Langkau ke kandungan utama

PRN 2023 Kedah: Siri 1 - Analisa awal

 *Artikel ini ditulis pada hari sama MB Sanusi dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan kenyataannya merendahkan kedudukan institusi kesultanan Selangor dan YDPA.

1. Kecenderungan politik Kedah adalah dinamik dan berkait rapat dengan kedudukan pemerintahan diperingkat Persekutuan. Pada PRU-14, PH menang majoriti mudah 18 kerusi dan membentuk kerajaan negeri yang diketuai Mukhriz Mahathir, yang juga anak kepada PM8 yang membentuk kerajaan Perseketuan ketika itu. Langkah Sheraton menyaksikan PM8 hilang jawatan dan Mukhriz menyusul beberapa hari selepas itu.

2. Dalam PRU15, gabungan PN menang kesemua kerusi Parlimen, kecuali di Sg Petani. Keputusan ini memberi keyakinan PN memasuki PRN dalam mode menyerang. MB Sanusi membina naratif Melayu Kedah vs Cina DAP melalui serangan mengenai asal usul PP, dan kemudian menyerang kerajaan Persekutuan secara terbuka dengan projek KXP.

3. MB Sanusi mahu dirinya dilihat sebagai penglima perang PAS, dan membuktikan dirinya layak memimpin, memenangi dan menjadi MB secara absah. Pendekatan ini juga bagi membuktikan dirinya layak mendaki tangga kepimpinan dalaman parti Pas.  

4. Menarik untuk melihat respon pengudi Kedah selepas MB Sanusi meletakkan dirinya dalam kontroversi dan pertuduhan mahkamah. Secara zahir dan dari pandangan kasar peluang PH-BN membentuk kerajaan negeri adalah sekitar 30-35% sahaja tetapi strategi kempen dan kerjasama jentera boleh meningkatkan peluang. Dari sisi lain, PMX dan cabinet dilihat memberikan push dari peringkat persekutuan.

5. Masih tidak pasti status MB Sanusi, sama ada akan bertanding dalam PRN dan kekal menjadi calon MB dari PN. Menarik juga untuk melihat respon dari kem Mahathir/Mukhriz untuk mengambil kesempatan dari situasi.

Ramalan awal: Kedah adalah battle ground Persekutuan vs Negeri. PN berpeluang besar kekal kerajaan Negeri dengan sokongan sekitar 25 kerusi DUN.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...