Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

PRN 2023 Terengganu: Siri 1 - Analisa awal

  *Pada 17 Julai, SPR mengesahkan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan tarikh pilihanraya PRN pada 12 Ogos 2023. 1. PN menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15. Ini memberikan keyakinan penuh kepada MB Ahmad Samsuri memasuki gelanggang PRN. 2. Walaupun terdapat beberapa kontroversi mengenai salahguna kuasa berkaitan penjualan tanah hakmilik kerajaan negeri kepada pihak berkepentingan, topik ini gagal mendapat ‘air time’ diperingkat nasional. 3. PH-BN agak tenggelam pada peringkat ini, dan kekurangan pemimpin berkebolehan dan layak diangkat mencabar jawatan MB. Ahmad Said dilihat memposisikan dirinya sebagai prominent figure dari BN. PH masih bergelut mencari nama baru yang berpotensi. 4. Bergantung kepada topik dan naratif menjelang PRN, PN dilihat mempunyai peluang lebih besar untuk kekal menjadi pilihan rakyat Terengganu. Ramalan awal: PN kekal sebagai kerajaan negeri.

PRN 2023 Pulau Pinang: Siri 1 - Analisa awal

Pulau Pinang milik Kedah adalah naratif yang dibawakan PN, terutama PAS Kedah. Strategi ini mungkin berkesan bagi PN untuk menarik tumpuan pengundi atas pagar. Isu yang sensitif tapi boleh memberi impak terhadap pengundi atas pagar. 1.        Secara keseluruhan, trend pada PRU-15 menunjukkan majoriti masih mengekalkan sokongan mereka untuk PH. 2 dari 3 kerusi yang dimenangi PN adalah kubu BN menunjukkan perubahan sokongan teras Melayu dari BN ke PN, sebahagian tempias gelombang besar dari Kedah. 2.        Kehilangan kerusi di Permatang Pauh merupakan kejutan terbesar, mengambil kira kerusi ini ditandingi waris Anwar Ibrahim. Kekalahan ini mungkin signal penolakan pengundi muda kepada legasi Anwar Ibrahim, mungkin kesan dari kempen agresif PN di media sosial. 3.        Kawasan parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh mempunyai 9 kerusi DUN, dan kebarangkalian PH-BN kalah disemua kerusi ini pada PRN agak tinggi. Ini bergantung kepada kempen PN, calon dan respon PH-BN

PRN 2023 Kedah: Siri 1 - Analisa awal

  *Artikel ini ditulis pada hari sama MB Sanusi dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan kenyataannya merendahkan kedudukan institusi kesultanan Selangor dan YDPA. 1. Kecenderungan politik Kedah adalah dinamik dan berkait rapat dengan kedudukan pemerintahan diperingkat Persekutuan. Pada PRU-14, PH menang majoriti mudah 18 kerusi dan membentuk kerajaan negeri yang diketuai Mukhriz Mahathir, yang juga anak kepada PM8 yang membentuk kerajaan Perseketuan ketika itu. Langkah Sheraton menyaksikan PM8 hilang jawatan dan Mukhriz menyusul beberapa hari selepas itu. 2. Dalam PRU15, gabungan PN menang kesemua kerusi Parlimen, kecuali di Sg Petani. Keputusan ini memberi keyakinan PN memasuki PRN dalam mode menyerang. MB Sanusi membina naratif Melayu Kedah vs Cina DAP melalui serangan mengenai asal usul PP, dan kemudian menyerang kerajaan Persekutuan secara terbuka dengan projek KXP. 3. MB Sanusi mahu dirinya dilihat sebagai penglima perang PAS, dan membuktikan dirinya layak memimpin, memenangi

PRN 2023 Selangor: Siri 1 - Analisa awal

  Pengaruh BN-Umno di Selangor merosot sejak beberapa penggal pilihanraya yang lalu. Penyertaaan BN dalam Kerajaan Perpaduan mungkin menjadi titik ubah nasib BN Selangor untuk kembali menjadi relevan. Melihat kepada keputusan PRU15, ada beberapa benda yang kita boleh faham tentang politik Selangor 1.        Ada pergerakan pengaruh dikawasan tradisi melayu. Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat cenderung memilih PN. Dalam saingan 3 penjuru, Melayu menolok BN dan PH. PN dilihat sebagai pilihan lebih selamat. 2.        Ada 2 kebarangkalian tentang keputusan PRN akan datang; 1) Melayu kembali mendekati PH-BN dengan bersandarkan pengaruh PMX, atau 2) PN akan meluaskan kuasa dan memenangi lebih banyak kerusi DUN – keputusan yang akan memberikan sinar harapan buat Azmin & the gang. 3.        Bekas warlord UMNO mungkin tidak bertanding bagi mengukur respon Melayu. Keputusan positif akan menyakinkan mereka untuk memasuki gelanggang PRU16 4 tahun lagi. 4.        Krisis kepimpinan

PRN 2023 Negeri Sembilan: Siri 1 - Analisa awal

  Ada beberapa poin penting yang kita boleh belajar politik Negeri Sembilan jika melihat keputusan PRU14 dan PRU15. Pengajaran ini boleh menjadi asas untuk menganggar keputusan PRN N9 yang bakal berlangsung Ogos ini. 1.        Pengaruh politik N9 terbahagi kepada dua zon; pantai barat dan jajaran tengah. Monopoli PH dibahagian pantai barat N9 terserlah pada PRU14 dan diabsahkan dalam PRU-15. 2.        Dalam PRU15, BN-Umno menunjukkan walaupun ketika krisis kuasa UMNO, sokongan teras mereka tidak terjejas. Hasilnya, BN merampas kembali 3 kerusi dari PH. 3.        Pengaruh BN di N9 bergantung pada 2 faktor penting; 1) leadership Tok Mat Hasan, dan 2) kekuatan sokongan melayu dizon felda dan kampong tradisi. Walaupun bergolak, BN-Umno masih menjadi pilihan majoriti. 4.        Menarik untuk melihat bagaimana PH dan BN akan berbahagi kerusi, berkempen bersama dan berkongsi kuasa. Jumlah kerusi menang akan menentukan parti mana akan memegang kuasa MB N9. 5.        Walaupun KJ sanga

PRN 6 Negeri – Ramalan Awalan

  Kelantan: 22 Jun 2023 Selangor: 23 Jun 2023 Pulau Pinang: 28 Jun 2023 Negeri Sembilan: 30 Jun 2023 Kedah: 28 Jun 2023 Terengganu: 28 Jun 2023   Ramalan awal keputusan PRN seminggu selepas pembubaran DUN: Statu quo