Langkau ke kandungan utama

Review Filem Best : Burn After Reading


Filem ini aku dh tengok lebih kurang sebulan yang lepas. Tergerak hati nak share dengan semua tentang cerita yang ‘besh’ ni.

Dikategorikan sebagai ‘black comedy’. Ditayangkan di US pada 12 September 2008, dan tak pasti samada akan ditayangkan diMalaysia atau tak…..

Plot filem
Filem bermula dgn Mr.Cox, yang bekerja dgn CIA diberhentikan kerana masalah “minum”. Isterinya, Katy nak berpisah dgn Cox sebab dia ada affair dgn Harry (George Clooney), seorang “womanize”. Setelah dapat nasihat dari lawyernya, dia pun ‘burn’ byk file personal Cox ke dlm CD. Tapi staff lawyernya, dh tertinggal CD tu kat gym “hardbodies” tempat Chad (Brad Pitt). Lepas Cox dapat notis cerai dari Katy, Katy pun terus tukar kunci rumah untuk halang Cox pulang ke rumah mereka.

Bermulalah cerita yang complicated……

Si Chad ni pulak, lepas tengok isi CD ni, buat satu kesimpulan yang dia dah dapat satu maklumat yang sangat beharga. Bersama member sekerja Linda (yang desperate nak duit untuk buat ‘plastic surgery’) plan nak guna info dari CD tu untuk ‘blackmail’ si Cox ni…Si Chad ni pun menyamar & berjumpa Cox. Dia mengugut nak sebarkan rahsia Cox kalau Cox tak bayar mereka duit, tapi Cox tak layan…Chad kene pukul…Linda dengan ‘brilliant’nya ajak Chad ke Kedutaan Russia dengan harapan nak jual rahsia CIA kat diorang dan berjanji yang diorang akan datang dengan maklmat yang lebih banyak. Tapi sebenarnya, diorang mane ade info tu.
Linda ni sering guna internet untuk cari teman ‘one-night-stand’ telah jumpa si womanizer Harry. Dalam masa yang sama, Chad yang desperate sgt untuk cari maklumat Cox, telah pecah masuk rumah Cox masa Katy dan Harry keluar. Bila Harry balik rumah, dia terkejut dan tembak si Chad..kesian....dalam masa yang sama fakir yang Chad ni adalah ‘spy’. Harry yang gelabah sebab bunuh Chad, blah dari rumah Katy, dan sedar dia diekori oleh seorang spy, yang disangkanya agen CIA. Kemudian dia dpt tahu agen tu sebenarnya spy wife dia yang dlm masa yang sama minta cerai dari Harry….Baru dia tahu, dia pun dah kene tipu

And it’s become complicated……

Esoknya, Harry berjumpa si Linda, yang kemudian bercerita tentang kawannya, Chad yang dah hilang beberapa hari. Harry kemudian sedar yang kawan Linda itu ialah Chad yang dia bunuh, mengangap Linda juga adalah seorang ‘spy’. Tapi dlm masa yang sama, Linda fikir Chad dah ditahan orang kedutaan Rusia. Kemudian Linda minta tolong Ted, manager Hardbodies yang ada ‘feeling’ kat Linda. Ted kemudian setuju dan pergi pula ke rumah Cox untuk cari maklumat tambahan untuk beri pada Russia. Dalam masa yang sama, isteri Cox, katy dah kebas semua saving Cox. So, Cox plan nak cilok pulak barang2 si Katy. Bila Cox pecah masuk rumah dia, dia nampak Ted dan sangka Ted adalah mamat yang ada affair dgn ex-wife dia ni. Cox terus tembak si Ted……
Macamana kesudahan cerita ni? Pegawai2 CIA cuba untuk meleraikan masalah dalam kes ni…tapi diorg pun ‘blur’. Harry dan Linda ditahan, tapi Harry dibenarkan epas ke Venezuela dan Linda setuju untuk ‘tutup mulut’ kes ni jika CIA dapat tanggung kos ‘plastic surgery’ dia.
Agen2 CIA mengganggap mereka perlu belajar dari kes ni, dengan tidak akan mengulang kesilapan mereka…walaupun mereka kurang jelas, apa yang mereka dah lakukan sebenarnya ????

Apa yang aku boleh komen pasal cerita ni ialah, korang mungkin tak berapa faham apa sebenarnya motif cerita ni. Tapi percayalah, cerita ni agak lawak, complicated dan fresh.
So, apa lagi….pergi la ke kedai cetak rompak berdekatan, cari la DVD cerita ni..BURN AFTER READING….

p/s: next filem review: THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...