Langkau ke kandungan utama

PRN 2023 Negeri Sembilan: Siri 1 - Analisa awal

 


Ada beberapa poin penting yang kita boleh belajar politik Negeri Sembilan jika melihat keputusan PRU14 dan PRU15. Pengajaran ini boleh menjadi asas untuk menganggar keputusan PRN N9 yang bakal berlangsung Ogos ini.

1.       Pengaruh politik N9 terbahagi kepada dua zon; pantai barat dan jajaran tengah. Monopoli PH dibahagian pantai barat N9 terserlah pada PRU14 dan diabsahkan dalam PRU-15.

2.       Dalam PRU15, BN-Umno menunjukkan walaupun ketika krisis kuasa UMNO, sokongan teras mereka tidak terjejas. Hasilnya, BN merampas kembali 3 kerusi dari PH.

3.       Pengaruh BN di N9 bergantung pada 2 faktor penting; 1) leadership Tok Mat Hasan, dan 2) kekuatan sokongan melayu dizon felda dan kampong tradisi. Walaupun bergolak, BN-Umno masih menjadi pilihan majoriti.

4.       Menarik untuk melihat bagaimana PH dan BN akan berbahagi kerusi, berkempen bersama dan berkongsi kuasa. Jumlah kerusi menang akan menentukan parti mana akan memegang kuasa MB N9.

5.       Walaupun KJ sangat popular diperingkat nasional, kuasa dan pengaruhnya tidak menyerlah diakar umbi Umno N9. Pemecatan KJ tak mampu mengubah landskap Umno N9. Bukti ini diperkuatkan apabila langsung tiada tawaran dari kem PN N9 untuk KJ.

6.       BERSATU dan PAS tiada asas kukuh di N9. Tanpa calon MB dan kepimpinan yang prominent, PN akan struggle untuk menang kerusi.

Jika majoriti pertandingan kerusi adalah 2 penjuru, boleh diramalkan PH-BN akan sapu bersih – bergantung kepada strategi dan perpaduan jentera mereka.

Ramalan: PH-BN sebagai kerajaan negeri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...