Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

The Boy in the Striped Pyjamas

Kali ini ‘The Boy in the Striped Pyjamas’ – filem Brit-Amerika 2008 menjadi pengisi masa santai. Ia diadaptasi dari novel nukilan John Boyne dan berlatar belakang zaman perang dunia kedua. Ianya mengenai perspektif seorang budak lelaki terhadap persahabatan, serta perspektif satu golongan yang rakus den taksub dengan ideology mereka. Bruno, budak lelaki berusia 8 tahun, ialah anak kepada Komanden Nazi, Ralf. Ralf dinaikkan pangkat dan mereka sekeluarga berpindah dari Berlin ke suatu kawasan terpencil. Bruno terasa kehilangan kawan2nya diBerlin dan memulakan hidup dirumah baru dengan penuh kebosanan. Bruno dapat mengintai dari tingkap rumah mereka satu ‘kebun’ yang terletak jauh di belakang rumah meraka. Apa yang menjadi persoalan bagi Bruno – mengapa semua orang dikebun itu memakai ‘baju tidur belang’?... Sifat ingin tahu Bruno yang tinggi membawanya ke ‘kebun’ itu secara rahsia. Disitu dia melihat satu kem yang dipagari dawai elektrik. Disitu juga dia bertemu Shmuel budak lelaki sebay

Back to back with Brad

Nak ke yard malas, so hanya duduk2 di rumah saja hari Ahad lepas.Nak pusing2 Penang, udara berjerubu, nk shoot pun tak cantik, so, duduk rumah layan DVD je la. So, hujung minggu ni tema ‘movie marathon’ , Brad Pitt. 1. Snatch Filem jenayah komedi kedua dari Guy Ritchie ni mula release pada 2000. Selepas debut filem Guy ‘Lock, Stock & Two Smoking Barrels’ (LSTSB) – which is my all time fav movie, formula Snatch kali ini juga sama, jenayah underground teknikal Brit style plus elemen komedi. Jika dlm LSTSB, temanya, ganja, kali ni, Snatch ialah mengenai ‘berlian’ dan tinju, tapi still mengekalkan ‘gambling’ sbg core subject. LTSB menampilkan hampir 100% actor/actress British, tp kali ini, Guy menyuntik elemen Amerika dengan penampilan Brad Pitt dan Benicio Del Toro, elemen populariti barangkali. Berbanding siri Ocean 11,12 & 13 yang mana jenayah teknikalnya lebih kepada ‘head to head collision’ group yang besar, filem2 Guy ini lebih kepada sub-team yang banyak, yang saling berkai

Jalan-jalan, Makan-makan...

Jalan2 dan makan2 adalah dua perkara berbeza. Untuk jalan2, harus ada transport, untuk makan2 harus ada makanan. Walaupun dah lebih dua bulan aku kat Penang ni, tp 2 aktiviti ni aku baru mula dalam 3 minggu terbelakang ni…Kenapa? Entah.. Memang tipu lah kalau orang cakap susah cari makan kat Penang ni. Aku rasa hamper setiap jalan kat Penang ni ade kedai makan. Kecuali le Penang Bridge tu, takda kedai makan, tapi kalau ikut idea design Pak Lah, 2nd Bridge ni pun akan ade tempat rehat2 makan2 kat tengah-tengah laut. Kita tengok je la nanti. Mungkin lifestyle org Penang ni suka makan luar, mungkin sbb dah sibuk cari duit siang hari. So, malam2 diorang pun beserakkan la keluar makan, sampai le tengah pagi. Sampai ada satu kedai nasi lemak tu, diorang stat berniaga pukul 2 pagi. Tak ke gile makan namanye tu?MAkan nasi lemak pagi2, macam nak sahur. Padang Kota, Padang Brown, Jalan Chulia, Free School, Jalan Penang, Gurney drive tu sume nama2 famous foodcourt kat Penang yang aku tau dan aku

Manik Mengurai

Manik Urai bukanlah sebuah metropolitan ataupun ibu negeri Kelantan, tapi sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku fikir graf popularitinya sudah menyamai KL atau Kg Buah Pala kat Penang…haha…Semua berpusu-pusu ke Manik Urai ; PM, TPM, Menteri, YB2, tokoh2 korporat, kompeni2 kroni,geng2 parti lawan, wartawan dan juga tukang sorak dan tukang sibok. Tapi semua tu takkan ada lagi minggu depan kerana pabila tamat sahaja sesi mengundi Pilihanraya Kecil DUN petang ini, semua gerombolan2 ini akan berduyun2 pulang. Lambat atau cepat, semuanya bergantung kepada keputusan malam ini.Kalau menang, sampailah pagilah kokoknya, kalau ada bayangan kekalahan, cepat2 angkat kai sebelum kene maki…. Macam2 janji, macam2 kontroversi ada…Konflik dalaman parti lah, Janji2 kalau menang lah, isu royalty minyak, nak bikin jambatan baru, PPSMI dimansuh, janji2 100hari jadi PM…semuanya mewarnakan kempen….itu belum kira yang datang tolong cat rumah, tar jalan, bagi sumbangan rakyat miskin atau melawat orang2 tua uzu

'Sutan Baginda' bukanlah 'Baginda Sultan'

Karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1989. Sutan Baginda diimaginasikan sebagai satu karekter tokoh politik yang penuh dengan ketidakjujuran, ketidakikhlasan dan kurangnya iman. Mengisahkan politik gelabah hodoh yang diperalat semata-mata untuk ‘glory’ dan ‘power’ bagi mengejar kekayaan dan bukan sebagai amanah yang sewajibnya disanjung dan dijaga. Dalam 3 babak pertama, watak Sutan anak Baginda cucu Murtaza cicit Salehuddin ini dilihat dari kacamata 3 wanita dalam hidupnya, Uji, Dahlia dan Fidah. Sutan amat pintar dalam memanipulasi ketiga-tiga wanita ini bagi menjadikannya tokoh politik yang intelek dan berstrategi dan dalam masa yang sama mampu menuturkan ayat2 Al-Quran dan sabda nabi untuk menyakinkan penyokong dan rakyat. Objektif Sutan hanya satu, menumbangkan orang nombor satu parti, Nirwan walau dengan apa cara sekalipun. Namun, sepertimana janji tuhan, politik kotor Sutan ini diakhiri dengan kehancuran yang memakan dirinya. Mencerna kar

Remembering Micheal

Entah berapa lama aku tak menulis sesuatu di YL ini. Entah 2 minggu entah lebih. Entah kenapa…Tiada perkara menarik untuk dititipkan? Bukan. Terlalu sibuk dengan kerja? Mungkin… Blog terakhir sebelum ini ialah pada 24 June. Tapi sepanjang masa itu sehingga sekarang, banyak proses yang berlaku, banyak perkara yang terjadi. Paling utama pada 25 June, bilamana dunia dikejuti dengan kematian Superstar Micheal Jackson. Aku bersedih dengan kematiannya? Tak perlu..Aku terasa kehilangannya? Mungkin juga.. Aku bukanlah fanatik pada MJ ataupun pengumpul memorabiliany..namun aku rasa dunia telah kehilangan sesuatu yang istimewa dalam MJ. Lupakan dulu pada kontroversinya atau evolusi hitam-putihnya..aku rasa MJ lebih dikenang kerana versatalitinya. Penyanyi, composer, dancer, kareografer, pelakon, businessman, pencetus kontroversi – itulah MJ. Komitmennya perlu dicontohi. Aku baca dari satu column tulisan dari TIME, menyatakan Jacko sangat komited dalam sesuatu. Sbg contoh, dalam satu konsert meng