Langkau ke kandungan utama

Tanah Melayu punya Keretapi.



Minggu lepas, aku naik public transport di KL setelah lebih setahun. Waktu bermastautin sementara di Penang, public transport yang aku naik cumalah bas ekspress.

Sejak Najib jadi PM yang diwaris dari Pak Lah, berbagai perancangan yang dijanjikan untuk public transport, terutama di KL. Pudu Sentral, TBS, MRT, LRT extension line adalah antaranya. Asas Rapid KL dan Rapid Penang oleh Pak Lah dilihat lebih stabil berbanding INTRAKOTA beberapa tahun dulu adalah bagus, tapi banyak lagi perlu dinaik taraf.

Rapid KL LRT (aka STAR & PUTRA) pun ada perubahan, contohnya system tiket yang lebih efektif – kad prepaid dan paperless one-way coin. Frekuansi tren juga sudah ok, so xde lah bersesak-sardin lagi. Monorel pula kurang ‘rapid’ perubahannya, koc tetap sama pendek, slow n daif.

Tapi ada satu yang tak berubah, atau kekal tak mahu berubah, KTM Komuter. Memulakan servis sebagai pengangkutan awam rel pertama Lembah Klang, tak banyak kisah hebatnya yang boleh dibanggakan. Jumlah tren yang makin berkurang, tren tua yang makin daif, jadual yang selalu berubah, ‘delay’ dan sistem tiket yang langsung tak ada peningkatan sejak Komuter bermula.

Inilah masalahnya bila syarikat terlalu bergantung harap pada subsidi kerajaan. Pada aku, KTMB adalah salah satu projek penswastaan yang gagal. Objektif penswastaan iaitu mewujudkan syarikat yang berdikari, kompetetif dan bertaraf global masih jauh dari standard KTMB. Apalah maknanya syarikat kalau nak beli lokomotif dan koc pun masih mengharap duit ‘gomen’. Swasta hanya dari rupa tapi bukan rohnya. Idea aku, ada baiknya kalau KTMB diletak dibawah anak syarikat kerajaan contohnya Prasarana Negara , macam Rapid KL. Kenapa kerajaan hanya berminat letakkan Rapid KL dan Rapid Penang dibawah Prasarana Negara, kenapa tidak KTMB yang digunapakai oleh seluruh rakyat dan merupakan tulang belakang pengangkutan awam negara.

Hanya PM yang boleh menjawab untuk mencerminkan kesungguhan kerajaan memajukan pengangkutan rel negara. Ketuk meja, tanya Najib.

* Photo di atas menunjukkan tren Komuter EMU yang baru. Doakanlah supaya cepat-cepat boleh beroperasi..dah bertahun bertahan besesak-sesak ni...dah lama dah....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha