Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

TRANSFORMERS:Revenge of The Fallen

Popcorn N’ Wednesday kitorang minggu ni terpaksa dicepatkan kehari Selasa disebabkan TRANSFORMERS 2 dah kuar!! Satu perkataan tentang filem ni…Marvelous!!! Tak seperti filem pertama Transformers, kali ini, dari mula sampai habis – non-stop action… Tak perlulah rasanya aku ceritakan filem ni, sebab korang mmg patut. Dengan geng2 Autobots dan Decepticon lebih variasi, terutama Decepticon, dibantu konco2 Constructicon terutama Devestators, misi mereka ialah menyelamatkan Megatron dan seterusnya memusnahkan Matahari dan Bumi. Filem Transformers kali ini lebih komplikated kerana penonton perlu mendalami sejarah Transformers, Dynasty of Primes, Sun Harvestor (didalam Pyramid), kemunculan The Fallen – ketua Decepticon. Eelemen2 kisah Sam lebih dikurangkan dan lebih tertumpu kepada usahanya untuk menyelamatkan dunia besama2 Autobots. Apa yang mendatangkan ‘rahang terbukak’ bagi aku ialah teknik CGI dalam filem ini, jalan cerita yang digabungkan dengan sejarah Mesir Purba serta kehebatan ketent

THE HOLIDAY

DVD ke-3 yang dilayan pada hujung minggu ni, bukanlah sebuah cerita baru, tapi pada aku cerita yang tak jemu untuk aku layan. The Holiday (2006) berkisar kepada 2 watak utama Amanda(Cameron Diaz) dan Iris (Kate Winslet) disamping Jude Law sbg Graham, abang kepada Iris serta Miles (Jack Black) rakan industry Amanda. Amanda dan Iris bertukar lokasi untuk becuti dan melupakan masalah cinta mereka. Dan dari situ bermula kisah mereka dengan kedua-dua pria ini, Graham dan Miles. Tak perlu rasanya untuk menghuraikan cerita ini sebab aku rasa ramai yang dah menonton ‘the holiday’ ini. Bagi aku filem ini merupakan antara all-time favourite ‘love story’ aku, sama seperti ‘Serendipity’ yang juga berlatarkan kisah dua individu dipisahkan dengan jarak tetapi ditemukan secara kebetulan. So, kalau dah bosan tu, layan perasaan le dengan movie ni…:) Cheers!

Feast of Love

Satu lagi DVD yang dilayan hujung minggu terbaru ni….”Feats of Love” Masa untuk mencari cinta, bercinta atau ‘membuat cinta’? semuanya ada dalam movie ni. Bukanlah satu filem baru, tetapi telah mula ditayang pada 2007. Morgan Freeman sebagai Prof. Harry Stevenson, memerhatikan beberapa siri percintaan individu disekelilingnya dalam satu komuniti di Portland, Oregon. Terdapat beberapa kisah cinta yang memperlihatkan magik, misteri dan kadangkala kepedihan dalam menifestasi cinta. Dari cinta seorang pemilik café, Bradley dengan isterinya Kathryn (Salma Blair) yang jatuh cinta kepada seorang Lesbian, Jenny, cinta Oscar pekerja dicafe Bradley dengan homeless girl, Chloe. Kisah Bradley – seorang yang kurang bernasib baik dalam cinta - dicambahkan lagi dengan adventurnya mencari cinta sejati, cinta dengan Diana, wanita yang berskandal dengan suami orang dan akhirnya menemui cinta sejati dengan seorang doktor. Harry sendiri tidak terkecuali dengan cintanya pada isteri dan anaknya. Kisah ini d

LEATHERHEADS

Satu daripada latest DVD yang dilayan ujung minggu ni... George Clooney sebagai Producer, Director serta watak utama dalam “Leatherheads”. Sebuah filem komedi retro mengenai pemain professional “American Football” dalam tahun 1920-an. Clooney sebagai Dodge Connolly seorang kapten veteran yang cuba menyelamatkan pasukannya Duluth Bulldogs daripada bankrupt. Sesudah penaja mereka menarik diri, Duluth Bulldogs begitu nazak sehinggakan dalam satu game, diisytihar kalah kerana kehilangan bola (diorang ada 1 bola jek untuk match). Akhirnya Duluth Bulldogs terpaksa keluar dari liga. Connolly mengambil langkah berani untuk menyelamatkan Bulldog dengan mengambil Carter Rutherford, seorang pemain bintang dari kolej, yang juga seorang hero Perang Dunia. Langkah drastik itu mendatangkan hasil apabila stadium kembali penuh dan Buldog kembali menjadi pasukan yang kuat. Dalam masa yang sama, Lixie (Renee Zellwager) – wartawan dari Chicago Tribune – cuba untuk mengorek rahsia Carter menjadi hero peran

Hatiku Terluka di Bukhara

Bukhara – Sebuah kota lama di Asia Tengah yang terletak di Uzbekistan, pernah berada dibawah takluk United Soviet Socialist Republic (USSR) sebelum merdeka pada 1993. Imam Al Bukhari dan Ibnu Sina merupakan antara tokoh sejarah tamadun Islam yang datang dari bumi Bukhara. Buku ini merupakan travelog hasil catatan Wan Hashim Wan Teh menjelajah ke bandar-bandar di Asia Timur dan Asia Tengah – Moscow, Irkutsk, Siberia, Bratsk, Tashkent, Bukhara dan Leningard disekitar tahun 1983. Ketika lawatannya, kawasan ini masih berada dibawah wilayah USSR. Penulisannya santai, ringkas dan direct, dimana penulis bercerita kepada pembaca tentang kisah perjalanannya. Novel ini sedikit berbeza dengan beberapa karya H.M Tuah Iskandar seperti Steffe Isle dan Enrique Mengundang Jauh yang juga mengenai perantauan, tetapi dihibridkan dengan kisah lain bagi menjadikannya lebih komplikated dan menarik. Dalam kisah ini watak perantaunya adalah Abd Rahman, seorang pelajar Melayu yang menuntut di England. Lawatann

The Bucket List

Perkara apa yang dirasakan perlu ditunaikan sebelum menemui kematian? Carter (Morgan Freeman), adalah seorang mekanik biasa yang mempunyai pengetahuan sejarah yang hebat manakala Edwards (Jack Nicholson) adalah seorang tycoon - pemilik hospital yang kaya raya. Kedua2nya didiagnos menghidap kanser pada tahap terakhir. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama dihospital kepunyaan Edwards. Dari situ mereka mula menjadi sahabat. Hingga satu hari bila Carter mula menulis ‘the bucket list’, Edwards berpendapat, mengapa tidak dihabiskan masa mereka melakukan perkara2 impian daripada hanya berbaring dihospital menunggu maut. Dari situ bermulalah eksplorasi kedua2 geng ini untuk berseronok buat kali terakhir dalam hidup mereka - berlumba kereta, skydiving, memanjat Piramid, ke Safari dan lain2. Satu insiden di Hong Kong telah membuatkan Carter terasa untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Reunion keluarga berakhir dengan Carter terpaksa dikejar ke Hopital dimana dia akhirnya menemui ajal dimeja

TERMINATOR SALVATION

Filem fiksyen-sains bukanlah sesuatu yang aku minat kerana ia hanyalah sekadar imaginasi pembikin filem Hollywood dengan watak makhluk asing ciptaan mereka. Begitu juga dengan TERMINATOR SALVATION, ia hanyalah franchise dari siri filem Termuinator sebelumnya. Plot ceritanya hamper sama, JOHN CONNOR menentang SKYNET, Cuma kali ini mesin skynet lebih variasi. Seperti biasa akan ada Cyborg dari Skynet untuk menghapus JC. Cyborg kali ini ialah Marcus Wright, seorang banduan yang dieksplotasi tubuhnya setelah menjalani hukuman mati. Dikesudahan file mini, Marcus berpihak kepada JC hingga sanggup menghadiahkan jantung ‘power’nya kepada JC. Tiada apa2 keistimewaan file m ini selain dari memaparkan kehebatan Hollywood dalam teknik CGI dan filem aksi. Pada aku, lakonan Christian Bale sbg JC hanya sederhana tak tiada scene yang ‘remarkable’ selain dari ayat ‘ this is John Connor’….- lagipun Christian Bale ini bukanlah dalam senarai hero favourite aku. Tapi kalau sekadar nak memenuhkan masa, file