Sepuluh Fakta menarik Porsche 1. Kereta EV pertama dicipta oleh Ferdinand Porsche Porsche terlibat merekacipta kenderaan elektrik pertama didunia pada tahun 1898, ketika berkerja dengan syarikat Egger-Lohner. Nama rasmi kenderaan ini ialah Egger-Lohner C.2 Pheaton , tetapi sering disalah gelar sebagai Porsche P1. Ia berbentuk kereta kuda tanpa bumbung dandikuasakan bateri yg boleh bergerak sejauh 49 batu (79km). 2. Kereta Hybrid pertama juga dicipta oleh Ferdinand Porsche Semasa Bersama Egger-Lohner, Porsche mencipta kenderaan EV pertama dunia, dinamakan Lohner-Porsche Mixte Hybrid . Mixte bermaksud mixed atau Dua enjin petrol dari Daimler digunakan untuk menjana generator yang menghasilkan elektrik untuk menggerakkan motor disetiap roda. 3. Porsche merekacipta VW Beetle Pada tahun 1938, Adolf Hitler meminta Porsche merekacipta kereta rakyat (Volkswagen bermaksud kereta rakyat dalam Bahasa german). Porsche bersama anaknya, Ferry menghasilkan rekaan Beetle yang kekal