Langkau ke kandungan utama

mengapa perlu kata putus Sultan??

hampir seminggu tak post apa diblog ni, petang ni bersemangat untuk meluahkan sesuatu yang bermain difikiran mengenai Politik di Perak - walaupun aku bukanlah orang Perak dan Sultan Azlan itu bukan sultan aku..!!!

aku 100% tak bersetuju bila BN dibawah pimpinan "soon to be PM" - 'membeli' YB2 Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Perak

mengapa semua ini perlu dibuat hanya dalam tempoh 2-3 hari???

wajarkah mengambil 3YB PR yang begitu mudah berpaling tadah, sedangkan mereka2 ini sedang dipertuduhkan dengan tuduhan mengambil rasuah seks. - apakah rasional kedua2 YB ini melompat keluar dari PR??

mengapa hanya mengambil 3+1 YB sahaja untuk ambil alih kerajaan??..kenapa tidak 5, 10 atau semua wakil rakyat PR?? tak cukup duitkkah wahai "bakal" PM??

Wahai Sultan Perak..Ampun tuanku...mengapa keputusan untuk 'memecat' MB Nizar & EXCOnya hanya diambil dalam masa 1 hari sahaja??? Di manakah budi-bicara tuanku yang dilihat oleh orng ramai - perlu untuk menjaga kepentingan rakyat...atau kepentingan golongan tertentu??

Perlukah kerajaan PR dibubak sekarang??
Mengapa tidak diadakan sesi khas DUN Perak bagi membolehkan usul tidak percaya kepada keraan PR Perak??

Adakah hak mutlak menentukan kerajaan ditentukan oleh Sultan semata-mata??
kalau begitu dimana rasionalnya dan fungsi Pilihanraya Umum diadakan 5 tahun sekali??
Demokrasikah tindakan itu??
Mana hak rakyat Perak untuk bersuara???
Adakah nasib mereka hanya terletak pada tangan Sultan, 3 YB PR yang melompat dan kerakusan kerajaan BN??

Sudahlah kita tiada hak untuk memilih siapa PM atau MB untuk kita..semuanya terpulang kepada perwakilan parti....
contohnya UMNO. Hanya 240 perwakilan sahaja yg berhak untuk memilih siapa yang layak menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA....what a shame.!!!

wahai RAJA BERPELEMBAGAAN PERAK....
sudah tertulis dalam perlembagaan kerajaan...
Mengikut perlembagaan tubuh negeri, Sultan mestilah bertindak menurut nasihat Menteri Besarnya, bukan Timbalan Perdana Menteri.

perlukah NAJIB RAZAK..atas kapasitinya sebagai Ketua Perhubungan UMNO yang baru menasihati Sultan?? Siapakah yang melantik NAJIB sbg Ketua Perhubungan UMNO Perak???
PAK LAH atau dirinya sendiri????

Kepada Sultan Berperlembagaan,
TOLONG PULANGKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT.
RAKYAT MAHU KERAJAAN BARU MELALUI PROSES PILIHAN RAYA.


Mengapa BN takut untuk pembubaran DUN dan Pilihanraya??
kerana dalam 2 pilihanraya kecil selepas PRU, dibawah pimpinana NAJIB RAZAK, BN kalah kedua2 nya....

"RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH"

Dalam hal yang berlaku di Perak hari ini, apakah Sultan telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang?. Sultan pun manusia juga, tak kan dia bebas daripada melalukan kesilapan.
Soal tahu undang-undang adalah satu hal. Memang tidak dinafikan Sultan Perak memang orang yang faham tentang undang-undang, tetapi soal mengikut dan mematuhi undang-undang adalah satu soal yang lain.
Soalannya, apakah Sultan mempunyai undang-undang yang berbeda daripada manusia lain di sisi ALLAH swt?


"YA ALLAH....Selamatkanlah politik Malaysia dari kezaliman dan mengingkari hak rakyat...AMEEN...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...