Langkau ke kandungan utama

Qurban

Kalau ada award "blogger paling tak aktif", rasanya aku boleh menang untuk bulan November ni...
hampir seluruh November aku tak menaip sesuatu di YL..

terlalu sibuk?tak ada masa?...aku pun tak tau apa alasan yang boleh digunapakai....
yang penting memang tak ada kesempatan nak luangkan masa untuk YL...bukan dah hilang minat untuk jadi 'blogger', sebenarnya banyak yang nak dikongsi, tapi entah lah..

sejak berganjak umur di awal bulan, 2-3 minggu kebelakangannya memang sangat kesuntukan masa rasanya..
selain hal kerja, banyak yang lebih penting yang perlu dikejarkan...
hampir tiap hari perlu ke Putrajaya menjenguk KakLong..sekurang2 jenguk aku boleh mengurangkan sakit & sepi dia, selain menunai amanah mak abah..
selepas lebih sepuluh jam operate, doa aku agar semua kesulitan ni dapat lepas dengan tenang..
Adik pun berjuang dengan SPM-nya...harapnya semuanya sukses..."kalau ada usaha & kesungguhan, insyallah, semuanya Allah mudahkan..."

Aidiladha kali ini mungkin tak seperti selalu tapi insyallah, akan memberi sesuatu yang beharga untuk keluarga..kali ini aku korbankan masa untuk KakLong sebab walaupun masa itu adalah emas, tapi emas takkan dapat membeli nyawa seorang akak...

Insyallah, moga semuanya selamat...
Selamat Aidiladha...

Ulasan

  1. jutaan terima kasih yg tak terkira sbb luangkn mase emas yg byk utk kaklong..semoga Allah akn membalas sgla pengorbanan yg dilakukan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...