Langkau ke kandungan utama

siape kate POLIS Malaysia ade EVO X aje....?


nampaknya, aku sudah tersilap langkah...

semakin aku mengutuk abg Polis sudah memakai EVo X beberapa minggu yang lalu, semakin mereka mengganas untuk membuktikan pada aku mereka ade 'power'.

minggu ni mereka datang dengan kereta yang lebih power, lebih dahsyat, lebih 'luxury', lebih 'branded' & lebih mahal....ado gayo la abg polis...macam Norman Hakim dengan Inspektor Memey..huhu

sikalang, meleka sula menatang kan, eh silap ('menatang' tu olang jusoh telengganu malah sama itu soltan lia)..mendatangkan sebuah keleta polis yang tidak kulang hebatnya...VOLVO S80 2.5 TURBO..!!!
mintak mahap loo...mood tahun balu cinna...lagipun, simalam,lekat pineng satu hali wa sulah bual sama itu mr. lee...(soli lee....angpau mali..)

berbalik kepada bahasa melayu,

adapun kereta ini adalah kereta baharu dlm 'line-up' kenderaan polis raja-di malaysia...
-ye la, mesti la kete diorng. takkan diorng pinjam kereta AMBANK tarik, pastu tampal sticker pulis plak kan untuk berlagak dengan org2 security dengan workshop SUNYAW- terima kasih kepada pengambil gambar yang begitu peka dlm sensitiviti permotoran malaysia

kereta ini berharga kurang kebih RM285,000 (selaps diskaun tahun baru cina), berhenjin 2500CC, 'turbocharge' (atau melayunya dikuasai turbin - lebih kurng enjin pesawat..pesawat??..), kuasakuda (tak tau samada stallion, mustang, kuda padi, kuda kepang atau kuda babylon-yg dilelong lebih kurang 3 thun lepas diTV - mengarut) 200HP, kuara tarikan 300NM (apa2 bole tarik, lebih2 lagi chic2 kat lorong dobi)

Top speed kalau berani, dlm 210km/j...zero to hundred hanya 8 saat atau sekali sangap...

Interior? Std VOLVO la...leather seat dan segala yg boleh diorng balut kulit, diorng balut.

IGP Musa Hassan, saya rase, polis malaysia memang patut membeli kereta sebegini, kakitangan dato akan kelihatan macho, handsome, tampak bergaya, takkan ambil rasuah dan curi tulang selepas menbawak kereta ini.

Kerajaan juga tidak akan rugi kerana mengisi minyak untuk kereta ini (2.5 tu.) memandangkan harga minyak dunia telah turun dan rakyat jelata yang akan membayarnya secara bergilir atau tong-tong (bukan thong haa..) melalui subsidi kepada kerajaan

Saya mohon agar Pak Lah akan meluluskan lagi pembelian lebih byk kereta2 laju untuk polis selepas ini macam beli BRABUS ROCKET B7 ke, Maseratti Quttraporte ke, takpon tunggo je LAMBORGHINI keluar dia punya ESTAQUE 4 pintu tu...

Kalau Askar nak tumpang sama, pun boleh, Kerajaan boleh la beli Trak2 yang masuk RALLLI PARIS - DAKAR mcm MAN, MERC, SCANIA paling cikai pun NISSANDIESEL....4WD pulak kita tak perlu guna LR DEFENDER - out of date dah...kita boleh pakai PORSCHE CAYENNE KE, AUDI Q7 ke, HUMMER H2, BMW X5 ke X6 ke....tak pun, boleh pakai RANGE ROVER SPORT SE..kan macho?Tapi aku dengar LAMBO nak kuar 1st SUV diorang!!...tunggu..

aku sbg rakyat tak menunjukkan rasa bimbang apatah lagi rasa membazir memandangkan negara kita ada hasil mahsul yg cukup banyak, tiada rakyat y g miskin & public trasport yg sangat berkualiti dan menepati masa (termasuklah tidak berebut2 sambil mencium bau-bauan selepas habis waktu kerja...pening.)

Kalau tak cukup duit untuk beli bende2 tu semua, rakyat boleh tolong dgn membuat dana untuk polis dan ashkar untuk 'kesejahteraan' bersama.

PDRM NEXT CHASING CAR : PORSHE 911 GT3 RSR ver 2009...:D baru 380,000 EURO je...

Ulasan

  1. bro....setau aku kereta polis biase diorang ambik national car.....klu evo tu mungkin ok lg sebab die sepupu dengan proton, so skrg volvo pn dh nk jd natinal car ke????

    BalasPadam
  2. aku rase la kan, mungkin Sweden dah berada dlm jajahan taklukan Malaysia, sebab tu Polis M'sia beli,
    tak pun mungkin Volvo dah kene beli ngan Proton ko...
    ataupun...showroom Volvo kat M'sia ni, dah kene beli ngan suku sakat pemerintah kot...

    BalasPadam
  3. kereta volvo ni kereta khas untuk bodyguard yang dipertuan agong"close up"/"rapat1@2"...kete ni jadi clearen depan....disertakan dua buah lagi volvo xc90 yang di belakang kete agong...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...