Jumlah pusingan perlumbaan : 56 Keputusan ; Heikki Kovalainen : Petak mula ke-20, Perlumbaan ke- 16 J Trulli : Petak mula ke-21, Perlumbaan ke-19 Shanghai. Trek terakhir F1 bagi 3 dalam jelajah awal ke timur jauh. Selepas Australia, Malaysia dan China, rombongan besar F1 akan kembali ke Eropah. Perlumbaan F1 akan bermula kembali 3 minggu lagi dengan majoriti perlumbaan akan diadakan di sekitar Eropah, bermula dengan GP Turki. Kali ini di Shanghai, Hamilton (McLaren) berjaya menghalang Vettel (RedBull) dari mencapai kejayaan hatrik. Trek pantas Shanghai akhirnya mendedahkan kelemahan jentera RedBull yang masih lagi belum sepurna sistem KERS-nya. Bagi Team Lotus, GP China kali ini berjaya merakamkan antara perlumbaan yang terbaik bagi mereka. Kali ini, mereka berjaya menewaskan 2 pelumba dari pasukan ‘midfield’ – Perez (Sauber) dan Maldonado (Williams). Isu ketahanan juga seolah sudah dapat diatasi dengan kedua-dua jentera berjaya melepasi garisan penamat. Bagi Team Lotus, mereka kini s