Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Mencari kehebatan KLIMS’10

Selesai mengunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS2010), ada satu komen besar berlegar dalam kotak akal. Patutkah huruf ‘I’ diletakkan di KLIMS’10. Tahap sebenar KLIMS’10 bukanlah bertahap antarabangsa tetapi sekadar ‘boleh tahan’ sahaja. Bukan nak membandingkan KLIMS dengan autoshow hebat seperti di Geneva, Paris, Detroit, Tokyo, dan Beijing tetapi untuk bersaing dengan Bangkok atau Jakarta International Motorhow juga seperti bukan dalam liga yang sama dengan KLIMS10. Tiada nama besar pemain automotif eropah seperti Audi, Volkswagen, BMW, MINI, Mercedes Benz, Renault, Ford, Citreon dan Volvo. Jauh sekali untuk melihat kelibat nama besar industri seperti Porshe, Aston Martin, Jaguar, Lamborghini, Ferrari, Alfa Romeo. Mencari nama Pagani Zonda, Cadillac, Vauxhall, McLaren, dan Atom pula seolah mencari nama BigMac di restoran KFC. Jenama automotif Asia seperti Subaru, Mazda, malahan Tata dan Mahindra juga tidak kelihatan di KLIMS. Penganjur KLIMS, AAM mencanang tema ‘W

Rakyat didahulukan atau Rakyat yang kena dulu?

4 dalam 1 Harga Petrol, Diesel, LPG, dan Gula semuanya 'dinaikkan'pada 4 Disember lalu.Syabas PM Najib. Bertepatan dengan slogan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", memang kita sebagai rakyat telah didahulukan. Bila kerajaan terpaksa menanggung subsidi, rakyat perlu bayar. Bila kerajaan yang perlu tanggung ganti-rugi konsesi tol lebuhraya, rakyat yang kena tolong. Ketika Idris Jala memberitahu kerajaan Malaysia akan muflis, mereka cepat2 menyalahkan subsidi yang telah dikeluarkan kerajaan. Tapi kenapa bila 'rizab' antarabangsa Malaysia mencecah USD10billion, tak ada seorang pemimpin BN pun mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah menyumbang ke arah itu? Kerana pemimpin yang boros dan tak bijak mengurus, rakyat terpaksa tanggung akibatnya. Jika tak ada wang, sewenang-wenangnya mereka akan tekan rakyat. Naikkan tol, petrol, diesel, tarif elektrik, saman ekor dan apa saja yang boleh jadi duit untuk menampung kebocoran mereka, senang su

Kempen dan Perang PRU ke-13 telah bermula...!!

"UNDI KITA, SUARA KITA" Sejak PM Najib menangguhkan pemilihan UMNO, dan sejak Anwar Ibrahim menjangkakan PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, rakyat Malaysia kembali hangat dengan cerita politik. BN dengan diketuai Najib seolah telah secara tidak rasminya melakukan 'sepak-mula' kempen pilihanraya. Setiap majlis yang dihadiri lazimnya akan diselitkan ucapan berunsur memburukkan Pakatan Rakyat (PR) dan memuji kebijaksanaan dan kejayaan BN.Media arus perdana juga semmakin ligat mengorek cerita basi dan mereka cerita sensasi. Aku secara terbukanya mengaku aku ialah anti-BN dan UMNO sebab aku sayangkan Malaysia. Tak sanggup untuk melihat Malaysia diperintah oleh orang-orang yang syok sendiri 'berkerajaan' tanpa memikirkan rakyatnya. Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, daftar segera kerana undi itu suara kita. Jangan nanti hanya bising bila harga tol, barang2, minyak naik, tapi tanggungjawab memilih kerajaan kita abaikan sahaja. Sanggupkah kita se

Tahun baru, Buku baru

Salam Maal Hijrah. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432. Tahun baru, lembaran baru dibuka. Lebih bagus jika catatan dalam lembaran baru ini lebih elok, lebih berkualiti. Perlu ada perbahan kearah yang lebih baik. Alhamdulillah, berpeluang mengakhiri tahun 1431 dan memulai awal tahun 1432 dengan bacaan doa ringkas dengan orang tersayang buat pertama kali. Mudah-mudahan tuhan makbulkan doa kita. Bercakap tentang buku baru, azam baru perlu lebih mantap. Tapi usaha perlu lebih mantap dari azam kerana azam tanpa usaha tak membawa sebarang makna. Insyallah, tahun baru ini fasa hidup baru akan bermula. Usaha meningkatkan ilmu, amal dan takwa ini sangat penting untuk memastikan fasa hidup yang seterusnya ini akan lebih berkualiti dan diberkati Allah. Ameen.

Genius....

Berapa bijakkah seseorang itu sehingga di tarafkan 'genius'? Apa yang kita faham tentang genius? Adakah dengan menjalani ujian IQ,mendapat markah yang tinggi atau luarbiasa boleh dikatakan genius? Ramai manusia dikatakan genius, antaranya Albert Einstein, Da Vinci, dan kalau di Malaysia, Adi Putra. Tetapi berapa geniuskah mereka ini? Banyak cabang genius manusia ini, genius saintifik, genius al-quran, genius matematik, genius muzik,genius seni, genius main bola dan juga genius menipu... Pada saya, berapa geniusnya manusia itu tidak penting kerana dalam hidup yang paling penting adalah keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup dan dalam masa yang sama berusaha melakukan yang terbaik. Kalau kita pandang ke'geniusan' seorang muslim, tak kira berapa bijak dan geniusnya dia, yang paling penting cara pemikirannya perlu selari dengan ajaran islam, dan sebagai seorang genius, hidup dan amalannya perlu lebih baik dari mereka yang 'kurang' genius. Dan apa yang boleh dika

Ketuanan Melayu atau Tuan yang makin layu

Apa yang kita faham dengan maksud ‘Tuan’? Seseorang yang lebih berkuasa daripada kita. Jika kita tuan kepada seekor kucing, kita berhak ke atas kucing itu, boleh melakukan apa yang kita mahu atas kucing itu. Tapi apa maksud ‘ketuanan melayu’ yang heboh didebatkan ahli politik Malaysia? ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Malay Supremacy’. Apa yang aku faham ialah satu perkataan untuk menggambarkan ‘melayu itu tuan’. Pemimpin UMNO memang cukup pantang kalau disentuh tentang ‘ketuanan melayu’. Dengan segera mereka akan buka buku Perlembagaan Malaysia untuk bercakap tentang fasal ini, fasal itu, akta ini, akta itu....itu diorang punya pasal la... Tapi di Malaysia, Melayu itu tuan kepada siapa? Kepada bangsa lain? Kepada Cina, India, bumiputera yang lain? Apa bukti Melayu itu tuan? Apa yang Melayu ada untuk jadi ‘tuan’?Adakah semua Melayu di Malaysia ini ‘tuan’? Kalau semua ‘tuan’ siapa ‘hambanya’? Tiada siapa yang mempertikai hak Melayu itu.Tapi bagaimana pula dengan hak kaum lain? Siapa yang patut m

mengintai KLIMS 2010

KLIMS 2010 akan bermula hujung minggu ni. Kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya, boo saya, geng bro saya akan ke sana 7 Dis nanti.....Insyallah. Intai2 kat blog favourite, Paul Tan, dah byk update pasal KLIMS'10 ni... Proton - peserta terbesar KLIMS '10 - tampil dengan kereta2 konsepnya, EV dan model terkini dan akan datang. Seperkara bercakap tentang 'Concept Car' Proton, sebelum ini ia tak lebih dari kereta yang datang dengan tambahan aksesori dan bodykit yang 'extreme'. Di KLIMS '10 kali ini, Proton datang dengan kereta konsep "pahlawan Melaka' - Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir & Kasturi. Mungkin ingin menunjukkan semangat 'kemelayuan' Proton. 1- Proton Tuah/Persona R - Kemungkinan besar model gantian Persona untuk tahun 2012 2- Proton Lekiu - MPV/SUV/Crossover - asasnya adalah Proton Exora 3- Proton Lekir - re-badge Lotus Europa - mungkin model 'kereta sports mampu milik' Lotus untuk rakyat BolehLand. 4- Proton K