Langkau ke kandungan utama

Catatan

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

siape kate POLIS Malaysia ade EVO X aje....?

nampaknya, aku sudah tersilap langkah... semakin aku mengutuk abg Polis sudah memakai EVo X beberapa minggu yang lalu, semakin mereka mengganas untuk membuktikan pada aku mereka ade 'power'. minggu ni mereka datang dengan kereta yang lebih power, lebih dahsyat, lebih 'luxury', lebih 'branded' & lebih mahal....ado gayo la abg polis...macam Norman Hakim dengan Inspektor Memey..huhu sikalang, meleka sula menatang kan, eh silap ('menatang' tu olang jusoh telengganu malah sama itu soltan lia)..mendatangkan sebuah keleta polis yang tidak kulang hebatnya...VOLVO S80 2.5 TURBO..!!! mintak mahap loo...mood tahun balu cinna...lagipun, simalam,lekat pineng satu hali wa sulah bual sama itu mr. lee...(soli lee....angpau mali..) berbalik kepada bahasa melayu, adapun kereta ini adalah kereta baharu dlm 'line-up' kenderaan polis raja-di malaysia... -ye la, mesti la kete diorng. takkan diorng pinjam kereta AMBANK tarik, pastu tampal sticker pulis plak kan unt...

me & Mr. President

pagi tadi bangkit lambat dari tilam, sekarang terasa sangat mengantuk di meja kerja....untuk meringankan beban mata yang mahukan rehat, aku pun mencari idea satu topik untuk diulas.. puncanya tidur lewat kerana menyaksikan majlis Amerika menerima Presidennya yg ke 44.. Mr. B.H. Obama...aku tak bersedia untuk terlepas peristiwa bersejarah seperti ini... betul, seperti mereka yg lain, aku bukan rakyat Amerika, kita semua tidak terkesan secara langsung atas apa yg berlaku di Amerika...Tapi kita boleh lihat kesannya setahun dari sekarang.... Bila mendengar ucapan pertamanya sbg Presiden malam tadi, kita akan sedar mengapa rakyat Amerika memilihnya sebagai Presiden mereka. Dia meletakkannya dirinya sbg sebahagian dari rakyat yang ingin bersama-sama mengubah negara mereka. Mempelajari sesuatu dari sejarah, menganalisis situasi semasa, dan meletakkan harapan untuk masa depan..itulah kekuatan Obama. menjadi Presiden Amerika Syarikat disimbolkan sebagai menjadi org paling berkuasa didunia...ak...

Review Filem Best: The Curious Case of Benjamin Button

Aku rasa, ini adalah antara filem hebat yg pernah aku tonton. Bukan saja dari segi jalan cerita, malah lakonan dan juga special effect terasa terlalu ‘real’ dan begitu unik. Aku letak dia sebaris dengan “my all-time fav movie” -‘Forest Gump’ Watak utamanya Benjamin Button, dilakonkan oleh Brad Pitt…Mula ditayangkan diUS pada 25 Dec 08…Akan ditayangkan diMalaysia pada 12 Feb 09...dan ditayangkan kat notebook aku hari Ahad lepas…haha Cerita bermula bila Benjamin, dilahirkan pada hujung hayatnya, seorang bayi dengan keadaan umur lebih kurang 80 tahun. Keadaan sgt sedih, mata hampit buta, tulang yg reput, kulit yang menggeleber….sehinggakan bapa, Thomas Button, seorang tokey butang, tak sanggup untuk membesarkan beliau dan meletakkan Ben di depan hostel org2 tua pada malam dia dilahirkan. Ben dibesarkan oleh seorang wanita kulit hitam, Queenie, yg bekerja ditempat tu. Pada usia 7 tahun, dan kelihatan seperti lelaki 70 tahun, Ben bertemu ‘Daisy’ cucu salah seorang penghuni rumah org tua di...

Pasca PRK Parlimen K.Terengganu

Tahniah kepada calon PAS, Hj. Mohd Abd. Wahid, kerana telah dipilih oleh penduduk K.Terengganu untuk menjadi wakil baru mereka di Parlimen. Kepada calon BN, Datuk Wan Farid & calon bebas, En. Azharuddin, terima dan hormatilah suara majoriti penduduk K.T. Pengundi K.T telah menunjukkan kepada kita bahawa, calon yang bereputasi tinggi, bekas Timbalan Menteri yang datang dari keluarga ‘elit’ dengan disokong dengan bapak2 menteri dengan reputasi dan populariti yg tinggi dari Putrajaya dan janji2 kebendaan yang tiada hadnya tidak menjanjikan kemenngan. PAS dan PR hadir dengan reputasi ‘underdog’ dan ini memaksa mereka berusaha dengan lebih keras untuk kemenangan. Walaupun tanpa bantuan media terutamanya TV3 dan RTM, kita yg berada diluar K.T merasakan bahawa tentulah calon BN yang akan menang mudah. Pelbagai program dengan masyarakat ditonjolkan, dan memperlihatkan seolah2 calon PAS langsung tidak mampu menarik perhatian pengundi. Kepada PR, berusahalah dengan lebih keras untuk memenuhi...

Review Filem Best : Burn After Reading

Filem ini aku dh tengok lebih kurang sebulan yang lepas. Tergerak hati nak share dengan semua tentang cerita yang ‘besh’ ni. Dikategorikan sebagai ‘black comedy’. Ditayangkan di US pada 12 September 2008, dan tak pasti samada akan ditayangkan diMalaysia atau tak….. Plot filem Filem bermula dgn Mr.Cox, yang bekerja dgn CIA diberhentikan kerana masalah “minum”. Isterinya, Katy nak berpisah dgn Cox sebab dia ada affair dgn Harry (George Clooney), seorang “womanize”. Setelah dapat nasihat dari lawyernya, dia pun ‘burn’ byk file personal Cox ke dlm CD. Tapi staff lawyernya, dh tertinggal CD tu kat gym “hardbodies” tempat Chad (Brad Pitt). Lepas Cox dapat notis cerai dari Katy, Katy pun terus tukar kunci rumah untuk halang Cox pulang ke rumah mereka. Bermulalah cerita yang complicated…… Si Chad ni pulak, lepas tengok isi CD ni, buat satu kesimpulan yang dia dah dapat satu maklumat yang sangat beharga. Bersama member sekerja Linda (yang desperate nak duit untuk buat ‘plastic surgery’) plan na...

PRK K.Terengganu

dah 5 hari tak post apa2 dalam blog ni, bukan takde bahan nak tulis, cuma takde masa....sibuk sgt dgn keje..ye ke?haha esok 17 Jan 09, org2 Kuala Trengganu akan kuar mengundi...nak pilih YB baru...kenapa aku pulak yg sibuk ni? Abah aku ke jadi calon? Awek aku org K.T ke? atau Calon Bebas tu ada anak pempuan yang 'gorgeous'? Kalau BN menang aku dpt keropok satu lori ke? Haha... Tapi aku rase, kita akan dapat lihat sesuatu lebih kurang 11PM esok. Siapa menang aku tak peduli, tapi pada aku parti mana yg menang, itu lebih penting. Tapi tak sepenting MU menang ngan Chelsea la..acong, jgn marah.. hehe Aku yang bukan org KT ni xtau hal sebenar kat sane..dan kalau boleh xnak tau...yg aku nampak, TV3 tak habis tunjuk calon BN xhabis buat baik, janji projek, tolong org tua, bagi hadiah kat best student, bagi projek kat kontraktor kelas F dan segala benda yang nampak mcm best tapi tak tau la ikhlas ke tak...Tapi bile tiba time calon PAS atau BEBAS....langsung takde dengar khabar...seolah2...