Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

The Pianist

Tak berapa lama sebelum ni, YL ada mereview filem “The Boys in The Striped Pyjamas”. Sebenarnya filem ini ada persamaannya dengan filem The Pianist ni ; kekejaman tentera Nazi terhadap golongan Yahudi. Diadaptasi dari memoir seorang seorang pe’miano’ Yahudi-Poland, Wladyslaw Szpilman, ia merupakan filem yang menyaksikan perubahan persekitaran Szpilman dalam penaklukan Poland dalam era pasca Perang Dunia Ke-2 bermula sekitar akhir 1930-an. Szpilman menyaksikan kekejaman Nazi membantutkan karier muziknya, memisahkannya dengan keluarganya serta dalam skop lebih besar, kemusnahan Warsaw dan penghapusan etnik Yahudi di Poland. Takdir Szpilman lebih baik, berjaya survive dalam era perang ini walaupun berdepan ancaman bunuh, kebuluran dan perhambaan. Filem ini tertumpu kepada watak utamanya, Szpilman. Adrien Brody berjaya membawa watak Szpilman dengan bagus sehingga melayakkannya memenangi Best Actor dalam Academy 2002. Pengolahan jalan cerita kepada Filem juga begitu sgt kemas, beremosi, ‘re

Kartika, Arak & Rotan

Kartika Sari Dewi Shukarno – wanita muslim pertama di Malaysia yang akan menjalani hukuman sebat akibat kesalahan meminum arak. Adakah ini bermakna beliau juga ialah wanita muslim pertama minum arak di Malaysia?? Bukanlah mahu menuduh, tapi melihatkan situasi persekitaran, rasanya lebih ramai wanita muslim yang minum arak diluar sana selain Kartika. Kartika dijadualkan akan menjalani hukuman itu dalam minggu ini, tetapi JAIP telah menunda hukuman itu atas alasan bagi menghormati Ramadan. Kehairanan yang timbul ialah, ketika Kartika dan keluarganya telah redha dan bersedia bagi menjalani hukuman sebatan itu, ramai pula yang bersuara agar Kartika merayu atas hukumannya itu. Ini termasuklah PM Najib Razak, Shahrizat Jalil dan beberapa NGO menyuarakan pendapat ini . Kenapa? Kenapa Najib & Sharizat perlu takut?? Takut isteri atau diri sendiri disebat sama?? Atau lebih ramai wanita ‘sosial’, artis atau anak2 kenalan mereka bercalar badan kerana disebat?? Itu belum lagi jika Hudud dilaksa

Kebijakkan atau Kebodohan

Hak pengundi berdaftar ialah keluar mengundi dan memilih wakil mereka. Hari ini di N11, Permatang Pauh, Penang, wakil mereka di DUN akan dipilih. Rohaizat, calon BN, seorang bekas Peguam akan menentang , En Salleh Man, P/Jaya Pas Penang yang juga seorang usahawan dengan kelayakan Sarjana Muda. Kredibiliti wakil rakyat amat penting, tapi mengapa BN begitu tersinggung jika PAS dan PR menyerang peribadi Rohaizat, bukankah rakyat berhak memilih wakil yang bersih, cekap dan amanah? Banyak cerita panas tentang Rohaizat yang kita dengar. Isu pecah amanah, dilucutkan kelayakan Peguam serta kisah rumahtangganya, semuanya mewarnai kempen. Tidak pula kita dengar BN memainkan isu peribadi calon PAS, mungkin kekeringan idea, atau tiada apa untuk digossipkan. TPM, Muhyiddin Yassin, dengan lantang menggesa pengundi ‘bijak’ memilih wakil rakyat. Adakah tafsiran ‘bijak’ itu ialah mengundi BN, dan maksudnya pengundi di lima negeri dalam PRU tahun lepas semuanya ‘bodoh’ kerana memilih PR? Tapi BN lebih g

Ramadhan....datang lagi

esok 1 Ramadan... untuk 3o hari seterusnya, tiada lagi rutin sarapan pagi selepas mandi, tiada lagi hidangan tengahari, tiada lagi minum petang..., rutin perlu diubah kerana kemuliaan Ramadan itulah yang perlu direbut, dan dimanfaati.... Selamat Berpuasa dan Beribadah...Moga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita.. Wassalam...

38

Membaca satu artikel dalam akhbar percuma ‘The Sun’, menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah berjaya menjimatkan RM38juta bagi belanjawan tahun 2008 mereka. Itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kerajaan baru Penang dibawah pimpinan Lim Guan Eng. Bagaimana mereka berjaya menjimatkan sejumlah wang tersebut? Terbang dengan kelas ekonomi, menerima harga tender terendah, menggunapakai kereta Exco dari kerajaan BN yang lepas serta beberapa langkah bijak lain yang menyumbang kepada penjimatan. Jika kerajaan Penang mampu menjayakannya, kenapa kerajaan negeri yang lain tak boleh? Kerajaan Persekutuan juga pernah mengumumkan langkah penjimatan semasa krisis ekonomi bermula. Tapi apakah hasilnya?Berapa banyak penjimatannya?? Misteri. PM, MB dan Ketua Menteri negeri2 lain seharusnya tabik spring pada Lim Guan Eng kerana berjaya dengan langkah belanjawan sederhana meraka. Wang yang dapat dijimatkan itu mungkin dapat disalurkan kearah projek2 yang memberi manfaat kepada rakyat kelak

Farewell

Akhirnya, harini projek Flareboom kitorang bergerak keluar. Hurray!! Walaupun projek ni tak le se’mega’ mana, tapi aku rasa puas sebab involved dari tendering stage sampai sail-away. Banyak experience baru yang rasai, walaupun kena maki & marah dengan bos berkali2, tapi it’s learning curve kan. Lepas ni, FB ni akan duduk kat tengah Laut Cina Selatan tak tahu berapa sampai bila, mungkin sampai minyak kat situ habis. This weekend, akan balik semula ke KL. Menyambung semula kehidupan normal yang sudah hilang kenormalannya 3 bulan yang lepas. No more naik ferry pagi2, berpanas kat site, berkejar sana-sini, kondo Bayswater yang best…. Farewell Bayswater, farewell Jerejak, farewell Penang….see u again next project…

SETEM

Jangan menipu sang penipu, jangan mencuri dari pencuri. SETEM.Tajuknya ringkas, ideanya juga mudah. Menjejak dan mencilok setem lama bernilai RM4 juta. Tapi pengkisahan disebalik menjejaki setem itulah yang menjadikan filem ini menarik. Khabir Bhatia membariskan para pelakon mantap bagi menjayakan filem aksi-komedi pertamanya ini. Jika sebelumnya Khabir datang dengan Cinta dan Sepi, kali ini dia mencuba genre komedi pula dan pada aku, dia sangat berjaya. Perjalanan cerita sangat menarik. Plot filem Setem adalah ala Ocean’s dan Snatch. Satu objektif, dan sub-group dengan method jenayah yang berbeza diselitkan dengan komedi. Dalam setem ini ada beberapa group kumpulan berbeza. Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Bakso, Geng Piranha dan Yang teraniya. Melihatkan line-up pelakon Setem, kita boleh jangka ini satu filem komedi yang best. Afdlin Shauki, Sathia, Harun Salim Bachik semuanya member dimensi lawak yang berbeza. Itu belum dikira lagi dialog2 dari watak2 lain. Banyak ayat-ayat simple

Liqayatali

Sebelum ni, aku ada cerita pasal satu kedai nasi kandaq yang start bisnes pukul 10 malam sampai pagi. So, awal pagi Ahad yang lepas, lepas balik kerja, kitorang pun mencuba nasib le. Nama kedai tu, ‘Restoran Liqayatali’ ataupun nama famousnya ‘Nasi Kandar Beratur’. Bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..masjid klasik. Tak tau la aku apa specialnya nasi kandaq kat kedai tu…aku tengok dan rasa sama je dengan nasi & lauk kat kedai lain…nasi letak kari…lauk panadai2 pilh…ada 2-3 famili gak makan pukul 3 pagi tu..couple amoi & abeng baru balik clubbing pun ada gak…aku pun tak tau le…mungkin dah kena kas2 kari. ataupun family tu tengah rehearsal nak sahur Ramadan akan dating…barangkali… So, kalau nak toray makan nasik kandaq yang kena beratur, datanglah ke Liqayatali ni..tapi jangan pulak panas hati kena beratur, sebab banyak lagi kedai nasi kandaq yang tak kena beratur kat Georgetown ni… Tak salah mencuba….

Midnight at 'the Alcatraz of Malaysia'....

'Alcatraz of Malaysia'???kat mana tu? Pulau Jerejak..Penang... Malam minggu yang lepas ni aku habiskan masa tengah malam aku di Alcatraz of Malaysia... kenapa? sebab yard projek aku kat sini...ofis aku kat sini...so kira aku kena kerja la tengah malam tu...sedih..sebab load-out kene buat tgh malam..apa punya sangap le load-out team ni... sebelum ni paling awal aku ke yard around 5a.m. le...tapi kali ni, stayback dari 10p.m sampai lebih kurang 2a.m...rare experience... kenapa Jerejak dapat nama 'Alcatraz of Malaysia'? tu korang kene cari sendiri le jawapannya....kat internet kat ada .....

Thick as Thieves

bosan lagi??Movie lagi... "Never Thrust a Thief" Morgan Freeman sbg Keith Ripley, seorang perompak veteran, telah merekrut Gabriel (Antonio Banderas) untuk bersama-samanya melakukan satu rompakan terakhir bagi melangsaikan hutangnya dengan seorang jutawan Russia. Apa target mereka? "Feberge Eggs" di Romanov's. Ape tu? kalau nak tu tngok movie ni la... Ok, sebenarnya cerita ni ada 'trick' ala Ocean 11, 12 & 13; merompak dengan teknik2 sofistikated & hi-tech gadjet..cuma pada fikiran aku, jalan cerita/trick cerita ni tidak selancar dan sebijak cerita siri Ocean, jauh sekali Lock, Stock & 2 Smoking Barrel dan Snatch. Kenapa? Pertama, kerana Ripley dan Gaby ni nampak terlalu power dan hebat dan juga mereka takde geng lain yang cuba mengacau plan mencuri mereka kecuali Polis. Tapi bagi menjadikan jalan ceritanya menarik, trick cerita ini bukanlah pada plan merompak telur, tapi lebih kepada Ripley menipu Gaby. Kenapa? Sebab Gaby juga adalah Polis..

Body of Lies

apa lagi nak buat kalau bosan? Movie... Body of Lies adalah filem adaptasi novel yang mengisahkan tiga intelligent yang memerangi 'terrorist' - Ferris (LeonardoDiCaprio), Hoffman (Russel Crowe) & Hani Salaam (Mark Strong). Al-Saleem adalah kumpulan pengganas yang dijejaki oleh mereka. Ferris & Hoffman adalah CIA, manakala Hani ialah Ketua Intelligent Jordan. Dipermulaannya, Ferris menjejak Al-Saleem di Iraq. Namun setelah berlaku satu insiden, Ferris berpindah ke Jordan bagi menjejak Al-Saleem. Di Jordan Ferris bersekutu dengan Hani, tapi kerjasama mereka sedikit rapuh kerana kurang percaya masing2. Sebenarnya, filem ini hanyalah satu filem aksi yang terselit didalamnya propaganda 'keikhlasan' atau 'kehero-an' Amerika dalam memerangi pengganas. Al-Saleem adalah gambaran mereka bagi Al-Qaeda dalam dunia sebenar. Muslim masih dilebel sebagai pengganas, dan itulah hujah yang dikuatkan dalam Body of Lies ini. Ketua Al-Saleem digambarkan sebagai seorang musli