Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Anjing Setinggan Jadi Jutawan

rugi kalau tak tengok "Slumdog Millionaire" filem yang begitu hebat diperkatakan dan telah menang begitu banyak anugerah... best sangat ke cerita ni?.... jawapan aku..Ya...! jalan ceritanya mudah, gabungan rancangan terkenal "Who wants to be a millionaire" dan kisah hidup masayarakat setinggan di Mumbai, India. apa yang menariknya, kisah ini digarapkan dengan begitu teliti dan kemas, membuatkan penonton sentiasa fokus untuk mengikuti babak2 seterusnya... kisah hidup Jamal, Salim & Lathika....semuanya membantu Salim untuk bergelar Jutawan & usahanya untuk bertemu Lathika, cinta sejatinya..cheewahh... setiap soalan program itu, semuanya pernah dilalui oleh Jamal dan berkesan dalam kehidupannya sedari kecil.. walaupun menggunakan program "who wants to be a millionaire" sbg sumber jalan cerita, tapi kisahnya cukup original & kreatif... pada aku..lakonan watak2 dalam cerita ini tidaklah begitu terkesan, tapi jalan penceritaan & susunan babaknya

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

"24"

bila 11 hilang dengan kerja... bila 3 hilang dijalan.... bila 6 hilang dalam lena... Dan hanya 4 untuk urusan diri.... Berapa banyak dari 24 waktuku untuk-Nya..? Apa yang aku kejar? Beg ke sana atau impian disini?

"E.H.M"

Confession of an Economic Hit Man by John Perkins Melalui buku ini, John M. Perkins, meluahkan pengalamannya sebagai “Economic Hit Man” (EHM). EHM merupakan antara cara Amerika Syarikat meluaskan ideologi “pengkorporatan” bagi meluaskan jajahan ekonomi & politiknya. Ia mengisahkan pengalaman Perkins yang terlibat dengan pelan penjajahan empayar moden Amerika ke atas negara2 seperti Panama, Indonesia, Arab Saudi & Ecuador dengan teori dan cara yng hampir serupa; ekonomi. AS menggunakan isu minyak dan penguasaan kawasan ekonomi diseluruh dunia. Mereka juga sanggup melakukan apa saja untuk menepati tujuan tersebut termasuk “melenyapkan” pemimpin2 negara, rasuah, dan perang. Sepanjang menjadi “EHM”, Perkins kadangkala terfikir akan tindakannya itu yang berlawanan dengan prinsipnya. Akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari dunia “EHM” dan menulis kisah hidupnya untuk memberi kesedaran kepada generasi baru. Dalam buku ini juga Perkins menyingkap beberapa muslihat AS dalam perlu

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak

Murka & Derhaka

isu rampasan kuasa di Perak dah seminggu berlalu. tapi masih terpapar diakhbar - demonstrasi, piket, perhimpunan.... kebanyakkannya dicanang oleh NGO yang pro kerajaan BN... semuanya memperjuangkan & menyuarakan bantahan terhadap pemimpin2 PR yang dikatakan derhaka, mencabar & melanggar titah Sultan Perak...hinggakan ada cadangan agar individu tertentu di'haramkan' memasuki Perak...dibuang dari Malaysia..dan sebagainya... orang melayu memang sensitif, cepat panas bila kedaulatan raja-raja Melayu dicabar... bagus..tapi lihatlah dulu isu2 nya... mereka seolah2 melihat, tiada apa yang lebih tinggi dari kuasa Raja yang dikatakan 'memayungi mereka'... wahai orang2 melayu..mari kita renungkan...apa sebenarnya sumbangan Raja2 ini yang kita agong2kan sangat? 1. Raja2 sebagai Ketua Agama Islam bagi setiap negeri dibawah jajahan takluk mereka - apa sudah jadi dengan agama Islam sejak kebelakangan ini? - adakah Raja2 dan kerabat-nya layak untuk memegang gelaran "ketua

Dunia, Akhirat & Kehidupan

Andai dunia ini masih dianggap berharga, bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia Andai jasad ini diciptakan untuk mati, bukankah mati dijalan Allah lebih mulia Andai rezeki itu sudah terbahagi berdasarkan ketentuan, maka tinggalkanlah rasa rakus terhadap dunia Andai harta yang dikumpulkan itu untuk ditinggalkan, mengapa harus kikir terhadap sesuatu yang akan ditinggalkan syair Imam Hussein ibn Ali ibn Abi thalib

BN leader say a DARNDEST things

Pak Lah, "krajaan PR perlu menerima keputusan ini (titah Sultan) dengan hati terbuka, sebagaimana BN menerima kekalahan pada PRU12 yng lalu..." wahai PM yang dah nak bersara..siapa pula yang tak dapat terima kenyataan? siapa yang menyorok, lari lintang pukang, punggah keluar dokumen2 kerajaan bila kalah dulu? siapa yang tak muncul waktu pengumuman keputusan PRK di P.Pauh dan K.Terengganu kalau bukan orang BN...? Cermin diri dulu bila bercakap... Oh...ya...MELAYU MUDAH LUPA... Najib Razak, " saya percaya dan yakin kerajaan baru Perak ini adalah mantap & disokong oleh rakyat..." wahai Najib-bapa segala penipuan... atas alasan/bukti apa kata2 kamu itu?? bagaimana boleh mantap kalau hanya bergantung pada 3 orang YB pembelot tu? kalau kali ini mereka boleh belot pada PR, tak mustahil kalau mereka boleh belot pada kamu pula suatu hari nanti... ingat.. sekali menipu...selamanya menipu..macam kamu...!!! Azalina Othman... "..mereka ini (kerajaan PR Perak) seolah2 gi

adilkah keputusan kamu wahai Sultan???

sedih bila melihat foto2 rusuhan rakyat dan Polis diKuala Kangsar tengahari Jumaat semalam... sedih bila melihat, masjid dikepung, lelaki yang berbaring dijalanan untuk menghalang kereta VIP dari memasuki istana, dan yang paling sedih bila ini semua melibatkan orang Melayu Islam..... kepada Tuanku Sultan....tergamakkah kamu melihat rakyat kamu bertempur sesama sendiri disebabkan keputusan kamu itu??? adilkah keputusan kamu itu??? adakah ia mendatangkan kebaikkan kepada rakyat??? Jangan kamu lupa wahai Sultan dan seluruh kerabat kamu...diakhirat nanti akan dipersoalkan kepada kamu atas segala tindakan kamu..sama seperti makhluk Allah yang lainnya...tiada beza bagi kamu...melainkan kamu diberi lebih kuasa dan hormat didunia untuk menjaga amanah rakyat kepada kamu?? jangan kamu lupa, kamu adalah ketua agama bagi seluruh rakyat dibawah jajahan...mampukah kamu menjawabnya nanti?? kamu tidak akan datang dengan ROLL-ROYCE atau MAYBACH kamu dengan iringan Polis ke Padang Mahsyar nanti... &qu

mengapa saya tidak suka UMNO / BARISAN NASIONAL?? Volume 1

niat aku menulis diblog ini, bukan untuk mempengaruhi sesiapa, hanya untuk meluahkan apa yang difikirkan betul difikiran ini - jadi aku tak bolehlah dicaj dibawah akta hasutan ISA melihat perkembangan politik terkini Malaysia, 'ketidaksukaan' aku terhadap parti yang satu ini semakin melangit. Tindakan mereka menidakkan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih oleh majoriti oleh rakyat Perak menunjukkan 'ketidak-ikhlasan' mereka dalam berpolitik. Bukan ingin menuduh institusi 'RAJA' telah 'dibeli' oleh mereka, tapi kita nampak seolah2 'institusi beraja' ini begitu 'selesa' memerintah bersama BN hinggakan seolah2 tidak percaya kepada parti selain dacing untuk memerintah. Mungkin setelah terlalu lama, 50 tahun disuapkan dengan cerita2 enak dari parti dacing, maka dirasakan tidak perlu lagi didengari suara rakyat - yang menjunjung institusi raja - untuk diambilkira. Takut parti pilihan rakyat ini akan menggangu-gugat 'kekebalan mere

SYIRIK

dari mimbar Masjid Al-Bukhary..... Apakah perbuatan yang menyebabkan SYIRIK?? 1. memohon pertolongan kepada selain daripada ALLAH s.w.t 2. menyembah/memperakui ketuhanan selain daripada ALLAH s.w.t. Sesungguhnya, SYIRIK itu adalah sebesar2 dosa disisi ALLAH Pada pendapat aku, amalan seperti percaya kepada kuasa keris, ilmu ghaib, berubat dengan memuja semangat, roh atau benda2 ghaib semuanya tertakluk dalam kategori ini. Perbuatan menyimpan barang2 seperti batu, keris atau apa jua dengan niat/kepercayaan barang itu akan membawa tuah, kebal atau murah rezeki pun dijatuh dalam kategori ini....Nauzubillah.... p/s: tapi kalau percaya seseorang individu itu boleh memberi kuasa/kekayaan/pangkat......bolehkah kita letakkan dia dalam kategori ini??

mengapa perlu kata putus Sultan??

hampir seminggu tak post apa diblog ni, petang ni bersemangat untuk meluahkan sesuatu yang bermain difikiran mengenai Politik di Perak - walaupun aku bukanlah orang Perak dan Sultan Azlan itu bukan sultan aku..!!! aku 100% tak bersetuju bila BN dibawah pimpinan "soon to be PM" - 'membeli' YB2 Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Perak mengapa semua ini perlu dibuat hanya dalam tempoh 2-3 hari??? wajarkah mengambil 3YB PR yang begitu mudah berpaling tadah, sedangkan mereka2 ini sedang dipertuduhkan dengan tuduhan mengambil rasuah seks. - apakah rasional kedua2 YB ini melompat keluar dari PR?? mengapa hanya mengambil 3+1 YB sahaja untuk ambil alih kerajaan??..kenapa tidak 5, 10 atau semua wakil rakyat PR?? tak cukup duitkkah wahai "bakal" PM?? Wahai Sultan Perak..Ampun tuanku...mengapa keputusan untuk 'memecat' MB Nizar & EXCOnya hanya diambil dalam masa 1 hari sahaja??? Di manakah budi-bicara tuanku yang dilihat oleh orng ramai - perlu unt