Langkau ke kandungan utama

Rebiu : Toyota C-HR



Penulis tergerak menulis semula rebiu kereta selepas menonton ulasan klasik seorang kakak di YouTube Paul Tan-Bahasa Melayu. Kalau kakak yang bersuara unik dengan ulasan terjemahan terjemahan terus versi Inggeris Hafriz Shah dan skrip yang sentiasa bermula dengan “okay” tu boleh terpilih jadi pengulas saluran Paul Tan, penulis rasa dunia pengulasan kenderaan dah masuk ke wilayah tanpa sempadan yang baru.
 Toyota C-HR atau nama panjangnya Coupe-High Rider adalah pemain SUV bandar terbaharu dalam pasaran Malaysia. Pesaing sekelas-nya adalah Mazda CX-3, Honda HR-V, Renault Captur dan Peugeot 3008 dan dijangkakan harga C-HR ini akan berada dalam julat yang sama, RM100K ke-atas. Mini Countryman berada dalam saiz yang sama tetapi julat harga terlalu jauh untuk diletakkan dalam satu kelas. SUV kompak makin jadi pilihan pengguna yang melihatnya sebagai aksesori gaya hidup. Selain ciri tinggi kenderaan, SUV kompak sebenarnya tidak mempunyai ciri sebenar kegunaan sebuah SUV/4WD.
Penggayaan luaran C-HR sangat ekstrim dan agresif dengan garis tajam yang mementingkan gaya persembahan dan rupa gaya yang meminta perhatian. Hasilnya, muncul banyak garisan dan lengkok pelik dan kehilangan banyak ciri ergonomik ; contohnya posisi dan ketinggian pembuka pintu belakang, cermin belakang yang curam yang memakan banyak ruang but, dan bentuk tubuh keseluruhan C-HR yang nampak seperti “kepala lebih besar dari ekor”.
Ruang kabin direka lebih ringkas dan dewasa, dan di dominasi warna gelap serta menggunakan bahan kemasan yang premium seperti plastic lembut pada papan pemuka. Ciri agresif luaran C-HR member kesan terus pada bahagian kabin terutama ruangan penumpang belakang, dimana ruang cermin yang sangat kecil membuatkan ruang belakang terasa sempit dan sangat tidak selesa. Toyota terlalu berusaha menyuntik elemen Coupe pada SUV ini, sehinggakan keselesaan penumpang belakang terpaksa dikompromi.




Model yang dipertonton di bilik pameran Toyota Subang Jaya ialah model produksi Australia, tak dapat dipastikan jika spesifikasi model pasaran tempatan adalah 100% sama atau ada perubahan mekanikal dan aksesori. Model ini dikhabarkan akan berada dipasaran tempatan dalam suku terakhir tahun ini atau awal tahun hadapan. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.