yang berkongsi bilik di Imperial College of Engineering, Rancho, Raju dan Farhan. Filem ini bermula dengan pertemuan semula selepas 10 tahun, antara geng Rancho dan the Silencer (student poyo). Plot cerita dihasilkan dari kesinambungan 'flash back', penceritaan, dan situasi semasa dengan berkisar perjalanan Raju, Farhan & Chatur 'the Silencer' menjejaki Rancho.

Sewaktu di kolej, hidup dan pemikiran Farhan dan Raju banyak dipengaruhi oleh Rancho yang sangat bijak dan berfikiran luar biasa. Raju dan Farhan belajar kerana desakan keluarga, untuk menanggung keluarga dan memenuhi impian keluarga. Pelbagai insiden lucu, sedih dan penuh makna berlaku sepanjang 4 tahun mereka di kolej.

Perjalanan mereka mencari Rancho akhirnya membuka kisah siapa Rancho sebenarnya.Rancho bukanlah Rancho tetapi Rancho ialah Punsukh Wangdu dengan latar belakang yang tidak terfikir dan begitu berbeza dari sangkaan mereka.

3 idiots berbeza dengan filem Bollywood yang aku tonton bukanlah kerana ia bukanlah filem biasa, tapi ia satu seni yang jarang kita ketemukan. DNA Bollywoodnya masih ada, masih ada tari-menari, lagu, sub-plot setiap watak penting, sub-klimaks dan juga menari dalam hujan! Ia juga bukanlah sebuah filem komedi kosong tanpa mesej, sebaliknya ia penuh dengan idea baru, memberi harapan dan gambaran baru tentang hidup, dan tak keterlaluan jika ia mampu untuk mengubah tanggapan sosial terhadap sistem pendidikan.

Filem yang terhasil pada 2009 ini perlu ditonton oleh semua ,dan lebih baik jika ia dapat dikongsi dengan semua pelajar yang masih mencari 'kebenaran' dan tujuan hidup dan belajar.Filem 3 idiots menyaksikan kematangan penulis skrip dan industri filem, dan tak keterlaluan jika dikatakan 3 Idiots ini jauh lebih cerdik dari ribuan filem Hollywood. Filem ini juga memberi peluang kita menikmati lanskap indah negara India terutama pemandangan indah di Shimla dan Ladakh.

Dengan mudahnya, aku boleh kategorikan sebagai antara filem terbaik yang pernah dihasilkan industri Bollywood, antara filem paling kemas dan bijak yang pernah dunia hasilkan. Secara otomatik 3 idiots menjadi antara filem 'favourite' dan terbaik yang pernah aku tengok dan akan sentiasa dalam list 'my all-time favourite film'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...