Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Mencari kehebatan KLIMS’10

Selesai mengunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS2010), ada satu komen besar berlegar dalam kotak akal. Patutkah huruf ‘I’ diletakkan di KLIMS’10. Tahap sebenar KLIMS’10 bukanlah bertahap antarabangsa tetapi sekadar ‘boleh tahan’ sahaja. Bukan nak membandingkan KLIMS dengan autoshow hebat seperti di Geneva, Paris, Detroit, Tokyo, dan Beijing tetapi untuk bersaing dengan Bangkok atau Jakarta International Motorhow juga seperti bukan dalam liga yang sama dengan KLIMS10. Tiada nama besar pemain automotif eropah seperti Audi, Volkswagen, BMW, MINI, Mercedes Benz, Renault, Ford, Citreon dan Volvo. Jauh sekali untuk melihat kelibat nama besar industri seperti Porshe, Aston Martin, Jaguar, Lamborghini, Ferrari, Alfa Romeo. Mencari nama Pagani Zonda, Cadillac, Vauxhall, McLaren, dan Atom pula seolah mencari nama BigMac di restoran KFC. Jenama automotif Asia seperti Subaru, Mazda, malahan Tata dan Mahindra juga tidak kelihatan di KLIMS. Penganjur KLIMS, AAM mencanang tema ‘W

Rakyat didahulukan atau Rakyat yang kena dulu?

4 dalam 1 Harga Petrol, Diesel, LPG, dan Gula semuanya 'dinaikkan'pada 4 Disember lalu.Syabas PM Najib. Bertepatan dengan slogan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", memang kita sebagai rakyat telah didahulukan. Bila kerajaan terpaksa menanggung subsidi, rakyat perlu bayar. Bila kerajaan yang perlu tanggung ganti-rugi konsesi tol lebuhraya, rakyat yang kena tolong. Ketika Idris Jala memberitahu kerajaan Malaysia akan muflis, mereka cepat2 menyalahkan subsidi yang telah dikeluarkan kerajaan. Tapi kenapa bila 'rizab' antarabangsa Malaysia mencecah USD10billion, tak ada seorang pemimpin BN pun mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah menyumbang ke arah itu? Kerana pemimpin yang boros dan tak bijak mengurus, rakyat terpaksa tanggung akibatnya. Jika tak ada wang, sewenang-wenangnya mereka akan tekan rakyat. Naikkan tol, petrol, diesel, tarif elektrik, saman ekor dan apa saja yang boleh jadi duit untuk menampung kebocoran mereka, senang su

Kempen dan Perang PRU ke-13 telah bermula...!!

"UNDI KITA, SUARA KITA" Sejak PM Najib menangguhkan pemilihan UMNO, dan sejak Anwar Ibrahim menjangkakan PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, rakyat Malaysia kembali hangat dengan cerita politik. BN dengan diketuai Najib seolah telah secara tidak rasminya melakukan 'sepak-mula' kempen pilihanraya. Setiap majlis yang dihadiri lazimnya akan diselitkan ucapan berunsur memburukkan Pakatan Rakyat (PR) dan memuji kebijaksanaan dan kejayaan BN.Media arus perdana juga semmakin ligat mengorek cerita basi dan mereka cerita sensasi. Aku secara terbukanya mengaku aku ialah anti-BN dan UMNO sebab aku sayangkan Malaysia. Tak sanggup untuk melihat Malaysia diperintah oleh orang-orang yang syok sendiri 'berkerajaan' tanpa memikirkan rakyatnya. Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, daftar segera kerana undi itu suara kita. Jangan nanti hanya bising bila harga tol, barang2, minyak naik, tapi tanggungjawab memilih kerajaan kita abaikan sahaja. Sanggupkah kita se

Tahun baru, Buku baru

Salam Maal Hijrah. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432. Tahun baru, lembaran baru dibuka. Lebih bagus jika catatan dalam lembaran baru ini lebih elok, lebih berkualiti. Perlu ada perbahan kearah yang lebih baik. Alhamdulillah, berpeluang mengakhiri tahun 1431 dan memulai awal tahun 1432 dengan bacaan doa ringkas dengan orang tersayang buat pertama kali. Mudah-mudahan tuhan makbulkan doa kita. Bercakap tentang buku baru, azam baru perlu lebih mantap. Tapi usaha perlu lebih mantap dari azam kerana azam tanpa usaha tak membawa sebarang makna. Insyallah, tahun baru ini fasa hidup baru akan bermula. Usaha meningkatkan ilmu, amal dan takwa ini sangat penting untuk memastikan fasa hidup yang seterusnya ini akan lebih berkualiti dan diberkati Allah. Ameen.

Genius....

Berapa bijakkah seseorang itu sehingga di tarafkan 'genius'? Apa yang kita faham tentang genius? Adakah dengan menjalani ujian IQ,mendapat markah yang tinggi atau luarbiasa boleh dikatakan genius? Ramai manusia dikatakan genius, antaranya Albert Einstein, Da Vinci, dan kalau di Malaysia, Adi Putra. Tetapi berapa geniuskah mereka ini? Banyak cabang genius manusia ini, genius saintifik, genius al-quran, genius matematik, genius muzik,genius seni, genius main bola dan juga genius menipu... Pada saya, berapa geniusnya manusia itu tidak penting kerana dalam hidup yang paling penting adalah keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup dan dalam masa yang sama berusaha melakukan yang terbaik. Kalau kita pandang ke'geniusan' seorang muslim, tak kira berapa bijak dan geniusnya dia, yang paling penting cara pemikirannya perlu selari dengan ajaran islam, dan sebagai seorang genius, hidup dan amalannya perlu lebih baik dari mereka yang 'kurang' genius. Dan apa yang boleh dika

Ketuanan Melayu atau Tuan yang makin layu

Apa yang kita faham dengan maksud ‘Tuan’? Seseorang yang lebih berkuasa daripada kita. Jika kita tuan kepada seekor kucing, kita berhak ke atas kucing itu, boleh melakukan apa yang kita mahu atas kucing itu. Tapi apa maksud ‘ketuanan melayu’ yang heboh didebatkan ahli politik Malaysia? ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Malay Supremacy’. Apa yang aku faham ialah satu perkataan untuk menggambarkan ‘melayu itu tuan’. Pemimpin UMNO memang cukup pantang kalau disentuh tentang ‘ketuanan melayu’. Dengan segera mereka akan buka buku Perlembagaan Malaysia untuk bercakap tentang fasal ini, fasal itu, akta ini, akta itu....itu diorang punya pasal la... Tapi di Malaysia, Melayu itu tuan kepada siapa? Kepada bangsa lain? Kepada Cina, India, bumiputera yang lain? Apa bukti Melayu itu tuan? Apa yang Melayu ada untuk jadi ‘tuan’?Adakah semua Melayu di Malaysia ini ‘tuan’? Kalau semua ‘tuan’ siapa ‘hambanya’? Tiada siapa yang mempertikai hak Melayu itu.Tapi bagaimana pula dengan hak kaum lain? Siapa yang patut m

mengintai KLIMS 2010

KLIMS 2010 akan bermula hujung minggu ni. Kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya, boo saya, geng bro saya akan ke sana 7 Dis nanti.....Insyallah. Intai2 kat blog favourite, Paul Tan, dah byk update pasal KLIMS'10 ni... Proton - peserta terbesar KLIMS '10 - tampil dengan kereta2 konsepnya, EV dan model terkini dan akan datang. Seperkara bercakap tentang 'Concept Car' Proton, sebelum ini ia tak lebih dari kereta yang datang dengan tambahan aksesori dan bodykit yang 'extreme'. Di KLIMS '10 kali ini, Proton datang dengan kereta konsep "pahlawan Melaka' - Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir & Kasturi. Mungkin ingin menunjukkan semangat 'kemelayuan' Proton. 1- Proton Tuah/Persona R - Kemungkinan besar model gantian Persona untuk tahun 2012 2- Proton Lekiu - MPV/SUV/Crossover - asasnya adalah Proton Exora 3- Proton Lekir - re-badge Lotus Europa - mungkin model 'kereta sports mampu milik' Lotus untuk rakyat BolehLand. 4- Proton K

Salam Korban, Salam Zulhijjah, Salam Adha

Malam tadi, memandang bulan penuh yang cerah, yang cantik. Malam 16 Zulhijah. Purnama mengambang, tidak mengembang. Yang pastinya semuanya mengikut ketentuan ilahi, lumrah alam dan kelazimannya.. Sudah 6 hari meninggalkan 10 Zulhijah utk tahun ini. 10Zulhijah lalu genap 1 tahun Kak Long di'operasi' ususnya. Alhamdulillah,kesihatannya semakin baik sekarang. Terkenang setahun yang lepas, dimana kami sekeluarga ber'kampung' diluar bilik bedah Hospital Putrajaya, perasaan 'tersentuh' itu datang kembali.Pengalaman yg banyak mengajar kami sekeluarga. Diharapkan cerita sakit dan sedih itu tak berulang lagi atas kak long hendaknya, Insyallah. Mengenang 10Zulhijah, rasanya ada 3 lagi hajat yang belum tercapai. Hajat melihat Mak dan Abah menerima jemputan sebagai tetamu Allah adlah paling utama. Bagi diri sendiri, hajat dan niat untuk melakukan ibadah haji dan korban itu memang ada, hanya waktu yang menentukannya dibantu dengan rezeki dari Allah dan usaha diri sendiri. Da

Mencari 'Nur'

“dengan nama Allah, zat yang maha genius, menjadikan manusia jadi makhluk yang genius” Monyet tak perlu kerja untuk makan, tapi manusia susah nak dapat makanan kalau tak kerja. Sepertimana kebiasaan, sebelum monyet-monyet hutan dibelakang opis celik mata, manusia yang bergelar pekerja ini dah melangkah ke tapak kerja.Kerja,itulah antara beza manusia dengan makhluk tuhan yang lain. Satu lagi perkara yangnyata membezakan manusia ialah iman. Iman kepada Allah. Hari Jumaat lazimnya dikaitkan dengan rahmat dan berkat. Rahmat tuhan datang dengan pelbagai perkara dan cara ada yang kita boleh nampak, ada yang tidak. Pagi Jumaat ini, salah satu dari caranya terlihat. Berbual ringkas dengan seorang insan yang aku sapa sebagai ‘Nan’. Ramadan ini member ‘Nur’ kepada Nan. Alhamdulillah, dunia baru Nan sebagai Muslim bermula dibulan Ramadan ini. Nan secara ikhlasnya setuju, hidupnya byk berubah sejak 2 bulan terakhir ini. Ketenangan hati, kebahagiaan hidup datang tanpa dipaksa, rezeki datang menamb

soal hati

Hati tak boleh menulis, tapi tulisan boleh menterjemah apa yang dirasai hati ‘buah hati’ = “sweetheart” Hati dalam bahasa Inggeris bukanlah ‘heart’ tapi ‘liver’. Heart dalam bahasa Melayu ialah ‘jantung’, bukannya ‘hati’. Tapi untuk orang melayu, perkataan ‘hati’ itu lebih kepada kaitan ‘perasaan’ bukan organ badan. Bila orang melayu bercakap tentang ‘sakit hati’, boleh jadi dua maksud. Sakit hati boleh jadi ‘marah’ atau ‘hati tidak berfungsi’ (1)Hati yang sakit datang dari hati yang rosak Hati, organ kedua terbesar dlm badan kita selepas kulit dan merupakan kelenjar terbesar dalam tubuh. Hati yang rosak menyebabkan byk fungsi biokimia badan terjejas. Badan tak sihat, peluang untuk hidup tipis. (2) Hati yang sakit datang dari perasaan yang marah/konflik diri Biasenye hati sakit bile ape yang kehendak tak dapat, tertekan atau kecewa. Orang melayu sgt beradab, sopan dan byk fikir nak jaga hati orang lain walaupun selalunya hatinya merana. Cinta dan sayang banyak terlibat dengan soal hati

Hidup / FB

Makan FB, Shopping FB, Tidur mimpi FB! Trend manusia ‘moden’ byk dipengaruhi dengan ‘jaringan sosial internet’ atau ‘social network’. Tak kiralah Facebook, Friendster, Tweeter, Myspace, etc. majoriti komuniti internet pasti termasuk dalam jaringan sosial ini. Paling popular ialah Facebook atau FB. Adeyang anggap FB sama penting dengan MyKid, sampaikan baby yang belum tahu merangkak dah ade personal FB. Banyak jenis orang dlm FB ni, ada yang join utk suka2, ada yang join sebab nak cari kawan,cari jodoh, cari customer, nak jadi follower selebriti,nak kongsi hobi. Ada yang update dan view setahun sekali, sebulan sekali, hari-hari, dan ade yang dah tak boleh tinggalkan FB...duduk depan PC sebab nak tengok update dari kawan2. Yang dah tangkap syiok, kene virus dah ketagih, dah jadi ekstremist, kalau boleh semua benda, semua photo, segala aktiviti, luahan hati nak di tayang diFB. Nak makan, nak pergi situ sini, nak jumpa orang itu orang ini, nak join sana sini semua dah tak jadi rahsia la

Mengejar Mubarak Ramadan

Alhamdulillah, hari pertama Ramadhan kali ini berjalan lancar. Macam tahun lepas, 1 Ramadan disambut di Penang. Dah lama rasenya 1 Ramadan tak disambut dengan keluarga. Berpuasa dan bekerja, keduanya tuntutan dan ibadah. Insyallah, jika keduanya dikerjakan dengan ikhlas dan sabar, ganjaran dari tuhan sudah dijanjikan. Bulan mulia Ramadhan cukup istimewa untuk muslim yang benar2 menghayatinya. Ramadhan bukanlah sekadar bulan untuk berpuasa, tetapi bulan untuk kita gandakan ibadah yang lain juga kerana Ramadhan ini penuh dengan bonus pahala berlipatkali ganda yang dijanjikan. Untuk diri sendiri, azam untuk jadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya memang ada. Tapi azam saja tak cukup kalau tak ada kesungguhan, usaha, akal dan tubuh yang sihat dan bertenaga. Ya, tenaga untuk berpuasa dan beribadat. Jangan jadikan alasan letih kerja untuk kita, kerana kelebihan Ramadan perlu direbut kerana belum tentu kita ada peluang untuk Ramadan akan dating. Ramadan kali ini, berp

Katak oh Katak..

Semalam hujan. Hujan yang lebat. Hujan pagi yang lebat. Hujan pagi yang memaksa banyak kerja-kerja tertangguh, ramai pekerja-pekerja berteduh dan construction manager mengeluh. Hujan itu rahmat tuhan, tapi ramai yang anggap hujan yang nikmat itu menyusahkan, menangguhkan. Tuhan turunkan hujan, tapi dalam lagu-lagu Melayu, orang tua cakap katak yang panggil hujan? Kenapa katak panggil hujan? Rasanya semua orang tahu lagu bangau oh bangau, dan bukan lagu katak oh katak, tapi dalam lagu tu juga ada jawapan kenapa katak panggil hujan. Bila cerita tentang katak. Teringat cerita ‘the princess & the frog’. Tapi itu bukan cerita macamana katak panggil hujan atau siapa yang nak makan katak. Itu cerita tentang katak yang disumpah. Katak yang mencari tuan puteri untuk menghapuskan sumpah atas-nya. Katak akan terus berusaha nak cari perempuan yang sanggup ciumnya. Katak sanggup melompat beratus-ratus kilometer semata-mata nak mencari puterinya, walaupun dia tak tahu mana satu puteri yang sang

Menghidupkan kembali YL

Salam semua. Untuk julung kali dalam tahun 2010, blog YL disentuh. Banyak perkara berubah, banyak hal terjadi untuk diri sendiri dan orang disekililing ; pindah habitat, mendalami hoby, lebih banyak berfikir untuk masa depan. Bertambah setahun bermakna diri perlu lebih matang, hidup perlu lebih baik dari tahun yang ditinggalkan. Objektif tahun 2009 belum semuanya dapat dicapai, mungkin perlu ditimbangkan semula, mungkin perlu difikir kembali methodnya. Usaha perlu lebih, pertimbangan perlu lebih bijak, diri perlu lebih dekat dengan tuhan, insyallah jalan akan dipermudahkan. Ameen. Selamat kembali YL…