Langkau ke kandungan utama

adilkah keputusan kamu wahai Sultan???

sedih bila melihat foto2 rusuhan rakyat dan Polis diKuala Kangsar tengahari Jumaat semalam...

sedih bila melihat, masjid dikepung, lelaki yang berbaring dijalanan untuk menghalang kereta VIP dari memasuki istana, dan yang paling sedih bila ini semua melibatkan orang Melayu Islam.....

kepada Tuanku Sultan....tergamakkah kamu melihat rakyat kamu bertempur sesama sendiri disebabkan keputusan kamu itu???
adilkah keputusan kamu itu??? adakah ia mendatangkan kebaikkan kepada rakyat???
Jangan kamu lupa wahai Sultan dan seluruh kerabat kamu...diakhirat nanti akan dipersoalkan kepada kamu atas segala tindakan kamu..sama seperti makhluk Allah yang lainnya...tiada beza bagi kamu...melainkan kamu diberi lebih kuasa dan hormat didunia untuk menjaga amanah rakyat kepada kamu??
jangan kamu lupa, kamu adalah ketua agama bagi seluruh rakyat dibawah jajahan...mampukah kamu menjawabnya nanti??
kamu tidak akan datang dengan ROLL-ROYCE atau MAYBACH kamu dengan iringan Polis ke Padang Mahsyar nanti...

"fikirlah sedalam dalamnya..
Raja juga adalah manusia, tidak terkecuali dari kesilapan dan ketentuan Allah s.w.t
Demi ALLAH SWT dan Rasul NYA, Muhammad SAW
Saya lebih rela dipancung, daripada menyembah manusia.Hanya kepada ALLAH Ya Rabbal A’lamin yang saya sembah.
Dan tiada sekutu dengan Kebesaran dan Kekuasaan NYA.Hanya ALLAH SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Besar.
Jika ada manusia yang mengagongkan undang-undang dunia melebihi undang-undang ALLAH Ya Rabb, maka sesungguhnya laknat dan kebencian ALLAH SWT untuk mereka" - petikan dari KERAJAANRAKYAT.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...

EPL 2024/25 : Ramalan

  Keputusan akhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 P1 – Man City (91) P2 – Arsenal (89) P3 – Liverpool (82) P4 – Aston Villa (68) P5 – Tottenham (66) P6 – Chelsea (63) P7 – Newcastle (60) P8 – Man United (60)   Ramalan keputusan akhir EPL musim 2024/25 P1 – Arsenal P2 – Man City P3 – Man Utd P4 – Liverpool P5 – Tottenham P6 – Newcastle P7 – Aston Villa P8 – West Ham   P1 – Arsenal: Selepas tempat ke-2 dalam 2 musim   berturut-turut, Arteta sepatutnya cukup pengalaman untuk menjadi juara musim ni. Juara EPL adalah pilihan wajib buat Arteta dan skuadnya.   P2 – Man City: Ada 3 sebab kenapa aku ramal Man City akan gagal jadi juara musim ini. (1) Selepas treble (2022/23) dan double (2023/24), majoriti pemain teras Pep sudah berusia dan mula berfikir untuk permulaan baru; KDB, Ederson, Kyle Walker, Bernardo Silva semuanya dikaitkan dengan transfer out sejak musim lepas. (2) Alvarez berpindah keluar untuk keluar...