Langkau ke kandungan utama

Kei-Kar ; apa ada dengan kereta mikro Japan ini?


  • Kei-Kar, Kei-Car, K-Car (dalam bahasa Jepun “kei jidosha” = kenderaan ringan) adalah inovasi selepas era perang bagi membolehkan masyarakat Jepun memiliki kenderaan mampu milik dan lebih penting lagi, memacu permulaan negara Jepun membina industri automotif mereka.
  • Bermula sejak 1949, K-Kar adalah jauh lebih kecil dari apa yang kita lihat sekarang dengan dimensi diterhadkan pada Panjang :2800mm, Lebar : 1000mm, Tinggi : 2000mm), dengan kapisiti enjin terhad pada 150cc (enjin 4-lejang) dan 100cc (enjin 2-lejang). Mungkin pada permulaannya, K-Kar cumalah lebih besar sedikit dari motosikal.  
  • Ada 3 jenis asas dibawah kategori K-Kar ini iaitu kereta penumpang, van dan trak. Kei-Car mudah untuk dikenali kerana ia mengguna plet bewarna kuning.
  • Perturan ini kemudian ditambah baik bagi menggalakkan lebih banyak pengeluar menghasilkan K-Kar. Dimensi dan kapasiti telah ditingkatkan seiring dengan keperluan penggunaan, dan ciri keselamatan. Peraturan untuk K-Kar sekarang ini bermula pada tahun 1998 menghadkan Panjang: 3400mm, Lebar: 14800mm dan Tinggi : 2000mm, dengan kapasiti maksimum diterhadkan pada 660cc, dan kuasa perlu dibawah 63hp. Sebagai perbandingan, dimensi Perodua MyVi terbaharu adalah, P: 3,895mm, L: 1,735mm, dengan enjin 1500cc (102hp).


  • Selain pengendalian yang mudah dan ringkas dan penggunaan petrol yang menjimatkan, Kei-Car juga diberi struktur cukai dan peraturan yang istimewa.
    • Dikawasan luar bandar atau kampung, Kei-Car dikecualikan daripada keperluan untuk mempunyai parkir
    • Cukai eksais (cukai jualan) Kei-Car adalah 3% dari harga jualan. Cukai jualan untuk kenderaan lebih besar adalah 5%.
    • Cukai berat kereta untuk Kei-Car adalah pada kadar ¥13,200 (untuk 3 tahun) dan ¥8,800 (untuk 2 tahun). Bagi kereta biasa, jumlah cukai ini ialah ¥18,900 dan ¥12,600 untuk 3 dan 3 tahun. Ini ialah lebih kurang 30% peratus lebih murah.
  • Oleh sebab peraturan hanya menghadkan saiz dan kapasiti enjin, dan tiada had teknologi, selalunya K-Kar dilengkapkan dengan kelengkapan termaju seperti enjin kuasa turbo, transmisi lebih efisen, variasi pacuan (2WD, AWD & 4WD), dan banyak lagi kemudahan.



  • Walaupun sangat berjaya di Jepun, segmen ini sangat terlulu khusus untuk pasaran domestik Japan (JDM) dan mungkin terlalu sedikit keuntungan yang boleh dijana bagi pasaran eksport. Di Malaysia ada beberapa model K-Kar yang masuk melalui jenama Perodua, contohnya model Kancil, Kelisa dan Viva, serta Alto dan Jimny dari Suzuki.

Suzuki Wagon R; K-Kar paling laris Jepun sejak tahun 2003

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.