Langkau ke kandungan utama

Review Filem Best: The Curious Case of Benjamin Button

Aku rasa, ini adalah antara filem hebat yg pernah aku tonton. Bukan saja dari segi jalan cerita, malah lakonan dan juga special effect terasa terlalu ‘real’ dan begitu unik. Aku letak dia sebaris dengan “my all-time fav movie” -‘Forest Gump’

Watak utamanya Benjamin Button, dilakonkan oleh Brad Pitt…Mula ditayangkan diUS pada 25 Dec 08…Akan ditayangkan diMalaysia pada 12 Feb 09...dan ditayangkan kat notebook aku hari Ahad lepas…haha

Cerita bermula bila Benjamin, dilahirkan pada hujung hayatnya, seorang bayi dengan keadaan umur lebih kurang 80 tahun. Keadaan sgt sedih, mata hampit buta, tulang yg reput, kulit yang menggeleber….sehinggakan bapa, Thomas Button, seorang tokey butang, tak sanggup untuk membesarkan beliau dan meletakkan Ben di depan hostel org2 tua pada malam dia dilahirkan.

Ben dibesarkan oleh seorang wanita kulit hitam, Queenie, yg bekerja ditempat tu. Pada usia 7 tahun, dan kelihatan seperti lelaki 70 tahun, Ben bertemu ‘Daisy’ cucu salah seorang penghuni rumah org tua disitu.

Fizikal Benjamin semakin muda selari dengan usianya yang semakin bertambah. Benjamin semakin mengenal kehidupan bersama orang2 disekelilingnya. Pada suatu ketika Ben, keluar dari tempatnya, New Orleans untuk bekerja sebagai kelasi ‘Tug Boat’ bernama Chelsea. Chelsea kemudian terlibat dalam perang Dunia ke-2 ketika mereka berada diEropah.

Benjamin dan Daisy telah ditemukan semula ketika umur mereka hampir sama dengan fizikal yang boleh dikatakan ‘perfect’. Selepas dikurniakan anak, Caroline, Benjamin menghilangkan diri kerana dia sedar dia takkan boleh menjadi seorang bapa dengan keadaan yang semakin muda.

Benjamin bertemu semula dengan Daisy untuk seketika pada ketika umur hampir lewat 50 tahun, dengan fizikal seorang remaja.

Tak lama kemudian, Daisy berpindah ke rumah penjagaan tempat Benjamin tinggal, untuk memeliharanya yang pada ketika fizikalnya lebih kurang 5 tahun tetapi berperangai seorang tua yang nyayuk dan mudah marah. Akhirnya Benjamin meninggal dunia didakapan Daisy dengan fizikal seorang bayi…The End

Aku kagum dengan cara filem ini dihasilkan. Segalanya begitu teliti dan setiap babak penuh dengan emosi. Brad juga sgt cemerlang melakonkan wataknya dalam pelbagai peringkat umur.

Filem terbaik Brad setakat ini, dan filem terbaik untuk tahun 2008.

Jangan lupa tengok movie ni, 12 February 2009…..Tak rugi!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...