Langkau ke kandungan utama

7 strategi diet



Mahu berdiet? Berdiet bukanlah untuk kurus tetapi lebih penting untuk kesihatan tubuh badan dan mendapatkan berat badan yang ideal.
Mari berkongsi 7 cara diet berkesan dari web LiveScience.

1. Elakkan ‘corn syrup’ (Sirap dari jagung)
Satu kajian menunjukkan tikus yang mengambil minuman dari sirap jagung adalah lebih gemuk berbanding dari tikus yang meminum minuman bergula walaupun kedua-dua minuman mempunyai kandungan kalori yang sama. Sirap jagung berfruktosa tinggi terdapat dalam minuman berkarbonat, candy, donut, sousage, hot dogs, snek, kek dan juga makanan diproses.
Oleh itu elakkan makanan tersebut bagi mengelakkan diri menjadi seperti ‘tikus gemuk’.

2. Kawal ketagihan makanan ringan/rapu.
Dalam tak sedar, makanan rapu juga boleh membuatkan otak kita ‘merapu’ dengan cara yang sama seperti dadah. Tabiat ketagihan makanan rapu akan merangsang reseptor otak merubah tabiat pemakanan – mengutamakan makanan rapu.
Cara untuk mengelakkan ‘godaan’ makannan ringan adalah dengan mengelakkan perut kosong atau tidak makan dalam tempoh yang panjang. Mengawal kuantiti apabila mengambi makanan ringan juga penting untuk mengelakkan ketagih.

3. Menstruktur waktu makan.
Untuk mengelak ‘kehausan tenaga’, jadualkan corak pemakanan. Badan perlu dilatih dengan pola makanan yang bijak dan sihat. Elakkan tempoh lebih dari 3 jam tanpa makan (dalam kuantiti sedikit atau menguyah snek). Abaikan pesanan ini ketika bulan Ramadan atau puasa sunat. 

4. Sarapan pagi.
Sarapan pagi amat penting terutama makanan berprotein tinggi (telur) – membantu mengurangkan rasa perut lapar. Lemak dalam telur juga mempunyai kesan tinggi untuk membantu perut rasa lapar ketika makan tengahari dan menjauhkan dari terlebih makan. Kurang makan tengahari, jimat kos….tapi jangan terlebih makan telur waktu sarapan, buruk padahnya.

5. Pilih makanan ynag rendah indeks ‘glycaemic’ / ambil makanan yang lebih semulajadi.
Pilih makanan protein tinggi dan fiber tinggi yang rendah indeks ‘glycaemic’. Indeks ‘glyceamic’ merujuk kepada berapa pantas sesuatu makanan mempengaruhi kandungan gula dalam darah. Makanan dengan indeks glycaemic yang tinggi (gula, nasi, roti) meningkatkan kandungan gula tetapi mudah cendurung untuk ‘kehilangan tenaga’. Sebagai ganti, pilih makanan segar seperti sayur, daging dan buah-buahan segar – elakkan daripada makanan yang telah diproses.

6. Ubah persekitaran (tempat makan)
‘Bagaimana cara anda makan adalah anda’.
Kajian terbaru Universiti Cornell mencadangkan , mengubah persekitaran atau cara anda makan adalah penting untuk diet yang berjaya.
Guna bekas makan yang lebih kecil, minta tolong orang lain untuk lauk yang jauh (kalau banyak kali minta tolong, mesti segan kan?), dan sorokkan makanan manis untuk elakkan tabiat ‘makan hilang akan’.

7. Nikmati makanan anda
Bila kita menikmati hidangan dengan pelbagai cara – warna, tekstur, kesegaran, dan kelazatannya, kita akan dapat kepuasan yang lebih maksima daripada sesuatu hidangan, lebih daripada kekenyangan perut semata-mata. Ambil masa anda, relaks, jauhkan dari gangguan telephone, tv atau muzik…nikmati setiap suapan dan kunyahan…!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...