Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha

5 perkara penting- GENESIS MOTORS

GENESIS MOTORS – cabang barisan mewah jenama HYUNDAI, seperti LEXUS untuk Toyota, ACURA untuk Honda, INFINITY untuk Nissan dan EXEED untuk jenama Chery. Penulis jangka jenama ini akan bersaing dengan agresif dalam masa terdekat, mengambil kira kemampuan kewangan dan cita-cita besar Hyundai. Ini lima perkara penting yang perlu kita tahu mengenai GENESIS. 1.        GENESIS bermula dari sebuah model konsep Hyundai pada tahun 2007 yang menggambarkan “terjemahan berterusan sebuah sedan sports moden, dengan pacuan roda belakang”. Pada 2015, Hyundai secara rasmi mengumumkan GENESIS sebagai jenama yang berdiri sendiri. 2.        Generasi pertama Hyundai Genesis meletakkan BMW Siri-5 sebagai tanda aras. Hyundai memasarkan generasi pertama sebagai “prestasi BMW Siri-5, dengan kemasan dalaman Siri-7, pada harga Siri-3”. 3.        GENESIS melancarkan model pertama dan perdana-nya G90 di Korea pada penghujung 2015. Dipenghujung 2016, jenama GENESIS dilancarkan di pasaran sasaran ter

5 fakta menarik jenama FORD

1. Henry FORD, mendapat idea untuk konsep barisan pemasangan (assembly line) daripada rumah sembelihan khinzir. Idea FORD ini digunapakai hampir keseluruhan pembuat kereta hingga kini. 2 2. FORD  adalah syarikat ‘hijau’ pertama di dunia. Sebelum tahun 1939, kilang-kilang FORD dikuasakan dari pembakaran najis manusia dan binatang. 3.  Karekter kartun popular, Peanuts diperkenalkan dikaca TV melalui iklan kenderaan FORD. 4.  Henry FORD adalah orang yang memperkenal bidalan inggris ‘an arm and a leg’ bilamana menggambarkan kepentingan duit. “Money is like an arm and a leg – use it or lose it”. 5. Model keluaran pertama FORD, Model A dijual pada harga USD850, mempunyai enjin 2 silinder, dengan kelajuan maksimum 30M/H (48KM/H). Model A tidak mencapai jualan yang bagus, sehinggalah model ikonik Model T diperkenalkan. Model T dinobat sebagai kereta paling berpengaruh abad-21 disebabkan ia menawarkan pemilikan kenderaan pada harga mampu milik bagi golongan kelas pertengahan,

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Pelan pemulihan Proton akhir 2018?

Menurut DRB-HICOM, pemulihan bisnes Proton bersama Geely hanya akan siap akhir 2018. Mengambil kira pembelihan syer oleh Geely telah berlaku pada Jun tahun ini, maksudnya lebih 1 tahun setengah diperlukan bagi meletakkan semua plan ditempatnya. Industri mengatakan ia adalah tempoh biasa yang akan diambil oleh pemain industri. Dirasakan DRB-HICOM wajar meletakkan plan jangka pendek untuk Proton sementara menunggu semua plan direalisasikan bersama Geely. Jangan terlepas pandang asas bisnes Proton iaitu menghasilkan dan menjual kereta. Tanpa jualan, kewujudan Proton adalah tidak relevan. Secara jujurnya, Prestasi Proton pra-DRB adalah lebih baik. Sejak dibawah payung DRB, Proton sekadar biasa-biasa sahaja, tanpa visi khusus untuk menjadi pesaing otomotif lebih besar. Kebanggaan jenama dan rekod jualan makin merosot ditelan pasaran yang semakin agresif. Membandingkan rekod jualan 2015 dan 2016, Proton penurunan jualan hampir 30% (hampir 30,000 unit). Statistik jualan separuh tahun

Dilema plat kereta Malaysia

Di Malaysia, pemilik kereta boleh memilih apa sahaja jenis tulisan dan saiz untuk dipamerkan sebagai ‘nombor pendaftaran’. Perkara ini tidak menjadi kesalahan, sehinggalah ditahan dan disaman JPJ atau Polis Trafik. Malaysia adalah negara dalam ASEAN tunggal yang masih tiada standard ketetapan nombor plat kenderaan. Ya, memang ada dalam pekeliling dan peraturan JPJ, tapi pelaksanaan dan penguatkuasaan nya tiada. Situasi ini agak aneh mengambil kira kemajuan industri otomotif negara, dan status pemodenan Malaysia secara amnya. Isu ni mungkin nampak remeh, tapi isu remeh dan kecil lah yang selalunya menentukan hal-hal yang lebih besar dan penting. Hal standard plat kereta patut diberi fokus khas untuk mengawal beberapa benda penting antaranya ; kategori kenderaan (komersil, persendirian, sewaan), nombor pendaftaran palsu, kereta dan motor curi, penguatkuasaan undang-undang, identifikasi sesebuah kenderaan jika berlaku kecemasan, kesalahan dan kecurian, dan imej keseragaman. JPJ