Langkau ke kandungan utama

MRT –Seekor lagi ‘Gajah Putih’ bakal lahir?




Pastinya satu Malaysia dah tau, projek Mass Rapid Transit – projek terbesar dalam sejarah Malaysia, RM36.6billion – akan bemula dengan tergesa-gesanya Julai 2011 ini. Malaysia dah punya pelbagai projek rel – Komuter, LRT, Monorel, ERL, Double Track....Shuttle Tren @KLIA?
Projek trek elektrik berkembar KL-Pdg Besar & Gemas-JB sedang disiapkan, tren keretapi dah order???

Bukan nak mempersoal kewajaran projek MRT ni, memang lebih banyak manfaatnya, tapi soalnya kenapa tergesa-gesa?
Satu Malaysia tahu, PM Tuan Najib belum pun 2 tahun jadi PM, tapi macamana dalam masa kurang 1 tahun, kajian MRT ni boleh siap. Tesis budak-budak ‘U’ pun ambil masa 2 sem (=1 tahun) nak siap.

Sejak ‘roadshow’ projek MRT ni memulakan ‘public viewing’ bermula pada Hari Valentine, macam-macam komen didengar – yanng komen pun bukanlah calang2 orang, bolehlah dikatakan pakar walaupun tak sebijak Tuan Najib .

Yang pertama didengar, Kajian Impak Alamsekitar (EIA) projek ni pun baru disiapkan juga pada 14 Feb 2011. Maksudnya, sebarang perancangan rapi belum mengambil kira laporan EIA – Jab. Alam Sekitar.
Lepas tu dengar pula Pertubuhan Kajian Air & Tenaga Malaysia (AWER) beri komen – kerajaan tak ambil kira segala aspek sebelum umumkan projek MRT pada umum. Soalan paling utama, impak kos yang terpaksa ditanggung pengguna walaupun setelah MRT ini disiapkan – akses ke stesen MRT, laluan, kos pengguna (pergi balik ke stesen), manfaat penduduk setempat, dan mcm2 lagi.
Terbaru dengar pula rungutan penduduk Damansara dan PJ – mereka mahu laluan MRT ini dibina di bawah tanah dan bukan landasan atas tanah macam Monorel, Komuter atau LRT. Alasannya, pencemaran, gangguan kejiranan, nilai hartanah, nilai estetika dan sebagainya. Penduduk Damansara Heights contohnya berpendapat, orang kaya seperti mereka tidak memandang projek ini sebagai projek penting untuk mereka kerana mereka masih ada Jaguar, BMW untuk dipandu – jadi kenapa MRT perlu lalu di kejiranan mereka dan mencemarkan ‘privasi’ mereka.

Mungkin lepas ni banyak lagi komen2 ‘membina’ dari rakyat Malaysia yang Tuan Najib tak sedap dengar, yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘komen cemburu’ bak kata TPM Tuan Muhyiddin.

Apa-apa pun kita tunggu bulan Julai ini bila Najib dengan ‘hard hat’nya turun ke tapak projek untuk upacara ‘tekan suis backhoe’ a.k.a Majlis Pecah Tanah.

Harini terdengar pula ada pihak sungguh2 berminat nak teruskan projek keretapi laju KL-Singapura. Seekor lagi ‘Gajah Putih’ akan lahir.....

p/s: Agaknya Puan Rosmah pernah naik Komuter atau LRT tak??

Ulasan

  1. nak ke bik mama tu naik tren nanti tggl wig n cair mekap yg tah berapa inci tu huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha