Langkau ke kandungan utama

PRN 2023 Pulau Pinang: Siri 1 - Analisa awal

Pulau Pinang milik Kedah adalah naratif yang dibawakan PN, terutama PAS Kedah. Strategi ini mungkin berkesan bagi PN untuk menarik tumpuan pengundi atas pagar. Isu yang sensitif tapi boleh memberi impak terhadap pengundi atas pagar.

1.       Secara keseluruhan, trend pada PRU-15 menunjukkan majoriti masih mengekalkan sokongan mereka untuk PH. 2 dari 3 kerusi yang dimenangi PN adalah kubu BN menunjukkan perubahan sokongan teras Melayu dari BN ke PN, sebahagian tempias gelombang besar dari Kedah.

2.       Kehilangan kerusi di Permatang Pauh merupakan kejutan terbesar, mengambil kira kerusi ini ditandingi waris Anwar Ibrahim. Kekalahan ini mungkin signal penolakan pengundi muda kepada legasi Anwar Ibrahim, mungkin kesan dari kempen agresif PN di media sosial.

3.       Kawasan parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh mempunyai 9 kerusi DUN, dan kebarangkalian PH-BN kalah disemua kerusi ini pada PRN agak tinggi. Ini bergantung kepada kempen PN, calon dan respon PH-BN.

4.       Untuk baki 31 kerusi DUN yang lain, PH-BN mungkin tiada masalah besar untuk mengekalkan, terutama 19 kerusi DUN dizon pulau.

5.       Kestabilan Gerakan dan kemampuan mereka mempengaruhi pengundi PP akan diuji pada PRN. Ini akan kayu ukur sama ada mereka masih lagi relevan terutama bagi pengundi bukan Melayu majoriti cina.

Ramalan awal: PH-BN menang ¾ majoriti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...